Kecur Air Liur Tengok Makanan IndoAsli
Amaran untuk korang yang tengah baca artikel ni pasti akan kecur air liur terutamanya di bulan puasa.
Makanan Asli Indonesia
Mana tidaknya, IndoAsli sekali lagi memperkenalkan aneka makanan asli Indonesia khas buat korang yang rindu pada negara jiran.
Memandangkan kita masih tak boleh merentas negeri mahupun negara, dengan adanya IndoAsli korang boleh dapatkan makanan Indonesia yang sedap di sini.
Kalau korang nak tahu, IndoAsli berdiri hari ini kerana seorang chef yang telah mengembara ke Indonesia hanya kerana ingin merasai hidangan autentik Indonesia. Berkesempatan rasai sendiri pelbagai makanan yang menarik di sana, sekembalinya chef ini di Malaysia dia berasakan tidak dapat melupakan kehebatan masakan di Indonesia terutamanya penggunaan rempah ratus.
Justeru itu, dia kembali ke Indonesia untuk mendapatkan resepi dan seterusnya tertubuhlah Restoran IndoAsli di Malaysia.
Aneka Makanan Sedap
So, baru-baru ini aku berkesempatan untuk review IndoAsli di Central i-City Shah Alam. Aku difahamkan menu-menu istimewa ini antara menu all day yang akan ada di restoran ini. Makna nya korang boleh makan pada bila-bila masa.
Dah ready nak tengok? Nah aku kongsikan menu-menu unik dan sedap yang ada disini dan ya aku dan rakan-rakan lain memang makan semua ni, kecuali ikan sebab aku tak makan ikan hahaha.
Ikan Tilapia Goreng Renyah Sambal Nusantara |
Tempe Sira. Fav aku! |
Rendang Sapi. Sedap! |
Soda SeraiSerai - sedap and refreshing!
|
Tahu Telur. Sedap weh! Korang wajib cuba |
Rendang Kambing- terasa rasa rempah dekat kuah rendang walaupun aku tak makan kambing |
Gulai Ayam Padang- sedap, tak berapa pedas |
Ayam Bakar Sate- macam sate kita selalu makan tapi ini daging ayam sahaja tanpa lidi, senang nak makan |
Jus Alpukat Teristimewa IndoAsli. Yang ni memang sedap tapi sedikit berlemak. |
Cumi Bakar Jimbaran- Cumi bakar dimakan dengan sambal balado dan madura yangasli ni, lagilah bertambah asli. Lepas cuba menu ni terus rasa macam kat Bali. |
Nasi Tumpeng Ayam Bakar Percik Bali - Set lengkap yang ada semua! Kalau malasfikir nak order apa, korang order je menu ni. Sedap dan sempurna. |
Terung Raos Khas BandungBandung - terung dia crispy dan pedas pedas. Recommended! |
Popia Pisang- Gabungan cheese dan chocolate dimakan bersama popia pisang, sangat terbaik. |
Jeli Dalam Telur. Memang unik! |
*Menu baru dari IndoAsli kini eksklusif di IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya dan akan datang tidak lama lagi di IndoAsli Central i-City, Shah Alam
Semua menyelerakan! Jauh dari Shah Alam? Jangan risau, IndoAsli ada cawangan lain di IOI City Mall Putrajaya. Bulan puasa ni jangan lupa IndoAsli, memang puas!
IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya
Lot No: LG-36
IndoAsli Central i-City, Shah Alam
Lot No: LG-58
Instagram : https://www.instagram.com/indoasli_official/
Facebook : https://www.facebook.com/indoasliofficial
17 comments:
Ikan talapia tu nampak sedapnya heh....air soda serai tu pun sis suka jugak. Ada nampak Indo Asli ni kat IOI City Mall. Nak pergi pun dekat ajer.
makanan indo memang sedap. hampir sama dengan makanan di sini. sayannya indo asli ni takde di kota bharu. kalau tak....
Nasiblah lagi 2 jam jer lagi nak buka puasa masa baca nih. Ni kalau tak dapat datang masa Ramadhan mungkin lepas habis puasa mesti datang. Kangen banget sama masakan indonesia. Cumi bakar Jimbaran tu macam kat Bali haaaa.
dapat makan makanan asli indonesia baru la rasa puas kan. dekat je restoran ni nanti boleh try
Akak doakan moga IndoAsli buka cawangan kat KL or Ampang. Hahaha. Awat jauh sangat ke IOI Putrajaya dan Shah Alam. Wuwuwuwuwuwwu. Buat orang laporrrr.
Ikan talapia Tu mmg sedap. Esp kalau makan panas2 memang terbaik
Giler tak kecur, tengok sekaranmg lagi kecur oii hahahaha..
Adeii menunya semua sedap.. tapi kan Khai, menu dia ada bau ala bahan rempah tak? Kadang bau cekur dia kuat nauu..
kite dah makan kat sini wakkk... memang sedap. Paling suka Cumi Bakar & tahu Telur. Ikan tu pun sodapppp.. wuuu, terubat rindu nak travel ke Indonesia
nasib baik ada warning siap2 haha! memang kecur la tengok semua favourite nih sedapnya !
Perghh! Boleh la lepas rindu nak makan masakan Indonesia kat IndoAsli ni... hopefully soon ada cawangan yang berdekatan kat KL town area :P boleh la g selalu...
Dah pergi sini, memang sedap. Teringt dekat sotong cumi , ikan talapia dan tahu telur dia..air pulak suka soda dan es alpukat
Kalau pergi restoran Indonesia, memang tak boleh miss jus alpokat tu. Betul2 pure dan generous.
wahh sedap2 ya menunya. okay sbb shah alanm jauh, boleh pergi yang cawangan dkt ioi city mall :)
Paling takleh lupa adalah semua airnya, ikan lazat tu dan juga tahu telur. Itu pun dah mencukupi buat baby
This looks absolutely delicious! I am sure the whole family will enjoy makan2 at this restaurant especially the cumi bakar!
wah menu dia mengancam..terliur tengok gambar gambar makanan dia.Nanti boleh lah cuba
Paling menarik minat nak cuba adalah tauhu telur dia. Tengok gambar pun dah mengiurkan apa lagi kalau dah rasa. hahaha
Post a Comment