Nasi Lemak Jambatan Tamparuli Seksyen 18 Shah Alam Sedap Ke?
Sepanjang duduk di Shah Alam ini, jujur aku cakap susah nak jumpa nasi lemak yang rasanya kena dengan tekak aku.
Lokasi Nasi Lemak Sedap Di Shah Alam
Bila ramai yang suruh try itu ini dan ada yang cakap sedap, aku pun gigih lah cari awal pagi dan beli untuk rasa sendiri termasuklah di hadapan sebuah kilang dekat Seksyen 19 itu. Tapi rasanya tetap tak kena dengan tekak aku walaupun siap bertekak dengan member, dia cakap aku salah beli kedai. Padahal aku dah beli dua kali dekat situ kedai berlainan,tetap rasa tak kena.
Nasi Lemak Jambatan Tamparuli Dibuka Di Seksyen 18 Shah Alam
Lepas itu, aku terperasan dalam group Shah Alam, ada orang post pasal Nasi Lemak Jambatan Tamparuli ada buka dekat Seksyen 18, tak jauh dekat kedai nasi lemak yang orang cakap sedap itu. Aku pun sebenarnya 50/50 nak pergi, takut pergi nanti tak sedap, kecewa pula.
Kebetulan aku bangun awal, jadi gagahkan diri juga lah pergi beli walaupun sedikit jauh daripada rumah. Berpandukan waze, sampai sahaja di lokasi Nasi Lemak Jambatan Tamparuli, aku nampak orang dah mula beratur.
Memandangkan ketika artikel ini ditulis Shah Alam berada dalam pelaksanaaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kedai makan dan gerai penjaja hanya dibenarkan buka seawal jam 8 pagi dan pergerakan tak boleh melebihi 10 kilometer.
Aku sampai lebih kurang 9 pagi, dan of course lah kena scan MySejahtera bagai. Masa itu, aku perasan owner nya, Ustaz Ali bersama beberapa orang pekerja nya sedang sibuk membungkus nasi lemak untuk pelanggan. Dalam masa yang sama, dia buat live juga katanya untuk bagi orang tahu yang kedainya hari ini dibuka seperti biasa. Bagus cara ini, tak terfikir pula aku.
Banyaknya Nasi!
Sampai je giliran aku, kelihatan beberapa jenis lauk seperti telur mata, ayam masak merah, sambal sotong, ikan bilis masak petai dan .... Harganya pula bermula RM3-RM5. Masa itu, ada lah terbit di hati macam mahal juga nasi lemak ini walaupun yang biasa. Lazimnya kalau di sekitar sini, harga nasi lemak biasa berharga lebih kurang RM1.50.
Dibungkus Bersama Daun Pisang
Rupa-rupanya portion dia besar! Sampaikan aku punya bungkusan dibalut dua kali sebab tak muat. Kalau nak tahu aku beli pagi, tengahari tak makan ya sebab kenyang lagi. Selalunya kalau beli tempat lain, tengahari masih boleh makan lagi tetapi yang ini terlalu full.
Macam aku order nasi lemak ayam berempah dengan sambal sotong, dan aku beli juga nasi lemak ayam masak merah untuk housemates. Masa beli itu, aku haraplah rasanya sedap sebab dibalut dengan daun pisang. Dekat Shah Alam pun susah nak jumpa yang dibalut daun pisang, kalau ada yang ini ditambah pula dengan rasanya sedap fuhh memang perfect!
Segalanya Sedap
Tiba masa untuk makan, aku saja rasa nasi dia dulu tanpa sambal. Okay sedap, terasa lemaknya dan yang paling penting aroma daun pisang pun ada bersama. Sedap ya!
Ayam goreng berempah dia pun memang terasa rempahnya selalu kalau jumpa kebanyakannya rempah dah ditumbuk halus, yang ini dibiarkan goreng kasar, so memang sedap, terasa dalam setiap gigitan.
Sambalnya pula pun aku boleh cakap segalanya sempurna, cukup rasa dan cukup masa. Patutlah orang ramai sanggup beratur beli, memang sedap rupanya. Masa aku beli, kebetulan ada pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Mohd Zawawi pun ada beli di situ.
