Total Pageviews

Nak Berniaga Mudah? Gunakan MeCan Trade!

Untuk korang yang mencari ruang untuk berniaga, suka untuk aku syorkan ceburi bidang atas talian. Sebabnya menerusi bidang ini, lebih banyak peluang untuk korang jana pendapatan apatah lagi musim COVID-19 yang membuatkan ramai trauma untuk keluar membeli, dan memilih kebanyakannya di atas talian.



MeCan Trade Begitu Mudah 

Untuk itu, apa kata korang survey MeCan Trade. Baru-baru ini,aku sendiri dah survey fungsi MeCan Trade ni. Hasilnya aku sendiri dah terjebak dan daftar dalam platform ini dengan membuka kedai dengan pendaftaran https://khaiartzfar.mecan.trade.



Apa yang aku kongsikan, MeCan memberi peluang dan menyediakan platform kepada penjual jauh lebih mudah dan berkesan. 

Sebagai info, MeCan Trade berfungsi sebagai pusat e-commence sehenti yang menghubungkan terus penjual dan pembeli di seluruh dunia. Tanpa modal yang besar, segala-galanya diuruskan oleh mereka termasuklah prosedur pendaftaran, pembelian, pembayaran hingga penghantaran ke depan pintu pelanggan. Mudah kan? 

Jadi Ambassador 

Apa yang perlu korang lakukan? Caranya, daftar dan buka  e-kedai dalam MeCan Trade.  Lepas tu letak je gambar produk korang dalam tu dan war-warkan kepada orang ramai! Bukan itu sahaja, buat korang yang berpengaruh macam aku ( cey perasan hahaha) , boleh try register sebagai  MeCan Trade Ambassador. Lagi besar peluang korang untuk jual pelbagai produk sebab dah dikenali ramai. 





Kalau bukan ambassador pun, jangan risau sebab korang masih berpeluang untuk menjual pelbagai produk dalam MeCan. Sebabnya dalam platform ini, diorang akan bantu korang melalui sokongan 'End-to-End' dimana akan ada pasukan tempatan memerhati dan memberi nasihat mengenai operasi, pemasaran, rangkaian, IT dan kewangan. 

Pengasas Kepada MeCan Trade & OldTown 

Untuk rekod juga, pengasas platform ini adalah Mr Andy Goh yng juga merupakan pengasas Oldtown dan  pemilik rangkaian Restoran Nam Heong. Platform yang beribu pejabat di Kuala Lumpur  ini mempunyai rangkaian perdagangan bukan sahaja di Malaysia malah China, Thailand dan Indonesia, Malah turut akan dikembangkan di negara-negara Asia Tenggara lain seperti Singapura, Filipina, Vietnam, Kemboja, Laos dan Myanmar. 

Vanzo Pun Ada Dalam MeCan Trade



Bila korang ada ada kedai dalam ni, tugas korang just cantikkan je. Yer lah nak tarik orang beli kan? So far aku tengok produk-produk dalam ini semuanya diyakini. Sebagai contoh penyegar udara Vanzo. Jujur aku cakap, tak tahu sangat pasal Vanzo ini. 

Sampailah adik aku cakap dia pun letak produk ni dalam kereta dia then ramai selebriti pakai. Rupanya produk daripada negara Jepun ini popular kerana mengandungi  ekstrak berasaskan tumbuhan dan bebas dari bahan kimia berbahaya seperti alkohol, formaldehid, benzena, dan toluena. Produk ini kalau nak tahu lulus laporan Ujian Standard Antarabangsa MSDS, lulus ujian SGS, dan menerima Sijil Analisis. Memang yakin untuk beli! 



Produk Venzo ini ada dua variasi. Satu untuk letak pada dashboard atau bawah kerusi dan satu lagi pilihan pada pendingin hawa kenderaan.  Untuk pilihan wangi korang boleh pilih English Pear and Freesia 1818, LX Secret Musk 1616 dan LX Velvet Musk 1717 untuk variasi Dashboard. Manakala untuk mini tersedia Miniature English Pear and Freesia 658, Miniature LX Secret Musk 656 dan Miniature LX Velvet Musk 657. 

Wellsen Yang Sangat Bagus!



Selain itu, aku pun ada dapat dan guna produk  penjagaan rambut Wellsen.  Bukan 1, 2 atau 2 tapi ada 48 jenis produk dan ianya dihasilkan tanpa sebarang penggunaan produk kimia mahupun pengawet. Produk ini dihasilkan daripada ekstrak organik Chamomile dan 100% Pure Peppermint essential oil . So bila pakai memang segar kepala . 

Aku highlighy recommend apatah lagi ada Siri Minyak Marula yang berkesan untuk rawatan secara intensif rambut dan kulit kepala. Minyak marula ini kalau nak tahu dapat memberi lebih  60% perlindungan antioksida berbanding dengan minyak argan. So daripada Argan baik pilih Marula. 



 Wellsen ini telah  diperkenalkan oleh Syarikat WeGlobe yang telah ditubuhkan pada 5 Ogos 1996, WeGlobe Marketing Sdn Bhd. Mempunyai pengalaman lebih kurang 20 tahun dalam  membangunkan dan pengedaran jenama seperti 'Wellsen Peter & Guys'. Pendek kata diorang adalah pakar bab rambut. 

Panjang lebar dah aku kongsikan pada korang. So terbukti MeCan Trade ini platform yang dipercayai kerana segalanya ada di dalamya.  Jangan lupa daftar sekarang di  https://mecan.trade/mainsite lepas itu singgah kedai aku dalam ini juga ya! 

1 comment:

Galaksi Viral said...

Salam, saja2x blogwalking. Good info utk peniaga online pasarkan barangan mereka. Terbaik.