Total Pageviews

Order Makanan Di Citta Mall Menggunakan myCITTA Lagi Jimat!

Aku percaya,ramai di antara kita sedia maklum sejak Mac lalu yang mana perintah PKP dilaksanakan, kebanyakan peniaga turut terkesan dan pusat membeli-belah pula lenggang tanpa pengunjung disebabkan orang takut untuk keluar dan dijangkiti wabak COVID-19. 



Disebabkan itu, pusat membeli-belah CITTA Mall tampil dengan satu inisiatif yang sememangnya sangat berguna untuk semua pihak bagi peniaga ataupun pembeli. Sebabnya diorang sekarang telah perkenalkan perkhidmatan myCITTA.


myCITTA ini merupakan platform yang mana korang sebagai pelanggan mahupun pengunjung boleh dapatkan info dan juga pesan makanan yang ada di CITTA mall menerusi laman web www.citta.com.my




Mesti korang terfikir, alah boleh je order dekat aplikasi lain bagai kan? Tetapi perlu ingat dekat situ korang boleh order satu outlet saja tau! Tak macam myCITTA sebabnya korang order lah dekat kedai-kedai yang ada dalam ni, caj penghantaran dorang cuma kenakan sekali je! 


Sebagai contoh, korang nak makan A&W tetapi dalam masa yang sama teringin nak makan laksa di Jom Laksa. Korang order dua-dua ini dalam myCITTA tetapi caj penghantaran hanya sekali. Best bukan? 


Dengan order menerusi myCITTA, bukan sahaja menyenangkan korang, tetapi dapat bantu peniaga dan pengusaha restoran yang terlibat. 


Ikut pengalaman aku baru-baru ini, untuk pengguna kali pertama yang menggunakan myCITTA akan dapat diskaun RM5. Sebenarnya aku agak terkejut sebab banyak restoran yang ada di CITTA Mall dan sedap belaka! 


Aku sempat pergi ke Para Thai, Majapahit dan juga Deli Wau! Nak makan makanan asli Thai, yang selesa dan juga sedap belaka, aku syorkan pergi Para Thai! 







Aku suka giler Nasi Goreng Nenas, Tom Yum dan Som Tam, memang sedap! 5/5 Bintang!



Nak makanan Indonesia? Jom ke Gajah Mada by The Majapahit! Kalau nak tahu ini sebenarnya restoran kegemaran aku sebab makanan dekat sini pun sedap. Selalu aku pergi ke Mont Kiara, tapi ni dah tahu ada dekat CITTA Mall, bolehlah order atau makan dekat sini. 











Menariknya lagi Majapahit berkongsi dengan empat buah restoran lain di dalamnya sampai je di hadapan, korang boleh buat pilihan ikut tekak masing-masing. 







Last but not least, aku nak syorkan korang makan di Deli Wau. Siapa yang tekak melayu, sila order nasi kerabu, nasi goreng butter chicken dia, Sedap weh! Even aku bungkus bawa balik, rasa dia pun masih sedap. 



So dah tahu nak makan mana kan? Ayuh order atau pergi sahaja ke CITTA Mall!


11 comments:

Suria Amanda said...

Hi Khai....akak suka makan kat sini...sedap menu-menundia dan dh beberapa kali dh repeat kat sini..suka makan kat sini sebab environment dia and sesuai utk lepak2 gathering ngan kawan-kawan

Farhana Jafri said...

Bestnya boleh order campur-campur kedai! Senang la nak order makanan untuk office nanti sebab lain tekak lain selera hehe

Airah Syahirah said...

Senang la kalau order makanan guna apps je rasa lagi cepat kan. Tak payah susah nak beratur. Nanti nak try jugak la makan sini

Cik Fafa said...

Memang seronok bila ada apps ni. Semua nya dalam satu website.. Mudah pulak tu... Nak beli apa pun senang cuma perlu klik je. Nak order nasi goreng butter jugak lah heee

Ummi said...

Bagusnya konsep ni. Sebab tak semua benda yg kita nak order tu ada dalam satu restoran tu je. Macam ni baru la senang dan jimat, tak payah bayar delivery charge byk kali.

Cuppy Cake said...

This is convenient! Those who are near citta mall can suppot! :) Congrats on new way of working things out!

Cik Min said...

Uiks memang nampak sedap n vassss ye semua food tu. Terliur kte. Jap lagi nak order guna apps tu je la senang ekekek

Qbal Ramlan said...

Kenapa ramai sangat post pasal makanan ni. Ya Allah sedap betul. Tak selalu guna online shopping tapi macam menarik aje bila order makanan online. Pss, sebab tak pernah try. hahahahah

Mahamahu said...

Awak orderkan kita boleh tak makanan tu hehehe kita memang malas nak keluar walaupun dah boleh rentas negeri kan hehehe dah biasa duduk rumah kan wakakakka...

Kitkat Nelfei said...

Kagum dengan initiatif mall ni.. betul2 Win-Win Situation kat semua pihak kan, mahu the mall, peniaga dan juga pembeli, plus rider job opportunity... Paling best yang part one time charge for delivery sahaja.. itu yang penting..

Viola Ng said...

aduh semua orang share pasal makanan. lapar ni! haha tapi marketing idea dari mall ini memang hebat. menarik orang ramai untuk mengunjungi sebab semua dapat benefit masing masing