Total Pageviews

Burn out Atau Depression? Kuatkan Semangat!

Lately ni banyak juga aku berkongsi pasal perihal diri. Mungkin tak tahu nak kongsikan pada siapa. Masa aku tulis entry ini aku akui agak tertekan. Mungkin burn out, mungkin depression atau sebaliknya.




Sebelum ini aku teragak-agak untuk tulis pasal ini sebab tak nak family aku tahu. Aku bukan jenis yang akan kongsikan masalah peribadi dekat family. Lebih suka dan selesa untuk berkongsi dengan teman rapat. 

Entah kenapa PKP 3.0 ini atau lockdown atau apa namanya sekali pun buatkan aku jadi sangat tertekan dengan keadaan sekeliling.Mungkin sebab dah lama tak travel, dah lama tak lepak bersama kawan-kawan dan dah lama tak balik kampung buat aku jadi macam ini. 



Aku perasan sejak kebelakangan ini aku jenis cepat down dan malas untuk buat semua benda. Padahal pada awalnya semangat nak buat sesuatu benda. Yang paling menakutkan, aku mula terdengar suara-suara yang entah muncul dari mana menyuruh aku buat benda bukan-bukan. 

Aku bagi contoh, dekat rumah aku ada satu tali yang memang tergantung untuk letak penyangkut baju. Suara tersebut suruh aku lilitkan pada leher dan terjun dari tingkat 2. Allahu... aku cuma mampu beristighfar banyak-banyak dan hiraukan suara tersebut. Mungkin hanya mainan perasaan atau imaginasi yang bukan-bukan atau sebaliknya. 

Ketika ini, aku tak perlukan apa pun sebab aku yakin masih ramai di luar sana yang tertekan dan memerlukan. Cuma apa yang aku terkilan aku ni macam jenis yang lebih menjaga hati orang berbanding jaga hati sendiri. Pesan aku, hargailah setiap orang di sekeliling korang. bersyukur jika hari ini masih ada orang yang ambil berat pasal korang. 

Aku tak akan share atau beri komen pasal artikel ini, cuma sekadar telahan hati aku untuk lepaskan apa yang aku rasa. Sekarang ni pun aku rasa macam nak delete balik artikel ini dan terfikir apa benda yang aku mengarut ini? Okay lah pedulikan je lah. Aku harap dengan sibukkan diri dapat lupakan semua benda yang aku rasa hanya mainan perasaan. Jaga diri semua. 



No comments: