Total Pageviews

Lega Dapat Pakai Garci Pro Untuk Hilangkan Lenguh Bahu


Mungkin ada diantara korang yang tahu aku sebenarnya ada right hand weakness, kesan daripada patah tangan, kemalangan dan macam-macam lagi sejak sekolah rendah lagi. Kesannya, tangan kanan aku tak sekuat lagi macam dulu, cepat lenguh terutama di bahu dan melarat sehingga ke tengkuk.





Diperkenalkan Dengan Garci Pro


Kalau dah jadi macam ini, memang aku akan cepat bad mood, yer la sebab tengkuk dan bahu dah lenguh. Daripada kesan kebas dia bertukar jadi sakit.  Dah macam-macam produk aku guna, minyak angin jangan cakaplah memang jadi peneman tapi sayangnya dia tak tahan lama dan ada kekurangan tersendiri. 




Sampailah aku diperkenalkan oleh seorang kawan blogger yang minta aku review pasal Garci Pro. Mula-mula aku ingat untuk orang yang sakit lutut je, tapi aku gatal pergi minta nak cuba. Dia pun bagi aku cuba. 


Tak silap aku dia punya syarikat terletak di Machang, Kelantan yang merupakan keluaran  MISG Global.  Proses menghantar pun cepat! Masa sampai itu, buka je kotak Garci Pro terus semerbak ya bau dia. Dalam hati aku terdetik, hrmm ini mesti sama macam minyak angin lain. 




So aku pun macam saja je lah nak try pakai alang-alang dah ambil gambar then sapu dekat tangan kanan aku yang ada masalah itu. Lepas itu, kebetulan mengantuk jadi aku pun sapu sikit dekat bahu. 


Gel Sejuk Berangin


Tak sampai lima minit tiba-tiba aku dah tak senang duduk! Sejuk rupanya gel ini! Diorang pun tak bagitahu aku yang gel Garci Pro ini sejuk dan berangin. Nasib baik tak sapu banyak kalau tidak mahu aku mandi sekali lagi. 


Jadi aku pun cuba lah pakai nak tengok kesan dia. Ketika artikel ini ditulis pun aku pakai sebab penat balik kerja then sapu di bahu untuk hilangkan rasa lenguh. Alhamdulillah,  Garci Pro ini bagi aku memang membantu sangat terutama untuk aku yang kerja tak tentu masa dan terlalu sibuk. Terasa macam ada orang urut tau! 


Kelebihan Garci Pro


Masa pakai, aku terus check apa kelebihan Garci Pro Gel. Yer lah nanti salah pakai atau tak sesuai nanti tak pasal aku juga yang kena kesannya. Jadi inilah antara kelebihan produk ini.


  • Membantu melancarkan pengaliran darah dan merawat saluran darah tersumbat 

  • Membantu merawat kebas pada anggota badan 

  • Membantu merawat urat saraf yang rosak sebagai penyebab kebas 

  • Membantu melegakan kekejangan otot dan sendi 

  • Membantu melegakan sakit urat dan lutut 

  • Membantu mengelakkan risiko strok dan serangan jantung secara mengejut 

  • Membantu melegakan selsema dan pening kepala 

  • Membantu melegakan sakit perut dan senggugut

  • Membantu singkirkan angin dalam badan 


Cakap pasal sakit kepala, betul memang aku bawa pergi ke pejabat sebab aku selalu juga migrain dan kadang-kadang mengantuk apatah lagi bulan puasa ini. Pakai terus segar! 


Bahan-bahan yang terkandung dalam Garci Pro


  • Epal Hijau 

  • Aloe Vera 

  • Minyak Argan 

  • Peppermint 

  • Kristal menthol

  • Minyak Eucalyptus 


Aku difahamkan produk ini sesuai dipakai oleh lelaki dan perempuan yang mempunyai masalah saraf, sakit lutut , sakit kepala dan lain-lain lagi. Untuk ahli sukan pun boleh pakai tak ada masalah. Aku pun nak cuba pakai time workout nanti. 




Kalau ditanya aku, jujur cakap memang aku suka dengan Garci Pro. Sebabnya aku suka dengan gel dia yang tak melekit dan tak panas. Bau pun segar je jadi pakai dekat pejabat pun tak segan.





Nak cakap memang 100% berkesan memang tipu lah, sebab aku pun baru lagi pakai. Tapi sedikit sebanyak memang banyak bantu aku terutama di bulan puasa ini. Kalau korang nak tahu kesannya mungkin boleh dapatkan sebotol dan beli di pautan di bawah.


Website : garciprohq.com

IG: garcipromalaysia

FB: Garci Pro Malaysia - AppleFit


No comments: