Total Pageviews

Aku Rasa Pullman KLCC Punya Buffet Paling Meriah! Siap Buat Pakej Raya

Ramadan sudah masuk ke penggal kedua dan ini bermakna raya juga hampir menjelma. Tapi itu tidak bermakna buffet Ramadan di kebanyakan hotel sudah berakhir. 




Meriah Betul Buffet Ramadan Pullman KLCC


Sebenarnya semakin ramai yang memilih untuk menikmati buffet Ramadan di kebanyakan hotel mahupun restoran. Ini kerana bagi mereka bila dah keluar shopping, lagi mudah untuk makan disini kerana segalanya sudah tersedia. Tak perlu fikir panjang lagi. 





Sepanjang aku buat review Ramadan hotel dan restoran pada tahun ini, suka untuk aku highlight kan Pullman KLCC mempunyai buffet makanan yang paling meriah. Ini kerana bila menjejakkan kaki ke ruangan makanan, korang akan terasa suasana yang cukup berlainan. 


Bagaikan sebuah kampung yang mempunyai festival makanan, itulah gambaran yang aku boleh bagi mengenai buffet Ramadan di Pullman KLCC. Manakan tidak, mungkin di dalam kawasan hotel seperti biasa sahaja, tapi bila korang menjenguk di luarnya fuhh dekorasinya memang cantik. 









Makanan pula aku boleh cakap agak unik dan rare sebab hotel lain mungkin tak ada buat. Sebagai contoh ubi lilit, aneka pau comel, teh tarik gerai, roti canai yang dimasak panas dan macam-macam lagi. Meriah! 




The Dinner Buffet : Bermula 6:30pm hingga 10pm.
Harga: RM168 nett dewasa / RM84 nett kanak-kanak (6 – 12 tahun)


Banyaknya Pakej Raya Pullman KLCC

Selain buffet Ramadan, Pullman KLCC juga dah perkenalkan beberapa promosi raya seperti JOM Raya Gift Boxes, Snack Boxes, Bakul Raya, JOM Minum Petang, Biskut Raya dan Rumah Terbuka. Keterangannya korang boleh lihat di bawah, highly recommend! 

Lebaran Gift Box


  • Tersedia setiap hari bermula jam 12 tengahari hingga 8 malam 
  • Hadiah yang sesuai di hari raya untuk keluarga, kenalan dan rakan bisnes korang
  • Di dalam nya mempunyai Chef’s Signature Sambal, Roasted Sesame Honey Walnuts, biskut raya
  • RM188 nett setiap gift box 

Bakul Raya



  • Tersedia setiap hari untuk hidangan di hotel mahupun take away bermula jam 11 pagi hingga 8 malam 
  • Terdapat 7 pilihan bakul bermula dari RM30
  • Bakul Roti (RM30), Bakul Goreng (RM35), Bakul Kek Mentega (RM35), Bakul Lemang & Ketupat (RM55), Bakul Panggang (RM55), Bakul Satay (RM55) dan Bakul Kuih-Muih (RM55). 


  • Aku dah try bakul satay dan kuih muih. oiii kenyang gilos and satay dia besar-besar!
JOM Minum Petang


  • Tersedia setiap hari untuk hidangan di hotel mahupun take away bermula jam 2 petang hingga 5 petang 
  • Menu tersedia seperti Durian Mousse Cake, Nyonya Shrimp and Jack Fruit Pie Tee, Lemang bersama rendang ayam, Serunding sushi
  • RM128 nett per set,hidangan tersedia untuk 2 orang 
Jualan Produk Raya 




  • Tersedia setiap hari bermula jam 12 tengahari hingga 8 malam 
  • Raya Cookies (RM23 each) - Biskut Sugi Pelangi, Almond London atau Simpul Kasih
  • Durian Dodol (RM25),
  • Kurma Import (RM25)
  • Homemade Serunding (RM35)
  • Homemade Pes Asam Pedas (RM35)
  • Raya Cupcakes (RM68) *tempahan awal diperlukan
  • Raya-Themed Cake (RM120) *tempahan awal diperlukan 

Rumah Terbuka



  • Tersedia setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 9 malam untuk take-away sahaja
  • Semua hidangan tersedia untuk 1kilogram setiap satu 
  • Pilihan yang sudah dimasak atau pek sejuk beku
  • RM55 nett.

