Wrap Kereta Murah? Ini Jumlah Kos Yang Korang Kena Tanggung
Cabaran tulis blog 14 hari aku hampir gagal walaupun baru masuk hari kedua! Sibuk sedikit hari ini (dibaca semalam) sebab aku baru lepas ambil kereta dan buat sedikit photoshoot.
Hadiah Hari Jadi
Kereta baru ke? Tidak. Sebenarnya aku saja nak bagi nafas baru untuk kereta ini walaupun baru setahun ambil. Memandangkan hari jadi pun tak lama lagi, jadi aku jadikan ini sebagai hadiah untuk diri sendiri.
Sebenarnya aku wrap kereta persona aku dan baru siap. Jadi aku ambil kesempatan ini untuk kongsikan berapa kos wrap kereta, tempat wrap kereta murah dan berbaloi ke tak wrap kereta? Secara esklusif nya juga ini pertama kali aku bercerita mengenai kereta aku kepada umum.
Tukar Warna Matte Black
Kalau nak tahu, aku pakai Proton Persona Facelift warna Rosewood Maroon. Aku nak warna Ruby Red tapi ada kesilapan teknikal, tak ada rezeki dapatlah warna ini. Cantik juga sebenarnya tapi aku dah nekad untuk jadikannya garang sedikit.
Aku ada tambah beberapa bahagian kereta ini tapi yang itu aku kongsikan nanti termasuklah void warranty ke kalau ubahsuai kereta. Kali ini lebih kepada pengalaman wrap kereta. Aku ada buat beberapa survey mengenai tempat wrap kereta murah Shah Alam dan kawasan berhampiran.
Pilih Swagger Garage
Tertarik kepada iklan Swagger Garage sebab ada tawarkan harga wrap hanya RM899. Kalau tengok kawasan pun dia cakap ada cawangan di Shah Alam walaupun hakikatnya kedai diorang sebenarnya terletak di Subang bukanlah Shah Alam seperti yang disangka.
Sebelum itu, ini bukan artikel berbayar ya tapi lebih kepada perkongsian pengalaman. Jadi aku terus pergi ke sana pada 15 Februari 2021 dan berbincang mengenai warna dan design yang aku inginkan. Rupa-rupanya jenis wrap kereta ini ada perbezaannya.
Jenis Wrap
Senang cerita dibahagikan kepada dua iaitu murah dan mahal. Yang murah seperti yang dalam iklan, RM899 manakala yang mahal adalah RM1799. Apa bezanya? Kedua-duanya mempunyai warranti setahun tetapi yang murah gam wrap bila dah buka berkemungkinan besar ada kesan pada kereta nanti dan memerlukan kos atau tenaga pula untuk bersihkannya pula. Warna nya pula hanya ada 15.
Untuk yang mahal, pelekatnya mudah dicuci pendek kata tidaklah berisiko. Malah warna dan jenis kilauan juga pelbagai. Lepas fikir sejenak, aku ambil keputusan untuk ambil yang mahal. Aku sememangnya dah berniat untuk tambah line, dan buang chrome (padam warna besi) pada beberapa bahagian termasuklah grill depan dan tayar.
Jumlah Kos Wrap
Kalau diikutkan kos semua dalam 3 ribu ye!! Matilanak aku nak bayar sekaligus. Last sekali lepas buat kira-kira dan 'keperluan' aku kongsikan jumlah kos di bawah.
Wrap premium : RM1799
Chrome delete (Grill, proton wording) : RM250
Line : RM250
Simen : RM400
Total kos : RM2700 (tak tau apa lagi balance yang aku buat tapi memang aku bayar RM2700. Harga asal RM2749 tapi aku minta kurang)
Kalau diikutkan simen tu tak perlu pun kalau kereta korang tak ada kesan stone chip, kemek atau calar teruk. Tetapi kereta aku ada kesan stone chip, bonet ada lubang kesan tukar bumper dan juga calar sedikit, terpaksa keluarkan duit juga untuk buat.
Dorang cakap untuk kereta aku memang kena buat kalau tak nanti akan ada kesan gelembung sebagainya dan diorang pun tak nak ambil risiko buat. Tak tahulah betul ke tak, tak betul kita jumpa di akhirat. LOL!
