Lain Macam Rasa Nasi Kandar Di Marrybrown!
Korang pernah rasa tak menu Nasi Kandar Marrybrown sebelum ini? Kalau belum, kita geng! Sebab tempoh hari nak cuba tak sempat yer terus Marrybrown tukar menu lain!
Nasi Kandar Marrybrown Kembali!
Tapi tak mengapa, berita gembira untuk korang sebab Nasi Kandar Marrybrown is back! Ya benar. Baru-baru ini aku sempatlah mencuba Nasi Kandar Marrybrown ini.
Didatangkan dengan dua pilihan sama ada satu ketul ayam mahupun dua, dalam setiap set akan terdapat sayur bendi dan sebutir telur yang dihiris dua. Melengkapi juadah tersebut adalah kepingan papadom yang rangup bersama banjiran kuah kari di atas nasi.
Sedap Ke?
Ulasan aku? Sedap! Sebab aku punya favourite selalunya akan order nasi putih kari mamak dan makan dengan ayam goreng. Mantap! Untuk Marrybrown aku bagi 8/10. Sebab apa kurang? Sebagai pencinta makanan, aku rasa kuah kari dia agak sedikit cair dan warnanya tak berapa cerah macam kari lain.
Tapi rasanya sudah mencukupi. Kalau untuk penambahbaikan, aku rasa Marrybrown boleh pekatkan kuah dia confirm meletop kebabom!
Harga Nasi Kandar Marrybrown
Portion dia pula memang besar. Aku rasa dengan harga RM17.20 bagi set termasuk air Heaven & Earth Iced Lemon Tea, nasi bersama 2 ketul ayam pilihan spicy atau original Marrybrown memang berbaloi.
Untuk ala-carte Nasi Kandar Marrybrown bersama dua ketul ayam, harganya adalah RM16.20 dan RM12.70 bagi set seketul ayam sahaja. You guys bandingkan lah harganya. Kalau ditanya aku, Yes! aku akan order lagi mungkin time korang baca artikel ini aku sedang melantak Nasi Kandar Marrybrown.
Untuk rekod, menu ini boleh didapati di semua cawangan-cawangan Marrybrown di seluruh Malaysia bermula pada 16 Julai 2020
No comments:
Post a Comment