Total Pageviews

Iklan Review Percuma Buat Peniaga Kecil Di Instagram Dan Blog

Ketika ini,negara sedang berada dalam perintah berkurung (Lockdown) fasa 1 yang mana seperti yang kita  ketahui hampir semua sektor ditutup selama dua minggu. Namun ia mengikut keadaan semasa sekiranya kes terus meningkat, lockdown fasa 1 ini akan diteruskan. 



Ramai Yang Terkesan 

Sama PKP dan situasi sebelum ini, aku tahu yang para peniaga kecil akan terkesan . Mana tidaknya, sebagai contoh peniaga makanan kalau semua WFH, siapa yang nak beli makanan diorang di kedai? Mujur kerajaan membenarkan pembelian makanan secara take away dan drive thru kalau jadi macam awal-awal dulu confirm makin rugi dan terpaksa tutup operasi. 

Slot Review Percuma 



Jadi di kesempatan itu, aku telah pun buka slot review percuma buat korang atau sesiapa sahaja yang berminat untuk dapatkan ulasan di blog dan Instagram aku. Cuma untuk medium-medium ini aku ada letakkan sedikit syarat untuk memudahkan kerja memandangkan mungkin ramai yang akan mengambil peluang ini. 

Review Di Insta-Story 
  • Percuma 
  • Hanya sediakan gambar menarik 
  • Sertakan info serta butiran untuk pelanggan hubungi
  • Boleh hantar produk (Tiada paksaan) 
Review Di Instagram Feed 
  • Percuma 
  • Perlu hantar produk untuk review
  • Sertakan info serta butiran untuk pelanggan hubungi
Review Di Blog 
  • Percuma 
  • Hanya sediakan gambar menarik 
  • Sertakan info serta butiran untuk pelanggan hubungi
  • Boleh hantar produk (Tiada paksaan) 

Untuk di Instagram, aku nak minta maaf sebab minta produk untuk review. Ini bukan disebabkan untuk jaga engagement di Instagram sahaja tetapi juga sebagai pulangan untuk pelanggan. Aku perasan kalau setakat post gambar iklan di Instagram feed, viewers tak banyak macam aku belanja diri aku sekali dalam tu. So harap korang faham ya. 

Selain itu, aku juga nak minta maaf kepada kawan-kawan Blogger dan pengamal media sosial yang lain sebab aku buka slot ini secara percuma. Aku tahu, mungkin di luar sana akan mempertikaikan kenapa aku beri secara percuma sedangkan boleh saja minta bayaran. 

Bagi aku, ini adalah peluang untuk aku kejar saham di akhirat sana selain 'pulangan' kepada pembaca yang telah menyokong blog ini selama 11 tahun. Tetapi jangan risau slot ini hanya dijalankan sepanjang lockdown dan PKP sahaja. PKPB nanti harap korang support lah aku dengan bayaran pula hiks! 




Jadi buat yang berminat boleh  pm aku di FB, IG atau whatsapp. Perlu diingatkan, limit review setiap hari hanya ada tiga sahaja. Ayuh cepat!



15 comments:

Rawlins GLAM said...

InsyaAllah diberkati usaha baby nak bantu yang terkesan dengan PKP ini. Moga dipermudahkan urusan dan usaha ini ye.

Alia Farhan said...

In Sha Allah, kami paham niat awak... Semoga terus murah rezeki ya

Suria Amanda said...

wah..good effort Khai...adakala kita perlu buat amal untuk membantu mereka yang terjejas...itu usaha kita dan moga allah permudahkan usaha Khai ini..amin

Yanie said...

Good initiative! Moga lebih ramai KOL tampil utk bantu promote peniaga kecil dalan keadaan sekarang. Saya doakan usaha penulis dipermudahkan dan moga rezeki kita semua diluaskan InsyaAllah, ameen :)

Qaseh Dalia said...

Bagusnya Khai, kalau ada bisness dah join sama hehe, semoga rezeki terus melimpah ruah, yep ramai yang tengah terkesan sekarang

Faiq Najmi said...

Semoga sentiasa dimurahkan rezeki ye :)

Mahamahu said...

Kalau buka percuma dalam saat mcm ni tak ada masalah jangan selalu setiap masa nak percuma itu masalah... Ehhh

Bae Roslan said...

bagus nya khai... akan war2kan untuk review produk. hanya Allah yang mampu membalasnya..

Bella Jamal said...

Bagusnya Khai. Kipidap.

nikkhazami said...

good cause ni. siapa tahu sebab beriklan di sini dapat jana keuntungan & put food on the table utk family.

Mahamahu said...

Alhamdulillah satu niat murni abam Khai nak bantu usahawan luar sana. Moga niat murni tak disalah ertikan orang yang nak ambil kesempatan. Kita nak buat juga macam ni tapi sebab kekangan masa walaupun WFH kerja hakiki lagi banyak dari biasa awak hehehehe kita support kawan-kawan jer lah teruskan awak..

Kitkat Nelfei said...

Bagus la initiative Kapt. Khai.. Ini betul2 #KitaJagaKita especially time susah skrg... ini pun kind of Win-Win situation juga kan..

Ruby said...

Kalau akak dekat ngan Khai, dah hantar produk dah. Family akak bisnes makanan. Masa PKP ni kami paling risau nak buat delivery guna apps tu. Sebab mahal. Nak naikkan harga, kesian pula kat pelanggan. Serba salah PKP ni. Terima kasih Khai buat review percuma. All the best.

Rolling Grace said...

this is such a great idea! many small businesses could really use some help especially during these difficult times!

Sis Lin said...

Alhamdulilah terbaekk Khai, mudah-mudahan kita sama-sama dapat membantu mereka dalam pengaliran rezeki mereka..