Total Pageviews

Pesan Apa Sahaja Di 1 Mont Kiara Menggunakan my1MK

Aku suka betul dengan konsep yang dibuat oleh 1 Mont Kiara apabila pusat membeli belah ini telah melancarkan aplikasi my1MK. 




Hanya 1 Delivery Charge 

Bukan sahaja memudahkan para pembeli dan pelanggan setia 1 Mont Kiara(1MK) malah turut membantu perniagaan penyewa-penyewa kedai di dalamnya Kalau korang nak tahu aplikasi ini membolehkan korang pesan apa sahaja di dalam 1 Mont Kiara menggunakan my1MK. 



Yang bestnya korang boleh order pelbagai kedai yang mengambil bahagian dalam my1MK tetapi delivery charge hanya dikenakan sekali. Sebagai contoh korang nak makan A&W tapi dalam masa yang sama nak pesan air kopi di O’ Coffee Club. Order sahaja di kedua-dua kedai tetapi caj delivery hanya sekali je. Jimat dan berguna bukan?

Buat masa sekarang ada 30 kedai yang memgambil bahagian terdiri daripada pelbagai jenis kedai dan restoran. Memandangkan kita berada dalam norma baharu berikutan penularan wabak COVID-19, jadi 1MK menggalakan korang pesan menerusi aplikasi ini dan diorang akan hantar ke depan pintu rumah korang 

Menariknya lagi untuk menggalakan pelanggan menggunakan my1MK sekarang tengah ada promosi delivery percuma tau! Syaratnya pembelian korang hendaklah mempunyai nilai minimum sebanyak RM25 dan ke atas dan ianya hanya untuk masa yang terhad sahaja.  Rugi kalau lepaskan peluang ini!




Cara Membuat Pesanan

  1. Pergi ke laman web www.1mk.com.my
  2. Klik butang Order Now di bahagian Bestsellers atau klik pada logo kedai yang mengambil bahagian
  3. Pilih item dan jumlah yang dikehendaki sebelum klik Add to Order 
  4. Review barang pesanan korang pada ikon shopping dan pilih waktu dan masa pengesahan yang korang inginkan 
  5. Semak balik pada ‘I understand and I’m ready to submit my order’ dan klik Submit Order
  6. Lengkapkan bayaran dan korang akan dapat pengesahanan pesanan pada WhatsApp dan tunggu pesanan sampai. Mudah! 

30 Pilihan Kedai Di 1MK 

NY Burger Co


Dari individu yang membawa Mikey’s New York Pizza, kini rasa asli tersebut dikongsi menerusi belahan dua roti yang dipenuhi rasa NY Burger Co. Saiznya mungkin boleh dikongsi oleh dua orang! 

Pesan di my1MK https://otomate.co/otw2u/1mk-ny-burger

Lokasi : G-08 (Level G)

Tel : 017 - 4350008


Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari 

A&W



Mula dibuka pada tahun 1963, outlet pertama mula dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur sebelum diikuti restoran pandu lalu pertama di Petaling Jaya pada tahun 1965. Menu seperti RB , Coneys, Chicken and Curly fries, Waffle, dan aneka pilihan burger mesti dirasai! 


Lokasi : G-25 (Level G)

Tel: 03-6206 1663


Waktu Operasi :  10.00 pagi hingga  10.00 malam setiap hari 

Suki-Ya

Aku pun baru tahu maksud Suki-Ya ni. Rupanya Suki-Ya merupakan gabungan kedai di Jepun yang menyajikan hot pot, shabu-shabu dann sukiyaki. Nak makan makanan panas Jepun di 1MK?


Lokasi :  L1-16 (Level 1)

Tel : 03 - 6203 5238


Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari 

Lain lain kedai yang mengambil bahagian adalah DJ Kitchen Buldojang, Kodawari Menya, Apros Eyecare, Chon Dak, Kind Kones, Mercat Barcelona Gastrobar, Salad Atelier, O’ Coffee Club, Setagaya Ramen, ProEyes Studio, Ying Ker Lou, The Barn, Urban Retreat Spa, Union Artisan Coffee, Bom Bom Print and Party Shop, Chubit’s Village Cafe, PastryVille, Village Grocer, Daruma Syokudo, AM Skin Factories, Reviderm Skinmedics, Fly Flot, D’ Natural Hair and Beauty House, Golden File Nail Salon & Spa, Young Explorer dan Woman Z World.

Untuk maklumat lanjut : 

Website : www.1mk.com.my,

Facebook : https://www.facebook.com/1montkiara/videos/376693170099084

https://www.facebook.com/224599236679/videos/1475554022835436 


No comments: