Total Pageviews

Cabaran Tulis Blog 14 Hari Non-Stop!

Selamat tahu baru 2021! Nampak tak baru nak wish bagai, sebab jujur aku cakap dah lama sangat tak tulis yang agak personal dalam blog ini. 




Mood Kelaut!

Kebanyakannya semua review! Entah kenapa mood blogging tu dah kelaut. Mungkin sebab kerja aku pun dalam bidang penulisan so mood untuk hadap benda yang hampir sama pun dah tak ada. Aku masih ingat seorang wartawan senior pernah tanya aku masih berblogging kah? Aku jawab Ya kerana tidak mungkin aku akan tinggalkan sesuatu yang berjasa dalam hidup aku sepanjang 11 tahun ini. 




Bercakap pasal blogging, aku macam berazam untuk tulis kembali gaya penulisan yang berkongsi perihal peribadi. Kisah pula aku orang nak baca ke tak, hahaha! Sebab aku tak nak lah orang hanya pandang blog aku sekadar tempat untuk review. 

Cabaran Blogging 14 Hari 

Jadi 2021 ini Insyallah,kita kembali seperti dulu ya. Sebagai permulaaan, memandangkan tempat aku dan beberapa negeri lain masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan disambung selama 14 hari lagi, aku nak sahut cabaran diri aku dan rakan-rakan untuk menulis dan kemaskini blog korang selama 14 hari berturut-turut.

Bermula 19 Februari Hingga 4 Mac 2021




Jadi kawan-kawan blogger semua jom join sekali, dan share dekat social media korang dengan menggunakan #CabaranBlogging14Hari . Tag lah aku sama supaya boleh baca korang punya update juga. Topik bebas okay? Selamat menulis semua. 

14 comments:

Sis Lin said...

Best juga ni.. ayuh Khai, semangat semangat..
Buat mas ani Sis hari-hari update hahahaha..
lantakkan je le sapa nak baca ke tak, janji satu kepuasan dapat menulis..

Keep writing Khai..

ajumohit said...

bila buat cabaran macam ni memang istiqamah lah kita menulis dan update blog, tulis aje, orang baca ke tak tu belakang kira sebab macam akak suka menulis untuk minat dan kepuasan sendiri. chaiyokkk khai

saidila said...

oooo menarik jugak nih ...best jugak ada geng cabaran nih sebenarnya....tapi betul tau akak pun dah agak bosan baca blog yang majoritinya entry semua review produk.....tapi nak buat camner kan dah itu rezekinya....cuma sebagai kawan kita mampu support sahaja....

Izaramli said...

Iza pun dah lama mood ke laut nk tulis blog. Kadang ada nak kena review pun amik masa nak dapat idea. Nk buat juga la challenge ni nnti. Mana tau kot bersemangat balik.

adianiez AIDA said...

menarik juga ni.
mula bila2 ekk?
then proceed tiap hari selama 14 hari.
nice challenge. tapi takut gagal :) ha ha ha ha...
nanti aida fikir-fikir kan.
bab kongsi hal sendiri tu, no problem.
bab setiap hari tu, hadoi lah...

saidila said...

kadang nak buat cabaran camni kena ada geng baru best dan semangat pun dapat lebih...akak doakan semoga khai berjaya , tak kisahlah tulis review ker pasal lifestyle ker janji ada input dalam blog.

AyuArjuna BiGoshh said...

Bagus juga cabaran mcm ni.. ada semangat utk menulis.. kalau menjadi kebiaaaan. Tulis hari2 pun x perasan

SalinaJohari said...

Ala..sama kita. Dah kelaut dalam sangat ni. Tapi berusaha jugak nak menulis balik sebab kalau takntulis nanti tak tersimpan semua kenangan manis

Rawlins GLAM said...

Kena berturut-turut 14 days? Haha Rawlins sekarang cuba buat blog selang sehari je hehe

Rabiahtul adawiyah said...

Haii sy rabia. Sy singgah ke blog anda.

Kitkat Nelfei said...

Such a great initiative ni Kapt. Khai.. All the best and looking forward untuk baca semua posting Khai ye.. chaiyok2.. Dulu susah sikit nak start, tapi bila dah start every fikir apa yang nak tulis next :P indirectly, time writing pun kita learn some new facts juga kan..

Zaza Azman said...

Hebat. Kita xleh la nak buat berturut2.. Haha dpt buat lebih dari 5 sebulan pun rasa achievement sgt. Haha kerenah anak2 skng xleh nk spend masa kt laptop sgt

Rolling Grace said...

omg! good luck with this fun challenge. i wish i could join you but i mmg xde masa nk blog tiap2 hari since i have my full time job. gambateh!

Nina Mirza said...

Good luck Khai! Pasti boleh..
Bagus sahut cabaran gini, setidaknya ianya akan memberi kita lebih semangat dan berdaya saing. Musuh utama kita adalah diri sendiri