Total Pageviews

Pastri Sedap Di Bangi! Kualiti Memang Terjaga

Mana orang Bangi? Wajib baca pasal artikel ini! 




Dapat PR Box Cantik! 

Sebenarnya baru-baru ini aku ada dapat sebuah PR Box dari Chef Lyn’s Pastry And Cafe. Aku terkejut sebab diorang sanggup hantar dari Bangi ke Shah Alam semata-mata nak minta aku ulas pasal produk pastry diorang. 

Serba salah pula aku, sebab jenis aku memang suka jujur dalam review. Kalau tak sedap, macam mana nak kongsikan dengan korang kan? Alhamdulillah sedap weh! Yang paling aku tak sangka, dorang siap bungkus cantik letak dalam kotak. Memang aku highly recommend kalau korang yang nak bagi gift, elok tempah dari sini. 





Bercakap mengenai Chef Lyn’s Pastry And Cafe, kafe mereka dimiliki oleh MH Lyn Enterprise  terletak Bangi Gateway,Bandar Baru Bangi. Selain menawarkan pelbagai jenis pastri dan kek yang dibuat segar setiap hari, terdapat juga masakan barat. Diorang juga menerima tempahan untuk sebarang majlis keraian.

Aku difahamkan yang pemilik MH Lyn Enterprise, Chef Haslin Binti Hasan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang hospitaliti dan seni kulinari mengajar beliau bahawa penggunaan ramuan yang segar. Tidak hairanlah sedap! 







Kalau nak tahu, aku diberi peluang merasa Spaghetti Aglio-Olio seafood, aneka pastry, biskut dan Soft Burnt Cheesecake. Sebenarnya diorang nak bagi aku rasa Spaghetti Kambing, tapi disebabkan aku tak makan kambing so diorang gantilah dengan bahan lain. 




Jujur aku cakap, spaghetti tu aku makan agak lambat sehari selepas aku dapat PR Box ni sebab masa dapat perut aku dah full. Jadi keesokan harinya, aku panaskan balik dan masih sedap ye!

“Di Chef Lyn’s Pastry and Cafe, kami tidak mengejar keuntungan semata-mata. Makanan yang disediakan hendaklah seiring dengan tagline kami iaitu “Fresh, Moist and Homemade”

“Selain makanan yang disediakan enak dan lazat, kami juga menitik beratkan keselesaan kepada pengunjung. Di era baru #newnormal ini, kami memastikan ruang makan, dapur dan perkakas yang digunakan bersih dan disanitasi selalu. Setiap pelanggan diwajibkan untuk mengimbas kod My Sejahtera dan suhu sebelum dibenarkan memasuki premis kami”

Disebalik pengalamannya itu, Chef Haslin pernah menjadi chef jemputan di program masakan Masterchef Selebriti Malaysia. 





Dalam kenyataannya, beliau berhasrat untuk jadikan Chef Lyn’s Pastry and Cafe sebagai  pusat sehenti dalam bidang kulinari. 

"Kami berharap dimasa akan datang mampu menawarkan kelas masakan, penempatan pelajar latihan industri dan yang paling utama untuk menjadi salah satu kafe yang dikenali di Bangi dan Selangor secara amnya"

Macam aku kalau weekend mesti akan lepak minum petang dekat kafe, kalau dekat confirm akan jadi tempat lepak aku.






Apakan daya jauh di Bangi, api korang yang duduk dekat area sana, sila singgah atau kalau tidak pun boleh pesan menu di Chef Lyn’s Pastry and Cafe menerusi perkhidmatan  FoodPanda.


p/s : Artikel ini ditulis ketika PKP tempoh hari, sekarang dah boleh rentas daerah jom pergi! 

6 comments:

Tekkaus said...

The aglio seafood does look really delicious. I love how the pastry are put inside beautiful boxes with pretty presentation. :)

Hello Manja said...

Wowww cantiknye PR box dia. Menu dia pon semua nampak menyelerakan sungguh

Bae Roslan said...

saya peminat pastry kalau jumpa mesti nak try cause i enjoy eating pastry. nanti nak try pastry kat siji

Rawlins GLAM said...

Chef Lyn taknak hantar kat Rawlins? Rumah Rawlins sebelah Bangi Gateway je hehehe

Memang presentation dia sangat sesuai dibuat gifts

Nina Mirza said...

Tergoda ngan PR Box dia. So ooo Cantik! Sesuai nya dijadikan gift or surprise hadiah buat yang tersayang kannn?

Kitkat Nelfei said...

Cantik betul PR box ni.. macam hantaran pulak kan.. the foods nampak sedap dan tempting giler weii.. cafe dia pun cantik juga.. boleh la singgah next time..