Bukan Artikel Berbayar
Untuk makluman, artikel ini bukan dibayar atau ditaja. Cuma aku ikhlas untuk share sebab memang sedap dan lupa nak ambil gambar. LOL..
So far Nasi Lemak Jambatan Tamparuli dan Nasi Lemak Hasnor dekat Shah Alam memang kena dengan tekak aku. Korang tahu dekat mana lagi lokasi nasi lemak sedap di Shah Alam? Jangan lupa kongsikan bersama!
Lokasi Nasi Lemak Jambatan Tamparuli
Waze : Nasi Lemak Jambatan Tamparuli
Landmark : Bus stop Seksyen 18 (tepi jalan besar)
Facebook : https://www.facebook.com/NLJTShahAlam/
17 comments:
Wah. Gigih mencari breakfast ye. Banyak pula tu sampai tak lunch gitu. Kalau dekat nak pergi jengah dah. Nie dah PKPD pula jawabnya mereput je la memasing
Seminggu adalah 2 3 kali juga nasi lemak ni ada atas meja. Sambal paru dia sedap. Tetiba fav! Yang seksyen 19 tu kat depan ciast ea? Sebab tak perasan kilang kat area situ.
Walaupun saya masih belum sempat lagi berkunjung ke restoran ini, tetapi saya dpt mengagak bahawa makanan2 di sini sedap2 belaka. Tengok gamba dah tahu. Nasi lemak tu nampak sedang sgt. Insya'Allah after PKP nie boleh lah berkunjung ke sini. Thank you for sharing your review with me.
Bila baca artikel mengenai nasi lemak,baru tersedar dah beberapa minggu tak makan nasi lemak.
Syok betul kalau dapat merasa nasi lemak ni sebab harganya kategori ok juga. Sis pilih lauk yang ada petai tu. Hehe
i suka nasi lemak daun pisang, sambal dia pun nampak sedap. beratur panjang macam ni mesti sedap :)
Terima kasih atas segala pujian.. Haza min fadhli rabbi.. Semuanya Allah yang bagi sedap, saya pun belajar dengan isteri. Dulu tak pandai apa-apa berkaitan nasi lemak. Doakan #NLJT terus berjaya k...
Huyooo ayam dia tu sedap sungguh tengok. Akak pun cari sarapan sampai pusing taman. Nampak org beratur panjang..akak join. Hahahaha. Shah Alam banyak makanan sedap kan.
wow confirm sedap, beratur kemain panjang. makanan viral ni biasanya tak menghampakan. tengok sambal pun menarik
Apa mi khai...nasi.lemak bawah jambatan mana oulak ni.. hahhaha... Lps x akk kalau nak gi cari heheh
Nampak sedap gile... Harap-harap lepas PKP boleh berkunjung ke sini...
hehe ingatkan Khai kat sabah sekarang ni..teringat pulak g jambatan tamparuli sabah huhu..rupanya ada dekat shah alam. Sambal nasi lemak dia tu nampak sedapnya.Habis PKP nanti boleh la pergi cuba
Baca nama tadi ingatkan kat Sabah, rupanya kat Shah Alam je ye. Nampak sedap!
Alaa terus rindu Sabah lepas baca tajuk ada Jambatan Tamparuli. Tapi ok jer harganya u. Tengok sambal dia padu. Ayam dia mesti sedap. Esok nak cari jugaklah walaupun bukan nasi lemak ini.
Yaaa memang sedap Khai.. kesukaan anak Sis juga ni, dulu selalu gak dia beli nasi lemak ni.. sejak dah pindah rumah kat Subang, lama plak dia tak share beli lagi..
OMG, drooling bah tengok nasi lemak ni.. tak kedekut lauk and nasi ye! Ni yang puas makan! No wonder beratur panjang ni.. (Y) murah rezeki dia..
Wah thanks for sharing, my col pun pernah mention ttg nasi lemak ni, tapi i belum ada chance cuba lagi.
Post a Comment