Total Pageviews

Cuti panjang tiga hari tak tau nak ke mana? Korang peminat gajet? Korang peminat realme? Okay aku nak cadangkan korang pergi ke  realme 828 Fan Festival 2020 di realme Design Studio yang terletak di Kg Sungai Penchala, Damansara.




realme Fan Fest 28 Ogos - 30 Ogos 2020

Apa yang korang boleh expect dekat realme fan fest yang akan bermula pada 28 hingga 30 Ogos ini? Buang jauh-jauh tanggapan korang mengenai ianya sekadar event untuk gadget freak sebab ada pelbagai aktiviti yang best korang boleh buat dekat sini!

Ada Macam-Macam Aktiviti 

Sebelum itu, aku nak kongsikan dengan korang senarai penaja yang ada iaitu terdiri daripada NeNe Chicken, Sunway Lagoon, Lost World Tambun, LaneiNerd Unit, Shopee, Lazada, Eggette Lab, Nerdunit, Bawangchaji & Dissy.  




Kesemua mereka akan membuka booth di sana jadi bila korang dah sampai di realme Design Studio, make sure singgah ke semua booth ini sebab ada macam-macam merchandise dari diorang. Bukan itu sahaja, korang boleh main aktiviti yang disediakan. Tak silap baru-baru ini masa media punya event ada yang menang realme band! 

Selebriti Popular Bakal Buat Persembahan




Selain daripada itu, ada mini konsert juga tau yang mana Craziest Fan Festival Concert akan menampilkan penyanyi  popular antaranya Sufian Suhaimi, Floor88, Insomniacks, Neeta, Bunga, Yonny x Yzn, Noki / Loca B / Tuju, Sophia Liana and Budak Ngam serta Sekumpulan Orang Gila

realme C12 Dilancarkan 


Bersempena itu juga, realme telah melancarkan telefon pintar terbaru - realme C12 dengan Tri-kamera, skrin besar 6.5" inch dan bateri 6000mAh. Murah sangat sebab harganya cuma RM529! Nak beli? Boleh dapatkan tawaran ekslusif ini melalui Shopee atau Lazada. 

Aku nak bagi hint sikit, sebenarnya bukan telefon bimbit sahaja yang realme launch, ada beg galas, luggage dan macam-macam lagi produk! korang nak tahu apa dan nak beli jangan lupa ke https://www.realme.com/my/

Lokasi  realme Design Studio : Lot 58370, Jalan Sungai Penchala, Kg Sg Penchala (bersebelahan Podium)

realme 828 Fan Festival, Apa Yang Best?

by on 28.8.20
Cuti panjang tiga hari tak tau nak ke mana? Korang peminat gajet? Korang peminat realme? Okay aku nak cadangkan korang pergi ke  realme 828 ...



Setiap kali nak makan, mesti terfikir tak boleh crash diet bagai. Jujur aku cakap sekarang pun tengah buat diet, tapi kadang-kadang jadi cheat day juga sebab terikat dengan kerjaya. Tapi lepas aku jumpa artikel pasal Beyond Meat dan Phuture Daging ini, aku jadi tertarik untuk tahu dengan lebih lanjut lagi.

Daging Berasaskan Tumbuhan?



Kalau nak tahu, syarikat ini sebenarnya percaya bahawa sekiranya kita lakukan diet berasaskan tumbuhan sebenarnya dapat membantu menyelamatkan bumi berbanding memfokuskan pada diet daging. Nak tahu kenapa? Aku sendiri pun agak terkejut dan tak percaya pada mulanya. 

Ini kerana kajian dari  sebuah Iinstitut di United Kingdom menunjukkan bahawa salah satu cara yang untuk mengurangkan pelbagai kesan sampingan adalah mengurangkan pengambilan daging dalam diet seharian. 

Kajian pada tahun 2018 terhadap 119 buah negara pula menunjukkan bahawa pengambilan makanan berasaskan haiwan mempunyai nilai karbon yang tinggi berbanding berasaskan tumbuhan.  Malah untuk info, sekiranya mengambil sayuran mahupun mengamalkan diet sayuran, korang sebenarnya hanya menghasilkan sedikit karbon sekaligus mengurangkan 41.7% kesan pada rumah hijau. 

Pendek kata penghasilan makanan berasaskan tumbuhan ini lebih effisien dan faedahnya lebih bagus. Korang fikirkanlah sekiranya kaedah diet ini digunakan, secara tidak langsung ianya menjamin masa depan yang lebih cerah daripada pelbagai aspek. 



Disebabkan itulah Phuture Daging menyokong tindakan dan idea seumpama ini.Malah,difahamkan mereka sudah merancang membangunkan ‘plant-based meat’ ini sebagai pilihan di pasar kelak. Yang paling penting ianya dijamin halal dan membantu kempen gerakan hijau untuk Malaysia pada masa hadapan. 



Meskipun konsep ini masih lagi baru di Malaysia, namun syarikat ini mengharapkan agar kaedah ini dapat digunakan terutama dari segi diet dan perspektif alam sekitar. Bagi mengalakkan kesedaran ini. 



Bukan itu sahaja, Phuture Daging juga berhasrat untuk menyokong mana-mana restoran mahupun kafe yang memperkenalkan konsep ini dalam menu mereka. 

Bantu Kafe & Restoran



Phuture Daging sendiri akan menyalurkan bahan-bahan ini serta membantu mereka dalam penyediaan makanan dan juga promosi-promosi yang berkaitan.



Untuk korang yang berminat untuk mengetahui mengenai Phuture Daging dan produk mereka berasaskan tumbuhan, bolehlah email di enquiry@phuturedaging.com atau layari https://phuturedaging.com.

Siapa Sangka Daging Ini Sebenarnya Dari Tumbuhan!

by on 6.8.20
Setiap kali nak makan, mesti terfikir tak boleh crash diet bagai. Jujur aku cakap sekarang pun tengah buat diet, tapi kadang-kadang ja...