Selepas wrap yang aku boleh cakap? Memang nampak cantik dan senang untuk cuci. Cuma kalau ada habuk korang kena rajin lap sedikit sebab senang lekat berbanding cat asal kadang ada habuk pun tak perasan.
Mengenai kedai ni, aku ada sedikit kecewa sebab ada beberapa bahagian yang aku rasa kurang kemas sebab ada yang terbuka sedikit tapi yang lain overall semua okay. Aku tak risau sangat sebab diorang cakap warranty setahun so kalau apa-apa boleh je ke sana dan dorang betulkan balik.
Aku je lah macam malas nak pergi sana sebab jauh tengoklah nanti hahaha. Kalau dah betulkan nanti aku kongsikan. Incase korang ada apa-apa nak tanya, boleh je ajukan soalan dekat aku.
22 comments:
Tapi Khai, warna asal kete ko tu idaman color Sis hehehe..
Tapi lelaki memang suka color hitam ek.. kenapa ek?..
Tak tergoda ke dengan Proton black edition baru tu hehehehe
Nampak segak kereta ini bila ditukar warna hitam. Btw, this is a good experience sharing.
Fuhhh smart sangat , betul2 nampak macam baru. Lain terus rupanya dari rupa yang asal. Nak kata murah atau mahal itu entahlah sebab tak pernah dan memang noob pasal ubah suai ni. Tahunya bawak jer...
hahahaha warranty setahun tu boleh seru mood rajin lama sikit. Waarna asal not bad jugak, lepas wrap tu memang nampak garang. Berbaloi lah labur duit
Memang sado betul ye lepas ubah kulit nie. Garang kelihatan dan nampak gagah. Rawlins pun ada terfikir nak buat tapi for now, masih gembira dengan warna asli hehe
Wuuuu! Lawa giler kereta lepas wrap. Harga dia pun boleh tahan jugak. Harga tu ikut jenis kereta jugak ke? Rasa macam nak wrap kereta jugak bila tgk lawa camni.
Wah best! the matte black wrap makes the whole car look more sporty and edgy.
Wow, transformation.. Cantik juga ni nampak sporty! In future kalau nak buat wrap kereta boleh tanya Khai lagi la..
lawa juga matte black ni kan? nampak lebih sporty and tuan kereta akan dicop orang have have. hehe
Wow meletop keta abg2. Aduh teringat lak keta sis yg tak berseri tu.omg..nk buat matte jugalahhh!
This is indeed an interesting article with so many useful tips. learned a lot from you today :) i never knew anything about the prices for wrapping so this article is really insightful for me!
Beza sangat harga tu hanya kerana jenis gam. Beza 9rat jugakkan. Anyway cantik warna matte black
Cun juga kaler hitam.. tapi byk juga berhabis kan.. tapi output cantek berbaloi
Sebagai seorang yg tak pernah memiliki kenderaan, saya tak tau pun apa tu wrap. Terima kasih sebab bagi saya ilmu baru.
Jiayoo untuk 14 hari menulis blog. Tak senang tu, saya dah try challenge yang macam tu, memang susah. And thanks for sharing this article.
wahh nampak garang. JPJ mesti suka ni haha 🤣 aku pun ingat nak wrapped kereta aku sbb cat dah mati. sblm ni aku ada gak usha kedai wrapped area shah alam
Wow memang cantik. Plan nak wrap juga tengah survey
Salam. Cuma nak tanya sikit sebab tertarik dgn wrap ni. Jumpa pula blog ni. Kereta sy mmg dh warna hitam tapi cat dh tak shine. Ingt nk wrap matte macam ni. So kalau dari segi penjagaan berbaloi tak? Sbb sy kt sini parking luar so hari2 kena panas. Ada effect tak pada wrap tu nanti
Salam,nak kasi review kdai swagger ni,kereta saye kurang memuaskan la, bler suh touch up byk songeh jadi lg buruk,wrap klau x cantik only way is kne bukak blik, klau tampal2 je da nampk cacat, pkerje die byk bangla. and info tambahan klau nak bukak wrap lame biase ade charge tambahan and wrap ni x tahan lame..nak senang cat..heheh..sekian ikutlah selera masing2 and size poket.peace
Tahan panas ke kalau jemur tgh panas?
Cuba lah house of wrap..
Quality mybe lg better..
Bmf
salam bro..bagus blog ni..nak tnya klu sy wrap sport rim..tahan tak?apa pendapat bro
Post a Comment