Total Pageviews

Bateri Kereta Kong! Pengalaman Menggunakan Bateriku.com

Pernah tak korang baru nak start kereta tiba-tiba tak boleh start padahal kereta korang baru lagi, ataupun dah lama tak gerak lepas itu, kereta memang tak boleh start  langsung? 



Ramai Suruh Guna Bateriku.com

Ya! Aku baru hadapi pengalaman yang hampir sama, cuma bezanya kereta macam semput nak start. Panik punya pasal aku tanya kawan-kawan di Instagram mengenai bantuan ataupun apa yang aku perlu buat. 




Rata-rata bercakap aku mempunyai masalah bateri 'kong' dan cadangkan aku untuk dapatkan perkhidmatan Bateriku.com. Sebenarnya aku first time nak gunakan Bateriku.com, sebelum ini hanya dengar sahaja. 





Aplikasi Bateriku.com Di Telefon Bimbit

Aku try lah google rupanya diorang ada aplikasi. Since benda ni jadi dekat rumah, aku tak adalah risau sangat, sempat lagi download dan tengok cara penggunaannya. Rupa-rupanya senang ja cara penggunaan Bateriku.com. 


Korang boleh pilih sama ada nak daftar dulu sebagai pengguna atau langkau terus untuk perkhidmatan diorang sekiranya korang dalam keadaan kecemasan ataupun tergesa-gesa. Mula-mula korang tetapkan lokasi korang dan masukkan jenama dan model kereta. 





Hampir semua model kereta ada dalam itu termasuklah macam kereta aku yang boleh dikatakan sebagai antara model terbaharu.

 Selepas itu, korang akan nampak harga bateri mengikut model dan CC kenderaan korang. Dekat situ juga terdapat pilihan sama ada korang nak gantikan bateri yang baharu dan kekalkan yang lama, atau tukarkan bateri lama kepda yang baharu. 




Jump Kereta Cuma RM50

Kedua-duanya boleh dipilih dan terdapat perbezaan harga disitu. Paling tidak, kalau bateri kereta masih okay, diorang mungkin hanya akan caj untuk khidmat jumpstart sebanyak RM50. Aku try juga tanya dekat member harga bateri kereta murah, dia cakap memang okay dah harga ini sebab termasuk sekali dengan delivery. 



Lepas itu aku pun set masa untuk diorang datang check bateri. Kalau korang perasan masa dekat situ macam setiap sejam diorang sedia membantu, so aku pun letak pagi keesokan harinya. Sebelum nak datang tu, diorang dah call tanya aku untuk confirmation jenis model kereta sebabnya takut nanti tersalah model, bateri pula tak boleh pakai. 

Periksa Kereta Selengkapnya 

Aku set masa pukul 11 pagi, tepat 11 pagi memang dah terpacak depan pintu rumah Mobile Technician (MoTec). Masa itu ada dua orang MoTec datang naik kenderaan rasmi Bateriku.com, dan ini antara langkah yang diorang buat untuk rujukan korang

  1. Diorang akan tanya pagi/hari ini  ada start kereta tak (untuk pastikan betul ke masalah bateri) 
  2. Lepas itu diorang akan check bateri menggunakan alat khas 
  3. Kalau betul kong diorang akan jump bateri kereta korang jika tidak mungkin diorang akan nasihat untuk tukar atau sebaliknya
Masa diorang check kereta aku, MoTec dari Bateriku.com ada beritahu keadaan bateri kereta masih okay mungkin kong disebabkan aku terlupa nak tutup lampu, atau lain-lain. 





Alang-alang diorang dah ada, aku minta juga jasa baik diorang untuk tengokkan sebuah lagi kereta dekat rumah ini yang merupakan model SUV dan hampir menginjak 10 tahun. Masa tengok keadaan bateri tu, terus MoTec dari Bateriku.com bagitahu yang plug bateri kereta longgar dan masa aku tengok itu pun memang betul longgar.




Tak Paksa Untuk Beli!

