Buffet Ramadan Shah Alam 2021 : Me'nate Steak Hub Kembali Lagi
Ya betul! Me'nate Steak Hub kini kembali selepas setahun 'berehat' berikutan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu.
Lebih 70 Menu Menanti!
Biarpun diadakan dalam norma baharu dengan kawalan SOP yang ketat, namun kedai steak popular ini masih mengutamakan selera dan tarikan buat para pelanggan mereka.
Aku berkesempatan untuk menghadiri ke preview diorang baru-baru ini dan difahamkan terdapat lebih daripada 70 menu akan diketengahkan sepanjang bulan puasa nanti.
Antara menu istimewa mereka termasuklah Kambing Panggang Bukhari bersama Nasi Mandhi, Fettuccine Chicken Alfredo, Penne Arrabiata, Linguine Alle Vongole,BBQ Buffalo Wing's dan banyak lagi.
Selain hidangan timur tengah dan western, menu tempatan turut tak dilupakan. Ada Nasi Tomato, Mee Soto, Kueh Teow goreng serta pelbagai jenis kuih muih tempatan.
Aku suka Kueh Teow goreng diorang sebab dimasak panas pastu makan pula dengan daging fuhh memang sedap!
Harga Buffet Me'nate
Nak tahu harganya? Ini adalah Ramadan package buffet di Me'nate Steak Hub
- RM89.90 untuk dewasa
- RM49.90 untuk kanak-kanak
- *kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah PERCUMA*
- *harga tak termasuk cas 6% SST
Nama je kedai steak tapi takkan tak ada steak? Ada ya! Jangan risau sebab at first aku pun tertanya tetapi sebenarnya ada je dijual dalam pakej makanan barat premium, Group Steak Family Platter. Ada 2 pilihan sama ada Set A (premium family package) dan Set B (Super Premium Family Package).
Menariknya, dalam setiap set Family Platter ni ada sehingga 11 menu dan hidangan pemanis mulut (dessert) akan diberi secara percuma dari kaunter buffet. So kalau rasa nak makan steak, silakan pilih set ini!
Perkenal Produk Sejuk Beku
Me’nate juga telah memperkenalkan produk sejuk beku terbaru iaitu jenama MeatLab. Ada macam-macam pilihan seperti BBQ Beef Ribs, Lamb Shank, Marinated Lamb, Lamb Shabu dan Peri-Peri Chicken. Selain itu MeatLab juga akan memperkenalkan Rendang Daging edisi terhad sempena Ramadan dan Aidilfitri ini.
Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan boleh hubungi :
Pakej Buffet Ramadan, Pakej Group Steak & Ala Carte
- Setapak +6019 3911 047
- Shah Alam +6019 4771 047
- Bangi +6019 2611 047
- Seremban +6014 3511 047
- Melaka +6014 6040 047
- Johor Bahru +6013 7510 347
Pakej Heavenly Beef/Lamb . Pakej 2 Pax . Pakej Group Steak . Ala Carte
- Ampang +6016 8795 947
14 comments:
wahhhh sedapnya tengok semua menu dia. Harga pun murah jugak untuk buffet. Tengok gambar pun dah terliur teruk
Sis ingat banyak la masakan steak tu sebab menate kan?. Sekali tengok ada banyak juga hidangan yang disediakan tu. Sis terjah kuay tiaw dulu kot....
Bulan Ramadan memang wajib ke Menate. Mesti ada satu hari gantung kuali dan ke Menate Setapak. Hehehe. Nanti nak booking. Selamat Berpuasa!
Satu je nak tanya, awat le kat JB dia taknak buat camni ek hehehehe..sebab kat JB pun ada gak Menate ni, ke dia tak jemput kita hahahaha..
Btw memang puas le kalau kata buffet kat sini, semua menu kegemaran Sis.. ishh ada kang pi singgah ni sebelum pose, kang takut kecurrrr
Alaa rindu nasi dengan ayam dia.. daging syabu semua nampak sedap dan menarik
Memang rindu buka puasa kat menate. Puashati. Tahun ni nak book sesiap awal kat setapak dan bawak family gether-gether.
Wow! Menate pun ada Ramadan buffet ye! Interesting.. Boleh try ni. Ada satu cawangan kat Setapak.
Perghhh Menate mai lagi dahh.. Hahaha.. Geram je tfok menu2 dia lagi la mcm2 jenis masakan daging yg ada... Buka pose layan ni ok gak ek sekali sekala
Bila la boleh merasa makan kat Menate ni. Semua nampak sedap. Nak juga makan daging premium. hehe
Haritu pergi Bangi, first time nampak Menate Steakhouse. Selama ni pernah dgr je, tp xtau kat mana. Nanti boleh la cuba bufet kat sana.
Wah. Terus teringat-ingat juadah berbuka kat situ. So, bila turn kita nak berbuka sama nie?
menate I suka bila part daging dia.. sebab depa memang specialist kat situ..
sekarang dah buat buffet gini rasa macam why not pergi kan at least makan yang mahai mahai in one price heee
wow, almost cannot wait for ramadan after reading this post. all the food here looks absolutely amazing!
Semua makanan kat Me'nate Steak Hub memang best and quality pun terjamin, I like their grilled lamb.
Post a Comment