Total Pageviews

Semua Cawangan Lulu Hypermarket Buat Sale Super Saver, Ayam Serendah RM7.90 Seekor!

Puasa dah masuk 'suku akhir' dan aku percaya ramai di antara rakyat Malaysia sudah mula membuat persiapan awal walaupun besar kemungkinan tidak boleh merentas negeri dan hanya sekadar beraya di rumah masing-masing.



Kini Berlangsung Promosi Super Saver

Namun, apa pun kemeriahan dan semangat untuk beraya itu masih ada dan disebabkan itulah pasaraya terkenal, Lulu Hypermarket telah mengadakan jualan promosi awal yang dikenali sebagai Super Saver. Melibatkan semua cawangan Lulu iaitu di Kuala Lumpur, 1 Shamelin dan Setia City Mall, pelbagai barangan telah dijual dengan harga yang begitu murah. 




Baru-baru ini, aku sendiri berkesempatan untuk pergi ke Lulu Hypermarket Setia City Mall yang baru sahaja dibuka. Fuhh rambang mata weh! Mana taknya, semua benda sangat murah dan yang paling penting barang 'panas' seperti daging dan ayam harganya  dikawal. 


Kalau pergi ke Lulu Hypermarket, setiap department ada barangan promosi. Nasihat aku, apa kata korang pergi dalam tengahari dan rancang berbuka di Lulu. Sebabnya di setiap tingkat atau bahagian mesti korang akan beli atau ambil sesuatu.








Menariknya lagi, di Lulu juga ada jual juadah untuk berbuka puasa. Jadi korang tak perlu risau kalau terlewat ke apa. Beli dan berbuka sahaja di sini. 









Berlangsung Serentak Promosi Lain 

Serentak dengan itu juga, ada beberapa promosi lain ini termasuklah Fresh Fruit Fairs (buah-buahan segar), Meat Fair(jualan daging murah), Dessert Festival (pencuci mulut), jualan pakaian etnik dan banyak lagi. 








Untuk korang yang tertanya, jualan Super Saver telah pun bermula dan akan berakhir pada 5 Mei 2021. Bagi jualan Ramadan Kareem pula akan menyusul tamat pada 16 Mei 2021 yang mana umat Islam akan mula menyambut Aidilfitri. 

Lebih Mudah Beli Di Atas Talian

Tak sempat or macam malas nak pergi ke Lulu Hypermarket?Jangan risau download je  Lulu Shopping app dari App Store ataupun Google Play.  Nak lagi senang beli saja di  www.luluhypermarket.com segala-galanya ada disitu. So tunggu apa tunggu lagi, long weekend kan minggu ni? Jom ke Lulu Hypermarket! 

14 comments:

Ruby said...

Bestnya Lulu Shah Alam ni. Memacam ada promosi. Kat Lulu KL pun ada promosi yang sama ke? Ingat nak ke KL punya sebab dekat ngan ofis. Nak beli tv tu. Hehee.

aeyshaabdulah said...

Memang dari dulu suka beli belah kat lulu, rempah ratus dia memang terbaik dan byk pilihan. Nanti sebelum raya sis nak ke sana lagi..nak borong stok utk Raya

warda said...

Tak pernah dengar lagi nama hypermarket Lulu ni. Best juga barang-barang kat sana. Harga ditawarkan pun menarik.

Bae Roslan said...

murah betul lah kat lulu ni. kalau dekat dah pi dah. kawan selalu bagitau kat sini murah

Siti Awadah said...

Senang betul gini. macam2 barang ada, promosi pun banyak potongan harga tu. kalau sis pergi ni, rasanya mau pening kepala sbb bnyk sgt pilihan

Rawlins GLAM said...

Rawlins memang akan rambang mata bila sampai Lulu - rasa cam nak grab je semua offers yang ada

Marina Bashah said...

Wahhh ada jual lauk pauk jugak rupanya. Barang-barang dia murah jugak ye

SalinaJohari said...

Murahnyaaaa ... rasa macam nak terjah terus !! Suka sangat dengan konsep Lulu Hypermarket ni sebab boleh dikatakan apa yang kita nak beli semuanya ada. Senang betul .. dan menjimatkan masa

Huda Halid said...

best yer shopping kat sini. teratur,kemas dan macam2 pilihan. suka sangat konsep lulu hypermarket

AyuArjuna BiGoshh said...

Sekarang LAGI bestkan.. boleh beli atas talian. Boleh order jer mana yg Kita suka

Sis Lin said...

Geram pulak kita... kalaulah kat Jb ni ada.. rasanya Sis ko ni pelanggan tetap kot.. murah beno harga jualan dia kan..

Kitkat Nelfei said...

Menariknya, Lulu Hypermarket pun ada apps skrg ye? Wahh! advance dah skrg... ayam sekor pun murah juga tue RM7.90! Boleh g beli nanti few days before Raya mana taw nak masak2 nanti..

Nina Mirza said...

Yesszaaaa.. Suka shopping di Lulu. Sebab bila diskaun dia memang kaw kawwww ohsem

Ika.S said...

Lulu ni mula mendapat tempat di hati pengemar shopping kan heee. sebab selalu nampak iklan di mana mana. bestnya