30 Biji TV Terjual Dalam Masa 2 Jam! Lulu Hypermarket Setia City Mall Kini Dibuka
Aku boleh katakan kali ini punya penangan sale dari Lulu Hypermarket Setia City Mall , Setia Alam memang gila-gila punya!
Cawangan Ketiga Di Malaysia
Mana tidaknya selalu aku shopping tak ada lah over sangat , tapi kali ini aku 'kalah' dengan promosi yang ada bersempena dengan pembukaan cawangan Lulu Hypermarket yang ketiga di Malaysia.
Tak pasti jika cawangan di Setia Alam merupakan antara yang paling besar, tetapi Lulu Hypermarket Setia City Mall mempunyai keluasan 150,000 per segi setiap tingkat. Oh ya disini mempunyai 3 tingkat semuanya yang dibuka di 'wing' Setia City Mall yang baharu.
Harga Sangat Murah!
Masa pembukaan, 1000 yang terawal akan dapat hadiah misteri. Fuhh semua yang datang tak balik dengan tangan yang kosong ye termasuklah aku dan kawan-kawan. Segalanya sangat murah korang bayangan :
- TV Samsung 55 inci harga asal RM2399 jadi RM1699
- Blender Philips harga asal RM130 jadi RM69
- Beras Basmathi Premium 5KG Sunflower harga asal RM60 jadi RM29
- Hotwheels Buy 2 Free 1
- Maggi Kari harga RM4.80 jadi RM1.88
- Selimut harga asal RM30 jadi RM15
dan banyak lagi! Kalau korang nak tahu hampir semua barang dekat atas aku beli termasuk TV tu ya hahaha sebab fikirkan murah dan kebetulan birthday mak dah nak dekat so jadikan ia sebagai hadiah. Aku dapat tahu 30 biji TV habis dijual dalam masa 2 jam sahaja!
Dulu aku pernah cakap, bila lah nak buka dekat area Shah Alam sekali dah dekat sangat dengan rumah of course aku happy gila!
Kalau korang nak shopping, Yes sila datang sekarang sebab Lulu Hypermarket Setia City Mall tengah buat sale sampai 4 April 2021. Jangan cakap aku tak payung! Ni pun aku nak pergi lagi!Ayuh kawan-kawan kita serbu!
16 comments:
TV tu murahnya harga dia. 55 inci tu oih..Bagus la Lulu dah buka cawangan yang ketiga dah.
wohaa! memang patutlah orang serbu. diskaun gila-gila kooot!
harga TV jadi half price. elok plak dah nak raya ni, beli TV baru la.haha
Wow......sronok nyer dpt shopping sakan. Looks like this Lulu Hypermarket provides its customers with a variety of things.
siapa yang baru kahwin bolehlah grab harga awesome gini especially yang TV TU SAIZ besar memang puas hati layan movie dan netflix.. baju saree tu nak usha lah kalau ada event bertema bollywood...
Pitam ye menonton TV 65 inci tu. Rawlins pergi semalam dan hampir2 terpengaruh gak hahaha
Wahhh murahnye maggi dia. Tapi jauhla plak nak ke sana.
Mau tak 30biji, harga dia murah snagat dengan saiz tv beso tu weyy, kalau Sis pun tapau sebiji bawa balik.. bilalah kat JB ni nak ada Lulu ni...
Eh... LUlU baru bukak dekat setia city mall. Tak pernah dengar pun yang dia orang akan bukak. kena serbulah ya .. hahah
lulu kalau buat sale. wajib pergi beratur awal lg. akak selalu ke cawangan KL ngan Shamelin. tak dekat tak jauh sangat la. kalau pergi time jualan murah. semua satu kedai dia mesti murah. makanan yang dah masak tu pun murah. penuh trolly mak mak ni. hahahaha
Wahh banyaknya TV yang terjual.. ruginya tak pergi aritue.. jimat kaw2 ni.. Lulu ni memang tak pernah mengecewakan customers dia kan bila come to promotions..
Mmg murahh sangat barangan yg ditawarkan ms pembukaan hr tu. Rasa x rugi terjah walaupun ramai giler orang
Wah Lulu Hypermarket dah ada cawangan baru, ya. Menarik betul promo2 tu. Hopefully masih ada lagi.
Memang murah giler tvnya ....agak2 ada lagi tak ? Hari tu masa ke Jeram memang ada nampak LULU punya signboard cuma tak sempat nak singgah. Next ke sana boleh pergi cari apa2 barang yang perlu.
Lulu mmg selalu buat sales npk byk brg ada dijuaall mv tergoda dibuatnya
Mmg murah benar la smpi Ada orang tu Beli tak pikir dh. Hahaha best betul Ada offer murah mcmni kan
Dalam 30 biji tv termasuk yang awak beli dan kifli kan dah sampai ker tv besar tu tapi memang puas hati lah tengok tv besar macam tu harga pula sangat murah...
Post a Comment