Total Pageviews

Kecur Air Liur Tengok Makanan IndoAsli

Amaran untuk korang yang tengah baca artikel ni pasti akan kecur air liur terutamanya di bulan puasa. 



Makanan Asli Indonesia


Mana tidaknya, IndoAsli sekali lagi memperkenalkan aneka makanan asli Indonesia khas buat korang yang rindu pada negara jiran. 


Memandangkan kita masih tak boleh merentas negeri mahupun negara, dengan adanya IndoAsli korang boleh dapatkan makanan Indonesia yang sedap di sini. 



Kalau korang nak tahu, IndoAsli berdiri hari ini kerana seorang chef yang telah mengembara ke Indonesia hanya kerana ingin merasai hidangan autentik Indonesia. Berkesempatan rasai sendiri pelbagai makanan yang menarik di sana, sekembalinya chef ini di Malaysia dia berasakan tidak dapat melupakan kehebatan masakan di Indonesia terutamanya penggunaan rempah ratus. 


Justeru itu, dia kembali ke Indonesia untuk mendapatkan resepi dan seterusnya tertubuhlah Restoran IndoAsli di Malaysia.


Aneka Makanan Sedap 


So, baru-baru ini aku berkesempatan untuk review IndoAsli di Central i-City Shah Alam. Aku difahamkan menu-menu istimewa ini antara menu all day yang akan ada di restoran ini. Makna nya korang boleh makan pada bila-bila masa. 


Dah ready nak tengok? Nah aku kongsikan menu-menu unik dan sedap yang ada disini dan ya aku dan rakan-rakan lain memang makan semua ni, kecuali ikan sebab aku tak makan ikan hahaha.

Ikan Tilapia Goreng Renyah Sambal Nusantara 

Tempe Sira. Fav aku!

Rendang Sapi. Sedap!


Soda SeraiSerai - sedap and refreshing!

Es Alpukat. Memang pure rasa dia.

Tahu Telur. Sedap weh! Korang wajib cuba


Rendang Kambing- terasa rasa rempah dekat kuah rendang walaupun aku tak makan kambing 


Gulai Ayam Padang- sedap, tak berapa pedas


Ayam Bakar Sate- macam sate kita selalu makan tapi ini daging ayam sahaja tanpa
lidi, senang nak makan


Jus Alpukat Teristimewa IndoAsli. Yang ni memang sedap tapi sedikit berlemak.


Cumi Bakar Jimbaran- Cumi bakar dimakan dengan sambal balado dan madura yangasli ni, lagilah bertambah asli. Lepas cuba menu ni terus rasa macam kat Bali.


Nasi Tumpeng Ayam Bakar Percik Bali - Set lengkap yang ada semua! Kalau malasfikir nak order apa, korang order je menu ni. Sedap dan sempurna.


Terung Raos Khas BandungBandung - terung dia crispy dan pedas pedas. Recommended!

Popia Pisang- Gabungan cheese dan chocolate dimakan bersama popia pisang, sangat terbaik.


Jeli Dalam Telur. Memang unik! 


*Menu baru dari IndoAsli kini eksklusif di IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya dan akan datang tidak lama lagi di IndoAsli Central i-City, Shah Alam


Semua menyelerakan! Jauh dari Shah Alam? Jangan risau, IndoAsli ada cawangan lain di IOI City Mall Putrajaya. Bulan puasa ni jangan lupa IndoAsli, memang puas! 

IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya

Lot No: LG-36

 IndoAsli Central i-City, Shah Alam

Lot No: LG-58


Instagram : https://www.instagram.com/indoasli_official/

Facebook : https://www.facebook.com/indoasliofficial


17 comments:

Ezna Khalili said...

Ikan talapia tu nampak sedapnya heh....air soda serai tu pun sis suka jugak. Ada nampak Indo Asli ni kat IOI City Mall. Nak pergi pun dekat ajer.

nikkhazami said...

makanan indo memang sedap. hampir sama dengan makanan di sini. sayannya indo asli ni takde di kota bharu. kalau tak....

saidila said...

Nasiblah lagi 2 jam jer lagi nak buka puasa masa baca nih. Ni kalau tak dapat datang masa Ramadhan mungkin lepas habis puasa mesti datang. Kangen banget sama masakan indonesia. Cumi bakar Jimbaran tu macam kat Bali haaaa.

Bae Roslan said...

dapat makan makanan asli indonesia baru la rasa puas kan. dekat je restoran ni nanti boleh try

Ruby said...

Akak doakan moga IndoAsli buka cawangan kat KL or Ampang. Hahaha. Awat jauh sangat ke IOI Putrajaya dan Shah Alam. Wuwuwuwuwuwwu. Buat orang laporrrr.

AyuArjuna BiGoshh said...

Ikan talapia Tu mmg sedap. Esp kalau makan panas2 memang terbaik

Sis Lin said...

Giler tak kecur, tengok sekaranmg lagi kecur oii hahahaha..
Adeii menunya semua sedap.. tapi kan Khai, menu dia ada bau ala bahan rempah tak? Kadang bau cekur dia kuat nauu..

Dikbee said...

kite dah makan kat sini wakkk... memang sedap. Paling suka Cumi Bakar & tahu Telur. Ikan tu pun sodapppp.. wuuu, terubat rindu nak travel ke Indonesia

Min said...

nasib baik ada warning siap2 haha! memang kecur la tengok semua favourite nih sedapnya !

Kitkat Nelfei said...

Perghh! Boleh la lepas rindu nak makan masakan Indonesia kat IndoAsli ni... hopefully soon ada cawangan yang berdekatan kat KL town area :P boleh la g selalu...

Nadia Johari said...

Dah pergi sini, memang sedap. Teringt dekat sotong cumi , ikan talapia dan tahu telur dia..air pulak suka soda dan es alpukat

Ummi | Ummi Goes Where? said...

Kalau pergi restoran Indonesia, memang tak boleh miss jus alpokat tu. Betul2 pure dan generous.

Aerill Hassan said...

wahh sedap2 ya menunya. okay sbb shah alanm jauh, boleh pergi yang cawangan dkt ioi city mall :)

Rawlins GLAM said...

Paling takleh lupa adalah semua airnya, ikan lazat tu dan juga tahu telur. Itu pun dah mencukupi buat baby

Rolling Grace said...

This looks absolutely delicious! I am sure the whole family will enjoy makan2 at this restaurant especially the cumi bakar!

iena eliena said...

wah menu dia mengancam..terliur tengok gambar gambar makanan dia.Nanti boleh lah cuba

Faiq Najmi said...

Paling menarik minat nak cuba adalah tauhu telur dia. Tengok gambar pun dah mengiurkan apa lagi kalau dah rasa. hahaha