Tempat Makan Best Di Batu Gajah Perak 2021
Bila bercakap pasal Batu Gajah, mesti ramai yang keliru sebab ada dua negeri yang mempunyai nama Batu Gajah. Satu di Perak dan satu di Melaka.
Restoran Sedap Di Batu Gajah
Yang aku nak berkongsi adalah mengenai tempat makan best di Batu Gajah, Perak. Ramai juga yang tertanya tempat menarik di Batu Gajah Perak, yang itu aku kongsikan nanti di artikel lain. Sebelum itu, yang paling penting setiap kali berjalan, semestinya restoran atau tempat makan yang sedap.
Sebenarnya aku nak kongsikan mengenai kafe/warung yang family aku baru buka. Kalau diikutkan plan nak buka bulan 12, tapi dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan, tertangguh sehingga awal bulan 2.
Viral Di Twitter
Alhamdulillah tanggal 8 Februari 2021, Kafe Dee Gee Waa berjaya dibuka. Di kesempatan ini juga, aku nak berterima kasih kepada kawan-kawan yang berkongsi pasal pembukaan kafe kiteorang sampai viral dekat Twitter.
Nama Dee Gee Waa sebenarnya merupakan nama hujung panggilan Ayah, Mak dan adik bongsu aku dan secara kebetulan jika dibaca membawa maksud 'Dijiwa'. Seperti namanya, Insyallah kalau korang makan disini, akan melekat dijiwa!
Senarai Menu Kafe Dee Gee Waa
Sebagai permulaan, kiteorang bermula secara kecil-kecilan dimana kedai akan dibuka pada jam 7 pagi sehingga 6 petang. Menu-menu pula terdiri daripada aneka nasi lemak berlauk, roti dan makanan panas. Korang boleh tengok senarai menu terkini di bawah :
Menu Istimewa
- Nasi Arab
- Nasi Impit Rendang Ayam
- Pulut Rendang Ayam
- Nasi Impit Saw-Yeah (Daging Masak Hitam)
- Pulut Daging Saw-Yeah (Daging Masak Hitam)
- Mee Kari
- Soto
Aneka Nasi Lemak Pandan
- Nasi Lemak Pandan Biasa
- Nasi Lemak Pandan Ayam Rendang
- Nasi Lemak Pandan Saw-Yeah (Daging Masak Hitam)
- Nasi Lemak Special Ayam Gedabak
Aneka Roti
- Roti Jala
- Roti Titab
- Roti Telur Goyang
- French Toast
- English Breakfast
- Omelette Toast Bread
- Mushroom Soup Garlic Bread
- Roti Special Dee Gee Waa
- Sandwich Sardin Bakar 4Keping
- Roti Hamlet Kaya
- Roti Bakar Kaya
Masakan Panas
- Nasi Goreng Grandma
- Nasi Goreng Grandpa
- Nasi Goreng Kampung
- Nasi Goreng Ayam
- Nasi Goreng Sardin
- Nasi Goreng Tomyam
- Mee Goreng Mamak
- Mee Seafood
- Char Kuey Teow Biasa
- Char Kuey Teow Udang
- Char Kuey Teow Kerang
Minuman
- Pelbagai Aneka Minuman
- Oweyoo Yo
- Caramel Mengeletis
Sedap ke tidak? Sebagai seorang kaki review dan juga yang suka makan, Insyallah menu yang disediakan adalah sedap. Kalau tak sedap, sila bagitau kami untuk penambahbaikan maklumlah baru dibuka.
Bukanlah nak puji lebih, so far feedback yang dapat semuanya positif. Buat masa ini Kafe Dee Gee Waa hanya dibuka untuk dine in, take away dan COD kawasan berhampiran. Insyallah tunggu dalam sebulan, dua lagi kiteorang akan buka di FoodPanda dan Grab Food pula.
Lokasi Kafe Dee Gee Wa
Persiaran Bemban Harmoni, Bemban Batu Gajah Perak
Instagram : https://www.instagram.com/kafedeegeewaa/
Facebook : https://www.facebook.com/DeeGeeWaa
Whatsapp
18 comments:
sedap2 nampak menu die..wah roti puri ke tu. dah lama tak makan..dulu kedai belakang rumah ada jual. sekarang dah tutup sejak covid..huhu
tak sabar nak jjcm perak. ok dah bookmark untuk reference. boleh rentas negeri boleh jelajah perak
FuyyyyyoooooooH!!!!!!!!!!!!! Sedap nyer nampak nasi lemak pandan Dee Gee Wah. And the sweet treats look so tempting.
tahniah atas pembukaan kedai makan yang baru, sedap nampaknya menu tu, ya betul, wajib ada servis delivery untuk mudahkan pelanggan buat pesanan. Semoga bisnes maju terus maju jaya
So, kekdahnya bila nak bawa baby ke sana dan try makanan tu? Tahniah tau di atas pembukaan Dee Gee Waa nie.
alaaaa sayangnya dekat Batu Gajah. Tak lalu sini masa balik ke Taiping tapi semoga restoran ni dapat sambutan. Ada nampak jugak dekat Twitter :)
Masalahnya kita yg tengok menu masakan ni pun dah melekat DIJIWA.. acano?? Hahahaha... Pakkal jauh nun Perak sana..
Menu-menunya semua mengugat keimanan betul, semua nampak sedap.. berbaloi dengan harganya.. nanti kalau ke sana bolehlah datang singgah sini..
Moga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki buat Family Khai.. aamiinn
Wah3 ada kedai makan ye. Nnt boleh rentas negeri boleh la kita ke sana try makan.. Menarik semua menu. All the best and goodluck
Semua menu nampak sedap. Dah siap trending kat twitter ni memang sedap ni. Boleh cuba nanti
Skrg dah boleh rentas daerah, tak lama lagi boleh rentas negeri sure terus shoot pergi sini untuk makan2 :) Tengok menu pun dah tak sabar lorh nak merasa...
Kalau ada ke Batu Gajah boleh refer entry ni. Menarik semuanya!
Wah makanan semua nampak sedap2 tapi yg paling terliur tgk minuman dia. Especially caramel menggeletis tu.
ya ampunnn minuman tu memang nampak sangat sedap ya...bukan kaleng2...rindu nak turun belah utara..kalau datang sini boleh singgah
Baru tahu Melaka pun ada..btw banyak betul pilihan menu. Sampai rambang nak pilih .. semua nampak sedap belaka
seronok juga food hunting secara virtual ni. leh survey cafe best nak terjah lepas habis PKP nanti. thanks sharing
Wah... Tahniah! Kuey teow kerang tu dah buat kita terliur laaa
Anyway, semoga terus sukses! Insya'Allah tamat PKP andai punya kesempatan nanti kita pi sana singgah makan dan review ehh.. Support kawan! Good luck
Assalamualaikum.... kedai ni masih operasi ke?
Post a Comment