Total Pageviews

Aplikasi Mindful Muslim Bantu Aku Untuk Tidur

Siapa yang follow aku punya Twitter mesti tahu, hampir sebulan lebih aku ada masalah tidur. Pernah suatu hari itu, aku tidur hanya selepas Subuh itu pun disebabkan aku paksa dan kebetulan memang dah penat sangat bersengkang mata. 




Pengalaman Mencuba Mindful Muslim 

Pelbagai tips dah aku cuba, korang cakap je lah diffuser, tak tidur petang semua tak jadi. Hahahaha mungkin sebab overthinking, itu yang jadi susah nak tidur. Sampai lah baru-baru ini, kak Ruby mesej aku tanya berminat tak nak cuba aplikasi Mindful Muslim. 




Pada mulanya aku macam teragak-agak nak cuba, sebab yer lah bila orang dah bagi cuba nanti bila nak bagi feedback yang tak bagus risau juga kena kecam balik kan? Tetapi bila aku dah cuba Alhamdulillah sedikit sebanyak memang dapat buatkan aku senang untuk tidur. 

Bukan nak overclaim aplikasi ini, tapi dengan fungsi yang ada di dalamnya aku kagum sebab jika dibandingkan dengan beberapa aplikasi islamik yang lain, Mindful Muslim ini jauh lebih unik. Tidak hairan lah aplikasi Mindful Muslim telah diiktiraf dunia.

Bantu Cegah Depression 

Ya, selain untuk tujuan kerohanian fokus utama Mindful Muslim ini sebenarnya adalah untuk membantu mencegah masalah mental di kalangan muslim. Aku tahu ada diantara korang yang malu untuk mendedahkannya, malu untuk berjumpa dengan doktor. Jadi dengan adanya aplikasi seumpama ini, mungkin sedikit sebanyak boleh bantu korang. 




Sebagai contoh, walaupun aku dah tak bergelar cikgu tapi aku masih berhubung dengan bekas pelajar. Ada diantara mereka yang luahkan masalah dekat aku termasuklah mengalami masalah anxiety dan sebagainya. Jadi aku ada kongsikan aplikasi ini dekat diorang. Hopefully, dapatlah membantu mereka. 




Mindful Muslim Aplikasi Percuma 

Lagi satu, setelah sekian lama kita berhadapan dengan pandemik COVID-19 dan terpaksa duduk di rumah, aku berani cakap ramai juga yang tertekan betul tak? Jadi korang boleh je cuba Mindful Muslim ni lagipun ianya percuma. Tak rugi! 

Yang membuatkan aku suka dengan Mindful Muslim ni sebab dia ada fungsi My Sleep Diary. Nak tahu kegunaannya macam mana? Sebagai contoh waktu malam korang teringat sesuatu, tak kisahlah sama ada ianya impian, keinginan, keperluan atau perkara yang ingin dilakukan korang cuma tulis je dekat situ.
 


Mana tahu bila korang buka balik nanti, nota tersebut akan menjadi rujukan kegunaan korang. Lagi satu, Mindful Muslim ini turut disertakan beberapa kesan bunyi alam seperti bunyi hujan, air terjun, suasana dalam hutan, di desa dan banyak lagi. Fungsi yang ini paling aku suka sebenarnya sebab memenangkan dan dalam masa yang sama buat aku mudah terlelap. Korang bayangkan pasang diffuser dan Mindful Muslim, memang rasa real! 

Trivia Mengenai Mindful Muslim
  • Dibangunkan oleh seorang jejaka muslim dari Singapura,Mohd Akhtaar Bin Abdul

  • Baru berumur 33 tahun
  • Sedang menuntut di Auckland University of Technology di New Zealand dalam bidang Masters of Communication.
  • Mindful Muslim juara X Challenge Tech Start-Up di New Zealand
  • Bakal wujudkan bahagian mesra kanak-kanak di dalam aplikasi ini 
  • Muat naik secara percuma 
  • Peneman untuk yang mereka yang mempunyai masalah kesunyian dan tertekan 


  • Mempunyai pilihan suara alunan mengaji 
  • Melawan stigma negatif penyakit mental 
  • Sehingga kini mempunyai lebih dari 50 ribu pengguna 
  • Rating 4.8 di Google Play 



Menarik bukan? Jadi aku harap korang boleh download aplikasi Mindful Muslim ini sebab ianya percuma dan boleh jadi kegunaan korang pada masa akan datang. Nak baca lagi pasal aplikasi ini dan kejayaannya boleh rujuk pautan di bawah.


Download Android:
https://play.google.com/store/apps/detailsid=com.mindfulmuslim

Instagram :

13 comments:

Cik Min said...

Kite suka wak apps ni..seyes best giler

Fiza Rahman said...

Betul sangat Khai. Ramai yang ada masalah tekanan dan susah tidur. Waktu tidur pon dah bertukar sejak PKP ni. Tertarik betul dengan function yang ada dalam apps ni. Memang nak kena download juga. Thanks for sharing Khai

Hanny Abdullh said...

Sis pun skrg ni tido lambat, kdg2 lps subuh baru tido. Bolehlah download apps ni..sekurangnya jadi peneman sis memalam dgn ayat2 yg bagus2

Ezna Khalili said...

Nampak apps ni boleh membantu mereka yang kesunyian dan kadang2 boleh juga tenangkan hati yang gundah gulana.

Rawlins GLAM said...

Mindful Muslim membantu untuk clearkan jiwa dan perasaan setiap malam sebelum tidur. Bangun tidur pun segar jadinya.

shamiera osment said...

Mindful Muslim apps yang sangat sesuai untuk umat Islam yang memerlukan pengisian dan ketenangan kan. Dah try juga, memang senang nak tido on apps ni..hihi

Nina Mirza said...

Khai, serius kak Nina terus download pas baca your story! And yes, amat bermanfaat to my family. Thank you Khai

marsha said...

Akak pun dah download sebab akak ada anxiety. Memang banyak membantu tenangkan diri

Wai Yee aka Rane said...

This is a good app for all Muslim. I shall recommends to my Muslim friends too and enjoy the benefits

Ruby said...

Aplikasi yang bagus di saat pandemik negara kita semakin meningkat kes. Semoga semua tenang-tenang selepas mendengar Mindful Muslim.

AyuArjuna BiGoshh said...

menarik apps ini.. especially time pandemik ni memang kita perlukan ruang untuk lebih tenang kan diri dan minda

Sunshine Kelly said...

Bagus ada app macam ni especially during this challenging time, memang ramai yang terkesan akan ada masalah emosi dan mental.

Tini Alif said...

Wah! Menarik kan apps Mindful Muslim ni... saya suka part ada bunyi-bunyi nature tu... memang rasa tenang je... kalau time ada macam-macam kat dalam fikiran, saya akan pasang apps ni sebelum tidur, sekarang dah jadi macam habit pula... the best part is, ia menenangkan... rasa release gitu...