Terus diorang keluarkan alat untuk betulkan sebelum periksa keadaan bateri. Katanya bateri SUV ini sudah tidak dalam keadaan baik. Walaupun masih boleh pakai namun jangka hayatnya mungkin bertahan lebih kurang 1 hingga 2 bulan. 

Yang bagusnya, selain dari mesra, MoTec diorang pun tak memaksa untuk tukar serta merta bateri kereta itu. Cuma diorang bagi nasihat dan tips untuk jaga kereta. 



Aku difahamkan diorang memang ada 'pasukan' seluruh Malaysia, bateri yang diorang sediakan pun ada warranti yang boleh ditebus dimana-mana sahaja. 

Kalau korang tanya aku, memang aku syorkan korang download aplikasi Bateriku.com dalam telefon korang sebab jangan ingat insurans kereta korang boleh cover, tak semua ya!

Semak balik jenis insurans kereta korang, kalau tak memang panik dibuatnya sebab itu better ada aplikasi ini. Jadi sila download ya!

Untuk tahu lagi, korang boleh tengok website diorang di www.bateriku.com


14 comments:

Ezna Khalili said...

Bagus ada bateriku ni. Datang sampai rumah lagi check dan tukar bateri kita. Senang la kan. At least ada yang berikan bantuan macam ni.

Nina Mirza said...

Thanks sharing. Info yang sangat menarik. Kalau dulu jadi dekat Nina pun Nina tak tahu nak buat apa. Nasib semua senang je sekarang. Fuhhh...

Fadima Mooneira said...

This is a good and important app for all drivers and car owners. Thank you for sharing this information with me.

Bae Roslan said...

dah dua kali guna bateriku. senang runner pun cepat. harga affordable sebab dia mai kat kita.

sitirohaida said...

pernah juga pakai khidmat bateriku ni.Memang siap cepat.Nak tunggu diorang datang pun tak lama.memang terbaiklah servis diorang ni

Rawlins GLAM said...

Rawlins dah 2 kali guna servis Bateriku.com. Yang bestnya diorang akan check betul2 sama ada masalah bateri atau yang lain. Kalau bukan bateri, depa tak caj pun. Malah haritu siap tolong carikan pomen.

Decamellia said...

Baru tahu pasal bateriku.com ni. Menarik. Baguslah 1 Malaysia dia cover. Mana2 pun boleh guna khidmat dorang. Tq share

Huda Halid said...

bagus yer ada servis macam ni. sangat2 memudahkan kita kan especially waktu memerlukan camni. nak share lah family

Kitkat Nelfei said...

Wahhh, kalau kereta buat hal selalu akan cause panik kan.. senanglah ada apps macam ni skrg,, kena download and syorkan kat my family and friends juga... at least tak blur nak buat apa bila terjadi macam ni.. siap ada jump service (Y) terbaik !

Bella Jamal said...

Pernah wak. Jenis kdg2 pandai bawak je keta. Yang lain tk ambik tahu. Hahaha..sis kalo bateri isu mmg akan call Bateriku. Mudah!

Sis Lin said...

Sis pun baru minggu lepas panggil bateri dot com ni ke rumah, VIva lama bateri kong, cepat servis dia.. ramai kata mahal, tapi kalau dah rosak kat rumah, tak kowser nak tunggu..call aje, dia datang..

marsha said...

Pernah guna khidmat Baterikudotcom ni memang best. Dia tak tukar terus bateri. Dia cek dulu kalau bateri ok dia tak suggest tukar. Kalau lain confirm suh tukar bateri terus

AyuArjuna BiGoshh said...

Senang bila ada servis mcm ni.. tiba2 ada masalah bateri contact jer bateriku.com

Ummi | Ummi Goes Where? said...

Wah first time dengar tentang bateriku ni. Bagus ya, dan yg penting dia tak paksa beli. Bukan apa, sebagai pemandu wanita yang tak berapa tau tentang kereta ni, takut kena tipu dengan pihak yg cuma fikir nak untung.