realme 828 Fan Festival, Apa Yang Best?
Cuti panjang tiga hari tak tau nak ke mana? Korang peminat gajet? Korang peminat realme? Okay aku nak cadangkan korang pergi ke realme 828 Fan Festival 2020 di realme Design Studio yang terletak di Kg Sungai Penchala, Damansara.
realme Fan Fest 28 Ogos - 30 Ogos 2020
Apa yang korang boleh expect dekat realme fan fest yang akan bermula pada 28 hingga 30 Ogos ini? Buang jauh-jauh tanggapan korang mengenai ianya sekadar event untuk gadget freak sebab ada pelbagai aktiviti yang best korang boleh buat dekat sini!
Ada Macam-Macam Aktiviti
Sebelum itu, aku nak kongsikan dengan korang senarai penaja yang ada iaitu terdiri daripada NeNe Chicken, Sunway Lagoon, Lost World Tambun, LaneiNerd Unit, Shopee, Lazada, Eggette Lab, Nerdunit, Bawangchaji & Dissy.
Kesemua mereka akan membuka booth di sana jadi bila korang dah sampai di realme Design Studio, make sure singgah ke semua booth ini sebab ada macam-macam merchandise dari diorang. Bukan itu sahaja, korang boleh main aktiviti yang disediakan. Tak silap baru-baru ini masa media punya event ada yang menang realme band!
Selebriti Popular Bakal Buat Persembahan
Selain daripada itu, ada mini konsert juga tau yang mana Craziest Fan Festival Concert akan menampilkan penyanyi popular antaranya Sufian Suhaimi, Floor88, Insomniacks, Neeta, Bunga, Yonny x Yzn, Noki / Loca B / Tuju, Sophia Liana and Budak Ngam serta Sekumpulan Orang Gila
realme C12 Dilancarkan
Bersempena itu juga, realme telah melancarkan telefon pintar terbaru - realme C12 dengan Tri-kamera, skrin besar 6.5" inch dan bateri 6000mAh. Murah sangat sebab harganya cuma RM529! Nak beli? Boleh dapatkan tawaran ekslusif ini melalui Shopee atau Lazada.
Aku nak bagi hint sikit, sebenarnya bukan telefon bimbit sahaja yang realme launch, ada beg galas, luggage dan macam-macam lagi produk! korang nak tahu apa dan nak beli jangan lupa ke https://www.realme.com/my/.
Lokasi realme Design Studio : Lot 58370, Jalan Sungai Penchala, Kg Sg Penchala (bersebelahan Podium)
No comments:
Post a Comment