Buffet Ramadan Sedap Di Puchong Bagi Tahun 2021 | Lugar De La Boda
Alhamdulillah tahun 2021 kita dibenarkan untuk berbuka di luar dan sudah semestinya menunggu peluang untuk berbuka di hotel mahupun katering dan restoran pilihan.
Tempat Berbuka Best Di Puchong
Untuk korang yang duduk di Puchong dan berhampiran, suka untuk aku syorkan korang berbuka puasa di Lugar De La Boda @ Puchong. Berdasarkan pengalaman aku pernah makan disini dan korang mencari tempat makan best untuk berbuka puasa, datang je dekat sini.
ni masa aku berbuka di sini tahun 2019. Awas time tu kurus sekarang gemok! hrmmmmm |
Lebih 60 Hidangan
Untuk pengetahuan korang, lokasi ini merupakan dewan perkahwinan dan diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd. Bufet ramadhan tahun ini, mereka menyediakan lebih dari 60 jenis hidangan dan 10 stall dimana ia disediakan di dalam dan juga luar dewan. Kesemua hidangan yang disediakan lengkap dari pembuka selera sehingga pencuci mulut.
Untuk menu utama, katering sedap ini menghidangkan nasi yang boleh dimakan bersama aneka lauk pauk seperti Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Daging Gulai Kawah, Daging Masak Hita, Ikan Goreng Cili Padi, Ikan Masin Masak Lemak Cili Padi Bersama Nenas, Kupang Goreng Pedas, Lala Halia, Sambal Sotong, Sambal Kerang, Sayur Goreng Campur dan Sayur Masak Lemak Pucuk + Suhun + Ubi Kentang.
Pelbagai Menu Istimewa!
Selain itu, korang boleh nikmati Nasi Berianiyang dihidangkan bersama Ayam Mediterranean (Braised Chicken with Tomato Herbs), Daging Masak Beriani, Daging Masak Hitam, Dalca Sayur,Pajeri Nenas dan Acar Buah.
Menariknya nanti akan ada 10 stall yang korang wajib cuba sebab semuanya menarik tau. Dalam 10 stall tersebut ada namanya yang tersendiri iaitu
- Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce
- Roti John Adik Manis
- Char Kuew Tiaw Abang Tanjung
- Dim Sum Cheng Ho
- Noodle Station
- Air Balang Pasar Malam
- ABC Mountain' dan 'Ais Krim Corner' dan banyak lagi.
- Bermula sepanjang bulan Ramadhan 2021 iaitu dari 16 April 2021 hingga 9 Mei 2021 dari 6.30 petang hingga 10.30 malam
Harga Bufet Ramadhan Lugar De La Boda @ Puchong :
- Dewasa (Seorang) - RM79
- Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM59
- Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM59
11 comments:
Patut nampak pintu tu sama macam yang kat Presint Diplomatik Putrajaya tapi kat sana macam dah tutup. Harga pun berpatutan sebab bawah RM100. Berbaloi bagi yang tinggal berdekatan tu.
Menarik harganya dan pilihan menu dia pun menarik jiwa dan raga. Mana2 yang bawah RM100 nie kena terjah nie time Ramadhan kelak.
The food looks good! Now... I'm hungry haha... The price is reasonable too for the choices available.
Tahun ni nak pergilah..kita pun tahun 2019 masih kurus anak dara. Hehe. Tak sabar nak makan sotong sambal!
Wah lebih daripada 60 jenis hidangan? Banyak tu! Pasti ada sesuatu untuk memenuhi citarasa semua orang.
Rambang mata tengok makanan.Terliur tengok char kuetiaw da. Harga pon okla
Uishhh the kambing grill terbaik ahhh! Banyak juga la menu2 dia dan harga sangat murah ye...! Boleh try juga ni nanti...
Macam2 ada meriah betul. Nak family pun best juga. Harga sangat berbaloi
Perghhh... Harga amat berpatutan! Nanti nak booking ajak family.
Nasib baik kasitau tu gambar lama. Tak follow SOP di situ. Nampak sekarang lagi comel. Hehee
Memang best makan kat sini. Rindunya nak kumpul ramai2
Harini baru komen, terus rindu buffet ramadhan atau buffet hotel huhuhu...
Harap tahun depan semuanya bebaik aja kannn..
Post a Comment