Buffet Ramadan Dorsett Kuala Lumpur Paling Murah Antara Semua Hotel!
Betul! Setakat ini Dorsett Kuala Lumpur merupakan hotel paling murah menganjurkan Buffet Ramadan bagi tahun 2021 kalau mengikut review aku.
Hanya RM80nett
Ini kerana, dengan harga RM80nett bagi dewasa dan 30% diskaun untuk kanak-kanak dan warga emas korang boleh menikmati lebih dari 100 hidangan yang sedap. Aku akui Dorsett KL antara yang berada dalam TOP5 buffet Ramadan sedap bagi tahun 2021. Nantikan senarai penuh kelak!
Menu seperti sup ekor, rendang daging, siput sedut dan macam-macam lagi menanti korang disini.
Dorsett Grand Subang Perkenalkan Set Dome
Untuk Dorsett Grand Subang, diorang tampilkan sedikit kelainan dengan memperkenalkan Santapan Mubarak yang dibuat di The Emperor restaurant mereka.Berharga RM98 nett dan kanak-kanak serta warga emas RM88nett, menu kali ini adalah berdasarkan set yang tersedia dengan :
- kerabu manga berkacang
- sup ekor lembu atau sup herbal cina
- nasi briyani atau nasi putih
- ayam goreng berempah
- dhalca tetel
- rendang daging
- siakap ala Thai
- sambal udang
- bubur cha-cha
- Kuih-muih Melayu (kuih talam, apam gula hangus, ondeh-ondeh, tapai)
- buah kurma.
Tel : +603 2716 1010
WhatsApp +6012 674 3509 / +6012 628 0551
Tempahan korporate :+603 2716 1132/33 atau email info.kualalumpur@dorsetthotels.com
Dorsett Hartamas
Tel : +603 6209 8888
email : sales.hartamas@dorsetthotels.com
dOR
Tel : +603 88892 8388
email : info.putrajaya@dorsetthotels.com
12 comments:
Wah kalau ada masa nanti boleh plan ni , kat Putrajaya pun ada kan. Menarik aih menu-menu kat Dorsett
Sis kalau nak makan buffet ramadan ni sis akan ke Dorsett Putrajaya la sebab paling dekat.
Meriah betul juadah di cawangan masing-masing. Adakah Rawlins nak kena pergi jelajah semua cawangan sebab semuanya kelihatan menarik?
Ajom!
this is so amazing! so many delicious traditional food for only rm80 nett, it's perfect for the whole family!
Comel jer drumstick tue ikat macam tue :) Btw, best juga ye berbuka kat sini! Nak plan iftar here juga la nanti.. <3 <3
The ox-licious reminded me of the Lunar CNY.. huhu.. first year tak sambut CNY dengan family kat kampung..
Ya Rabbi Sup tu, waduh bikin kecurrr.. kalau kat JB ada lagi murah, tapi menu tak banyaklah, ini dah murah, banyak pulak pilihan menunya.,,
tak pernah lagi makan dengan dorsett tapi pilihan makana dia not bad..bolehlah plan makan kat sini time berbuka nanti
Fuhh rambang mata tengok menunya. Banyak sangat favourite ni. Lama dah tak makan siput sedut
Kak pernah mkn buffet kat dorset tu mmg sedap2 menu dia, harga pun murah
Anda yakin dan anda pasti yang bufet sini paling murah hehehehe tapi betul Dorsett mana-mana cawangan semua best dan sedap belak kita pernah cuba heheheh...
sedapnya semua hidangan yang dorang sediakan !! harga pun berbaloi sangat.. hee~ nanti dah jemu masak kat rumah baru singgah Dorset Putrajaya..
Wahhhh rambang mata tengok menu-menu dia... Ada pelbagai jenis makanan. Terliur kita tengok. Hadag pun berbaloi yee. Nanti boleh lah kita ajak family makan kat sana. Makan sampai puas. Syokk ouhh!!
Post a Comment