Total Pageviews

Habislah! Shaheizy Sam Perkenal Syoklat Confirm Ramai Suka

Sekali tengok, aku sendiri pun teringin dengan produk dan bisnes baruyang dimiliki oleh pelakon terkenal Shaheizy Sam iaitu Syoklat!





 Syoklat! Buat Ketagih 


Mana tak nya Syoklat! yang menampilkan SyokoTube mampu membuatkan sesiapa sahaja suka dengannya. Baik budak or mak bapak budak semuanya suka dengan produk ini. Itu yang Sam cakaplah.



Tak silap aku Sam sendiri sebak masa berkongsi mengenai Syoklat!  Yer la selepas  terkenal dengan beberapa produk, Sam kini kembali mengukuhkan penguasaannya dalam bidang perniagaan apabila menceburi bidang berkait dengan pemakanan.


"Terus terang saya katakan, melihat potensi yang sangat besar dalam perniagaan coklat (SyokoTube) ini kerana ia tidak hanya tertumpu kepada sesetengah golongan seperti produk kecantikan. 


"Saya sendiri membesar dengan adanya coklat di rumah untuk sarapan dengan roti, sebagai pencuci mulut bersama ais krim atau buah buahan, campuran coklat ke dalam air susu panas atau sejuk, malah coklat sering digunakan untuk pelbagai jenis makanan. 


"Pada ketika ini saya sedang membesarkan dua orang anak yang sentiasa mahukan coklat tidak kira di mana sahaja kami berada. 


"Saya juga pernah keluar negara dan mendapati coklat yang sama saya makan ketika membesar ada terjual di sana. Jadi saya berpendapat coklat ini sangat tinggi permintaannya walaupun dimana sahaja dan digunakan oleh pelbagai peringkat usia," dedah Sam 

Sejak Oktober 2020



Kalau korang nak tahu, jenama Syoklat!  sudah menapak sejak bulan Oktober 2020 dan Sam sendiri mengaku nak fokus kepada bisnes ini selain ingin bantu para usahawan di luar sana menjana ekonomi.


"Saya ingin fokus terhadap bisnes ini dan dalam masa yang sama  menjadi lebih selektif apabila memilih skrip bagi mendapat kepuasan dalam bidang seni yang dicintai," 


"Besar harapan saya, bukan setakat membantu menjana pendapatan atau ekonomi, tetapi memberi manfaat yang besar dari setiap sudut buat mereka," kata Sam.


Syoklat turut beberapa perisa. Ini termasuklah perisa buah Strawberi, Mangga dan Pisang. Ketiga tiga perisa ini mendapat permintaan yang cukup tinggi dalam kalangan penggemarnya.  


Jenama ini juga telah berkolaborasi dengan pasangan Johan dan Ozlynn menerusi perisa Hazelnut dan Butterscotch. Kalau korang nak beli, boleh dapatkan di platform sosial media diorang okay!


Instagram : https://www.instagram.com/syokotube_hq/

10 comments:

Ezna Khalili said...

Ye ke Mak budak akan suka produk ni?. Nampak produk ni memudahkan orang ramai la sebab bawak ajer ke mana2 kemudian ada roti just picit je terus la makan.

Ruby said...

SyokoTube ni jual rm berapa dan di mana bleh beli? Dah masuk pasaraya ke Khai? Senang kalau ada Coklat tube ni. Laju skit sapu kat roti. Hehehhe.

Rawlins GLAM said...

Senang pakai Syokotube nie bila sahur. Ambil roti, #JustPicIt dan settle dah makanan untuk sahur. Rawlins siap letak dengan susu panas - lazat weiiii

Mahamahu said...

Hey coklat Shaheizy Sam kita suka wakakaka tapi memang betul coklat ni kita taruk kat roti habis wakakaka pastu picit jer dalam mulut pun sedap ni hehehehe..

Kitkat Nelfei said...

Menarik la Khai ada syokolat macam ni.. lebih hygiene juga since tak yah scoop out from the balang kan.. Nak try la..

iena eliena said...

SyokoTUbe macam best je ni.iena tak suka chocolate sangat tapi dekno suka.Nanti boleh suggest dia cuba. btw iena baru je dengar tentang SyokoTUbe ni :D

AyuArjuna BiGoshh said...

Sedap sebab dah try. Memang praktikal sangat nak makan dengan roti dsb

Sis Lin said...

Sapa je laa tak suka cokelat kan, kena plak design dia menarik perhatian kanak-kanak, senang nak bawa pi memana ni..

Zharif Azis said...

agak kecik size dia. maybe nak cater travel size kot. hope ada dalam packet yg besar sebab sedap kot. sekejap je dh habis. hahahaa

Encik Mus said...

mula-mula confuse... fikir minuman atau bar coklat.. nampak senang nak makan.. picit je dan sangat praktikal packaging macam tu..