Resipi Cucur Maggi Pedas Sedap Dan Mudah!
Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari itu aku percaya mesti korang buat something yang tak pernah buat orang terlebih rajin kan?
Aku pun sama! Nak cakap benda yang tak pernah buat tu ada la something, cumanya rutin harian dah jadi macam suri rumah hahahaa. Lepas pukul 12 je turun bawah masak untuk lunch. Kadang-kadang lepas lunch, aku siap masak untuk hi-tea bagai sebab itulah badan pun berkembang dengan jayanya. sobsssssss!
Resipi Cucur Maggi
Okay back to the topic, aku nak kongsikan dengan korang resipi yang sangat mudah untuk buat. Ceritanya sebab dekat rumah banyak sangat maggi sampai macam tak tau nak buat apa. Makanya terjadilah resipi cucur maggi ini. Jangan lupa cuba okay!
Bahan-Bahan
- 1 bungkus maggi (lagi pedas lagi sedap!)
- Perencah maggi (jangan dibuang)
- Tepung cucur (better ambil yang segera, mudah)
- Bahan campuran - Ayam, sosej, daun bawang terpulang pada korang
Cara masak
- Mula-mula rebus maggi korang sampai dah masak. Perencahnya jangan dibuang
- Bancuh tepung cucur sampai pekat dengan sedikit air
- Campurkan sedikit demi sedikit maggi yang dah direbus tadi dalam tepung. Jangan terlalu banyak, cuma anggarkan sahaja
- Masukkan perencah maggi tadi dan bahan campuran yang korang inginkan, gaul sebati
- Goreng dan sedia untuk dihidangkan!
18 comments:
sedap ni
Perghh nampak mengiurkan yeee awasss ok jap lg ptg2 nk try..ujan2 wat ni sodappp
Wow! Idea baru ni. Boleh lah nanti nak buat makan petang. Family memang suka makan petang kuih-kuih macam ni
Wow! Maggi dibuat cucur. Menarik gak ni kena cuba la haha..
Boleh di coba nih. nanti kalau ada waktu sempet. Terimakasih yaa resepnya :D
Sama la kita, sejak pkp aritu, hari2 masak, siap belajar buat roti, buat cheese sendiri 😆
Nampak mudah, akak suka buat cucur maggi macam bebola rice cake tu. Sebab anak takmo sayur dan bahan lain. Sempoi aje kan. Hahaha. Makan masa petang-petang hujan lebat. Fuhhhh. Best.
Simple dan pasti mengenyangkan! Menu cucur antara favorite menu family kak nina. Nanti nak try style gini lak, nampak sedap tuuu
Tak terpikir nk buat cucur maggi. Menarik ni. Boleh cuba satu hari nanti.
Waaa booleh try versi ni plak, sebab hrtu anak buat cucur mee sedap.
Boleh tahan sedap..sebab anak guna je semua rempah dalam mee sedap tu..
Wahhh boleh la try buat cucur maggie petang ni.... Tak kusangka semudah itu preparationnya... If parent buat sure sekejap jer, tapi me.... 🤦🏻♂️🤦🏻♂️ Mungkin take same time untuk siap
Wowww firstime dgr cucur maggi.. Dulu buat mertabak meghi yela.. Boleh cuba ni.. Hehehe.. Lain dari yang lain.. Unik
Sedapnya. Selalu makan macam tu.. kali ni dibuat kuih.. menarik ni
wah first time tahu resepi maggi leh buat cucur. thanks sharing nanti nak try lah!
Rajinnya awak memasak-masak ya. Thanks berkongsi resepi mudah nie. Nanti boleh cuba. Lepas nie xde alasanlah kata org bujang xboleh masak. Betul x ?
This look so yummy and easy to make! I will try it out soon!
wahh .. 1st time tahu maggi boleh buat cucur ni.. terbaik.. mesti sedap ni kan.. boleh la try buat time tak tau nak makan apa petang-petang tu kan
Boleh cuba nanti ni. Nampak senang juga nak buat
Post a Comment