Baru Tahu! Terdapat Alternatif Kepada Perokok Tegar
Kalau sebelum ini siapa yang pernah baca, aku pernah menulis mengenai evolusi rokok. Kali ini aku nak kongsikan lebih kepada inovasi terbaru iaitu produk tembakau dipanaskan tanpa pembakaran atau mungkin tips yang boleh kurangkan kemudaratan merokok.
Ramai Yang Terkorban Akibat Asap Rokok
Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengeluarkan statistik yang mana berkemungkinan masih terdapat lebih satu bilion perokok menjelang 2025. Lebih mengejutkan, terdapat statistik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mana hampir 20,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun semuanya telah disebabkan berkait dengan tabiat merokok.
Perlu diingatkan rokok ini bukan saja bahaya kepada perokok malah orang sekeliling juga berisiko tau!
Penggunaan Produk Tembakau Dipanaskan Tanpa Pembakaran/ Apakah itu Heated-tobacco products?
Dulu aku akui memang setakat kempen sahaja kita boleh pupuk sebagai kesedaran kurangkan tabiat merokok. Tapi sekarang dah ada banyak alternatif untuk mengurangkan kemudaratan merokok termasuklah penggunaan rokok-rokok elektronik.
Korang tahu tak yang sebenarnya ada kira-kira 100 penyebab yang dikenal pasti sebagai punca atau potensi punca pelbagai penyakit seperti emfisema, kanser paru-paru dan sebagainya? Itu semua adalah penyakit yang dikaitkan sama dengan tabiat merokok.
Memang benar terdapat produk-produk alternatif seperti IQOS untuk siapa-siapa yang masih terus merokok tetapi perlu diingatkan, produk seumpama ini tidaklah bermaksud ia bebas dari penyakit berisiko tetapi masih boleh mengurangkan kemudaratan risiko merokok.
Selain itu, kalau korang nak tahu, nikotin bukanlah punca utama penyakit berkaitan dengan merokok tau? Tetapi asap rokok yang dihasilkan melalui proses pembakaran mengandungi bahan kimia berbahaya adalah puncanya. Jadi aku boleh katakan, tanpa asap rokok kuranglah risiko penyakit disebabkan rokok.
Ingat, keputusan terletak di tangan korang yang merokok kerana kebaikkannya bukan sahaja pada diri sendiri tetapi termasuk orang sekeliling!
14 comments:
Geez......I am never a fan of cigarettes and smoking. I don't see there's a benefit for smoking. But this is a good alternative and innovation.
bagus ni, nanti nak recommend pada kawan2 and family yang merokok
Oo.. tak pernah dengar pulak tentang heated tobacco ni. Selalu dgr pasal nicotine patch je. Bagus la ada alternatif untuk perokok tegar.
Sukar jugak nak tinggalkan tabiat merokok bagi yang dah tegar . Mungkin pengaruh rakan-rakan yang dah stop merokok mampu mempengaruhi. Insya Allah.
Yes smoking not only injurious to the smokers. It is injurious to people around them too.
Rawlins pernah try merokok tapi lepas tu terasa penat sebab setiap kali merokok kena gosok gigi, kumur dengan listerine sebab tak suka dengan bau mulut sendiri.
Bayangkan orang lain hidu bau mulut kita pula? Huish.
Betul-betul asap rokok tu yaAllah kita yang hidu ni jadi sesak nafas. Itulah dah tak boleh nak berhenti rokok sangat tukar la ke alternatif lain
Kalau boleh stop merokok terus! Tapi not an easy task kan! Nell ni 2nd hand smoker yang sangat teruk sampai doktor terkejut when I say I bukan smoker but my medical checkup show the opposite...... hurm...! sedih masa first2 dapat tahu ni..
Merokok or vape or alternatif lain yang masih keluar asap ni still bahaya untuk kesihatan sendiri dan orang lain. Akak tak suka perokok or org isap vape. Akak selalu menjauhkan diri. Bukan ape. Sebab bau tak menyenangkan satu hal. Lagi satu, akak mudah jatuh sakit bila berdekatan. Mudah kena lung infection. Dulu, akak tak tau kenapa asyik sakit. Setahun 4 kali. Selalu juga tracking selesema dan batuk. Bila dah tau punca. Akak lega. Sebab akak sakit camtu, automatic anak dan suami juga sakit. Bila kami jauhkan dr perokok. Tegur org jangan merokok di tempat awam dan kedai makan. So kami boleh kemana-mana dengan lebih selamat. COVID-19 ni banyak hikmah kan.
Kalau dah setiap hari dok sedut asap rokok tu memanglah megancam nyawa. silent killer ni. elok stop smoking utk diri sendiri dan orang sekeliling.
Betul. Merokok membahayakan kesihatan. Yang parahnye orang sekeliling yang dapat penyakit sebab asap rokok
Suami Sis perokok, now anak bujang pulak, jadi memang bab ni malas nak komen, sebab belum berjaya nak menamatkan riwayat rokok pada kedua orang tu huhuhu..
Thank you for sharing this! My dad also smoke, dah lama kali we all tell him, tapi is up to his decision, hope he will be safe~
Wah this innovation at least can help those hardcore smokers to change for betterment.
Post a Comment