Teruja! The Saujana Hotel Kuala Lumpur Masih Kekalkan Buffet Ramadan Bagi Tahun 2021
Dua tahun lalu, The Saujana Hotel Kuala Lumpur mendapat tempat teratas bagi Senarai Buffet Ramadan Sedap.
Buffet Ramadan Kembali!
Kali ini aku teruja bila dapat tahu diorang masih adakan lagi buffet biarpun setahun 'skip' berikutan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Untuk buffet ramadan 2021, The Saujana Hotel Kuala Lumpur telah memperkenalkan beberapa menu istimewa seperti Kambing Golek,Bubur Lambuk Kerabu Mangga Muda, Kerabu Udang, Gado-gado, Ice Kacang Durian, Bubur Pulut Durian, Tau Fu Fah dan banyak lagi.
Selain itu, menu all time favourite untuk pencinta seafood pun ada, ‘Seafood on Ice’, Fresh Oysters dan Sashimi station. menanti korang.
Untuk harga early bird sebenarnya dah habis tapi jangan risau sebab kalau korang pernah rasa kesedapan di sini mesti korang akan repear macam aku!
Harga Korporat (Minimum 40 pax)
RM150 nett
Dewasa RM160 nett
Kanak-Kanak RM80 nett
Hubungi : 03-7843 1234 ext 6053 o
Email : catering@thesaujana.com
Set Bento Tersedia
Suka dengan makanan jepun dan simple? Jangan risau sebab The Saujana Hotel Kuala Lumpur telah perkenalkan The Buka Puasa Bento set dengan harga RM75 nett. Di dalamnya ada :
- Soft shell crab roll
- assorted seafood in batter
- assorted fresh fish
- grilled mackerel
- japanese salad
- garlic fried rice
- bean & seaweed soup
Untuk dapatkan set ini korang boleh take away, delivery atau pickup sahaja di hotel diorang. Nak dapatkan set ini sila klik pada pautan berikut : https://eboxasia.com/thesaujana/food.php?foodcompany=58
11 comments:
Buffet Ramadan tahun ni macam kurang ajer Khai. Mungkin macam tahun lepas beriya kata ada buffet ramadan sekali PKP langsung tak boleh buat. Harap2 tahun ni boleh la. Rindu dah buffet ni dan Pasar Ramadan.
Aduahi sedap pulak nampak Bento tu sebab semua menu dia best dan sedap. Dahlah nanti tinggal bertiga jer dekat rumah nak masak2 pun malas . Bolehlah datang buka puasa dekat sini atau order jer set Bento tu biar mudah.
lama tak pi hotel saujana. bagus la buffet masih ada. boleh try nantu
Boleh tahan ya harganya. Tapi bang Khai kata sedap, so kena cubalah nampak gayanya.
Fuuhh.. seriously menu dia menarik betul. Lama tak buka puasa kat hotel. Yang sebetulnya memang rindu sebab kat hotel kita dapat buka puasa ramai². Nasib ada delivery .. atleast rindu kat menu tu terubat
uish menarik menu dia..terliur betul iena tengok..ada bento pulak tu..sedap :)
Not bad makanan kat sini. Semua nampak sedap dan menarik sangat
Harga dia walau nampak memang mahal, tapi tengok menu-menunya, wowww gilerrr.. berbaloilah kalau mahal pun.. siap ada Bento bagai..
Wahh,, terliur baca menu ice kacang durian dia.. macam nak pergi iftar kat sini juga la nanti.. Tak pernah try lagi.. siap ada bento set.. menarik ni..
Menarik betul menu dekat The Saujana KL. Nanti bleh rekemen kawan-kawan dan saudara mara. Kami semua base di KL memang mencari buffet Ramadan.hehe
Terkejut awak tengok buka puasa dengan sushi tachood kita wak hehehehe tapi lama tak pergi kat sini kan bestnya ridu nak makan sini sedap-sedap belaka...
Post a Comment