Total Pageviews

Buffet Ramadan Dorsett Kuala Lumpur Paling Murah Antara Semua Hotel!

Betul! Setakat ini Dorsett Kuala Lumpur merupakan hotel paling murah menganjurkan Buffet Ramadan bagi tahun 2021 kalau mengikut review aku. 





Hanya RM80nett


Ini kerana, dengan harga RM80nett bagi dewasa dan 30% diskaun untuk kanak-kanak dan warga emas korang boleh menikmati lebih dari 100 hidangan yang sedap. Aku akui Dorsett KL antara yang berada dalam TOP5 buffet Ramadan sedap bagi tahun 2021. Nantikan senarai penuh kelak!








Menu seperti sup ekor, rendang daging, siput sedut dan macam-macam lagi menanti korang disini. 


Dorsett Grand Subang Perkenalkan Set Dome


Untuk Dorsett Grand Subang, diorang tampilkan sedikit kelainan dengan memperkenalkan Santapan Mubarak yang dibuat di  The Emperor restaurant mereka.Berharga RM98 nett dan kanak-kanak serta warga emas RM88nett, menu kali ini adalah berdasarkan set yang tersedia dengan : 


  • kerabu manga berkacang
  • sup ekor lembu atau sup herbal cina
  • nasi briyani atau nasi putih 
  • ayam goreng berempah
  • dhalca tetel
  • rendang daging
  • siakap ala Thai
  • sambal udang  
  • bubur cha-cha
  • Kuih-muih Melayu (kuih talam, apam gula hangus, ondeh-ondeh, tapai)
  • buah kurma.  

Untuk pilihan makanan ala Dome pula tersedia dengan 5 jenis yang ada. Harga cuma  RM78 nett untuk dewasa dan RM68 nett untuk kanak-kanak dan warga emas. Perlu diingatkan tempahan sehari lebih awal diperlukan untuk dapatkan slot berbuka di sini. 













Menariknya lagi, kalau korang nak cuba menu signature Dorsett Grand Subang iaitu sup gearbox juga tersedia dengan harga RM55, 

Sebagai info, jumlah pax bagi satu meja Santapan Mubarak dan Santapan Barokah tersedia untuk 6 orang. Manakala untuk takeaway dan delivery, jumlah minimum order hendaklah sebanyak 2 orang. 

Harga Buffet Ramadan Dorsett Hartamas & Dorsett Putrajaya

Selain itu, dua lagi hotel Dorsett iaitu masing-masing di Hartamas dan Putrajaya turut mengadakan buffet Ramadan.  Untuk Hartamas menampilkan seleksi set Briyani bersama lauk-pauk yang enak pilihan ayam RM68 nett (2 orang) dan kambing atau daging pada  RM88 nett (2 orang).  

Di Putrajaya pula, Bismillah Buffet Ramadan buat comback bermula 14 April hingga 9 Mei 2021 Dengan harga dewasa sebanyak RM99 nett (Adults) dan RM58 nett untuk warga emas dan kanak-kanak, menariknya,   1000 yang terawal layak membeli harga Early Bird sebanyak @ RM78 nett dewasa. 

Untuk tempahan korang boleh semak pautan di bawah 

Dorsett Grand Subang 

Tel : +603 5031 6060 
email :  bookfnb.subang@dorsetthotels.com

Dorsett Kuala Lumpur


Tel : +603 2716 1010

WhatsApp +6012 674 3509 / +6012 628 0551

Tempahan korporate :+603 2716 1132/33 atau email info.kualalumpur@dorsetthotels.com 


Dorsett Hartamas


Tel :  +603 6209 8888 

email :  sales.hartamas@dorsetthotels.com 


dOR


Tel :  +603 88892 8388 

email : info.putrajaya@dorsetthotels.com


12 comments:

Yanty Lee said...

Wah kalau ada masa nanti boleh plan ni , kat Putrajaya pun ada kan. Menarik aih menu-menu kat Dorsett

Ezna Khalili said...

Sis kalau nak makan buffet ramadan ni sis akan ke Dorsett Putrajaya la sebab paling dekat.

Rawlins GLAM said...

Meriah betul juadah di cawangan masing-masing. Adakah Rawlins nak kena pergi jelajah semua cawangan sebab semuanya kelihatan menarik?
Ajom!

Rolling Grace said...

this is so amazing! so many delicious traditional food for only rm80 nett, it's perfect for the whole family!

Kitkat Nelfei said...

Comel jer drumstick tue ikat macam tue :) Btw, best juga ye berbuka kat sini! Nak plan iftar here juga la nanti.. <3 <3
The ox-licious reminded me of the Lunar CNY.. huhu.. first year tak sambut CNY dengan family kat kampung..

Sis Lin said...

Ya Rabbi Sup tu, waduh bikin kecurrr.. kalau kat JB ada lagi murah, tapi menu tak banyaklah, ini dah murah, banyak pulak pilihan menunya.,,

AyuArjuna BiGoshh said...

tak pernah lagi makan dengan dorsett tapi pilihan makana dia not bad..bolehlah plan makan kat sini time berbuka nanti

Marina Bashah said...

Fuhh rambang mata tengok menunya. Banyak sangat favourite ni. Lama dah tak makan siput sedut

halimah muhiden said...

Kak pernah mkn buffet kat dorset tu mmg sedap2 menu dia, harga pun murah

Mahamahu said...

Anda yakin dan anda pasti yang bufet sini paling murah hehehehe tapi betul Dorsett mana-mana cawangan semua best dan sedap belak kita pernah cuba heheheh...

atiehilmi.com said...

sedapnya semua hidangan yang dorang sediakan !! harga pun berbaloi sangat.. hee~ nanti dah jemu masak kat rumah baru singgah Dorset Putrajaya..

Nina Mirza said...

Wahhhh rambang mata tengok menu-menu dia... Ada pelbagai jenis makanan. Terliur kita tengok. Hadag pun berbaloi yee. Nanti boleh lah kita ajak family makan kat sana. Makan sampai puas. Syokk ouhh!!