JOM Jamu Dim Sum

  • Tersedia pada setiap hari Sabtu, Ahad dan cuti umum 
  • RM98 nett setiap orang
  • RM88 nett setiap orang (2 – 9 orang )
  • RM78 nett setiap orang (10 orang dan ke atas )
  • RM49 nett setiap Kanak-kanak (6 – 12 tahun)

Raya High Tea Buffet

  • Tersedia pada 13 dan 14 Mei 2021
  • Tersedia pilihan makanan tempatan,Jepun atau Western di Sedap Restaurant. 
  • Tersedia ‘live station’ seperti kaki kambing bakar, seafood on ice, cendol dan leng chee kang.
  • RM128 nett dewasa / RM64 nett kanak (6 – 12 tahun)

Raya Family Package Kids Stay & Eat For Free

  • Bermula dari RM549 nett (2 dewasa & 2 kanak-kanak*)
  • 2 hari/ 1 malam penginapan
  • In-room tent experienc
  • Sahur in the room
  • Jom Makan Dinner Buffet di Sedap Restauran
  • Early check-in jam 11pagi dan late check-out jam 5 petang 
  • Kids welcome drawing kit
  • Kids welcome amenities
  • Kids cooking class
  • 30% diskaun makanan dan minuman
  • Pilihan bilik : Family Room, 2-Bedroom Residence atau 1-Bedroom Residence
  • Tempoh tempahan : 4 Mac – 14 Mei 2021
  • Tempoh penginapan : 12 April – 15 Mei 2021

JOM Meeting

  • Tempahan untuk banquet private dinners berbuka puasa atau Raya Open House
  • Tempahan : WhatsApp +6016 290 3864 atau email restaurants@pullman-klcc.com
  • Tempahan bilik : reservations@pullman-klcc.com atau hubungi +603 2170 8888
  • Tempahan bilik meeting : sales.marketing@pullman-klcc.com atau hubungi +603 2170 8888

JOM Ta-Pau



  • Tersedia setiap hari bermula jam 12 tengahari hingga 6 petang untuk take away sahaja 
  • Pilihan dari Sedap Restaurant, RedChinese Restaurant atau Enju Japanese Restaurant
  • Riang Ria Set – RM68 nett per person
  • Harmoni Set – RM58 nett per person (minimum order of 4 persons)
  • Muhibbah Set – RM100 nett per person (minimum order of 4 persons)

JOM Chinese Food



  • Tersedia dengan pilihan dine-in atau take-away.
  • Take-away: setiap hari bermula jam 12 tengahari hingga 6 petang
  • Dine in: Khamis hingga Ahad dan Cuti Umum 
  • Dine in : RM78 nett dewasa(minimum order 4 orang dewasa)

14 comments:

Zayani Zulkiffli said...

Pergh, memang betul-betul meriah. Dah macam bazar tengok. Menu street food pun ada yang best.

Bae Roslan said...

banyaknya pakej makanan, paling suka kuih muih tradisional tu, nanti nak try lah. khai enjoy makna betul eh,

Fadima Mooneira said...

Wow.......this iftar package does look extremely happening. Byk juga depa serve Korean street food ek. Siap ada churos lagi Tu. Glad you enjoyed it. Thank you for sharing.

Cik Min said...

Wahhh memang meriah nau menu-menu dia wak tambahan lak harga sgt berpatutan ek

Rawlins GLAM said...

Memang meriah betul ye dia nyer pakej. Dari segala jenis makanan dan usia boleh pakat makan. Memang best! So, bila turn nak bawa Rawlins nie?

Dikbee said...

Wow,banyak pakej untuk raya. Boleh la order raya nanti kan. Maklum la, mesti tak dapat balik kampung kan.

Hanny Abdullh said...

Uishhh sedapnya kalau selalu dapat berbuka kat hotel. Paling sis suka bahagian dessert sb sedap2. Nanti leh le rancang utk berbuka kat sini

Kitkat Nelfei said...

Wahhh, macam2 JOM ada di Pullman KLCC ni.. Sangat menarik ye! The pau comel sampai la Chinese food, dim sum dan macam2 lagi! 😍

Marina Bashah said...

Ala comelnye pau dia. Sayang nak makan. Memang betulla meriah buffet ramadhan dia

Sis Lin said...

Okay sangat pakej yang di tawarkan tu.. Pullman ni kira berbintang gak kan hotelnya.. kawan Sis uka duduk sini sebab katanya makanannya sedap.. ni lagi menu berbuka, lagi lee menyelerakan..

Syafiera Yamin said...

sukalah style booth makanan dia... teringat berbuffet kat genting...
satay tu nampak menyelerakan.. siap ada masak sekali kat rumah ya... sangat sangat inovatiff...

yaya_flanella said...

Pullman ni antara yang gah juga dengan menu hidangan mereka yang menarik kan. InsyaAllah ada rezeki boleh ke sini hee

Ummi | Ummi Goes Where? said...

Biasa kalau pergi buffet Ramadan di hotel2, menu lebih kurang sama, dah boleh agak. Yang ni nampak unik.

saidila said...

Ya ampunnn heaven betul suasananya. Betul2 rasa macam kat kampung dulu2. Semua makanan pun nampak sedap sangat. Kadang time macam nilah orang dah malas masak and nak buka kat luar sahaja. Memang jadi port bergambar sakan nih.