Total Pageviews

Orang Shah Alam Cakap Tak 'Pekena' Kari Kepala Ikan D'Warees Resipi Tak Sah!

Kalau orang luar tanya dekat mana tempat makan sedap di Shah Alam, salah satunya aku akan suruh diorang pergi makan di Restoran D'Warees Resipi yang terkenal dengan menu kari kepala ikan. 




Restoran Kari Kepala Ikan Paling Sedap Di Malaysia 

Ya, betul memang aku tak makan ikan tapi setiap kali ke sini aku tetap akan ambil kuah kari diorang sebab rasanya sedap gila! Siapa cakap kari mamak je padu dan sedap? Orang Melayu especially di D'Warees Resipi pun sedap dan tak keterlaluan jika aku cakap restoran ini tergolong dalam benchmark untuk senarai  menu kari paling sedap di Malaysia.

lokasi lama 



Dulu, kedai diorang ni sekadar warung di tepi jalan besar di Batu 3,Shah Alam.  Setiap kali ke situ confirm penuh dengan orang sampai parking pun sesak dan aku difahamkan pernah satu masa tu hujan lebat pelanggan terpaksa berlari masuk ke kedai dan makan berdiri! 

Pindah Ke TTDI Jaya 

Punyalah sanggup orang nak datang makan dekat sini. Tetapi sekarang lokasi restoran ini dah berpindah ke TTDI Jaya, Shah Alam tak jauh dari lokasi yang asal. Yang bestnya mengenai lokasi baharu ini, bukan setakat ada ruang parkir yang cukup malah restoran nya juga jauh lebih besar! 




Bercakap mengenai menu korang bayangkan setiap hari gerai ini mampu menjual 50 hingga 70 ketul kepala ikan yang terdiri daripada pelbagai saiz dan jenis ikan seperti ikan merah, jenahak, kerapu, tenggiri, mayong dan banyak lagi.





 Harga nya pula bermula dari RM25 hingga RM100 mengikut jenis dan saiz. Dikatakan, rekod kepala ikan terbesar pernah mereka sediakan adalah seberat 7KG! 










Wajib Rasa Onde-Onde 



Selain daripada kari kepala ikan dan lauk-pauk yang lain, kalau dah datang ke sini tak sah kalau tak pekena kuih onde-onde atau juga dikenali sebagai kuih buah Melaka. Yang ini aku serius cakap boleh ketagih makan. Tak sedap? 

Sila beritahu aku dan aku sanggup bayar balik duit korang kalau cakap tak sedap. LOL

Inilah owner kedai nya! 


So dah tahu lokasi, kalau datang ke Shah Alam jangan lupa singgah ke Restoran D'Warees Resipi . Bulan puasa nanti diorang akan beroperasi bermula jam 3 petang dan ke atas. Delivery pun ada tau! 

RESTORAN D'WAREES RESIPI

No.26, Jalan Opera A AU2/A,

Taman TTDI Jaya, Seksyen U2,

40150 Shah Alam, Selangor.


Telefon/Tempahan

017-3242140 / 017-3663987


Waktu Operasi

6.30AM - 5.00PM (tutup Jumaat)

Bulan Puasa : 3.30 petang dan ke atas


Facebook : @D'WAREES RESEPI

Instagram : @dwareesresipi 

5 comments:

Suria Amanda said...

Bestnyaaaa...curry kepala ikan..Fav!!!

Ezna Khalili said...

Kari kepala ikan ni nampak best je. Kalau ke sini mesti nak order yang ni. Dah lama tak ke Shah Alam. Weekend ni nak pergi lah.

AyuArjuna BiGoshh said...

Ya ampunnn sedap nya kari dia mmg piauuuuu. Pekat. Best ni kalau dapat pekena sekali

Mahamahu said...

Kita masih suka kari Kepala Ikan kat sini walau dari tempat lama ker atau tempat baru ker sama jer rasanya best dan tetap sedap no 1 di Selangor lah hehehehe...

Zharif Azis said...

sedapnya kari kepala ikan. kuah dia nmpk pekat betul. mmg ramai recommend suruh dtg sini kalau nak makan kari kepala ikan.