Selain Sedap, Ini Khasiat & Resipi US Potato Yang Ramai Tak Tahu!
Siapa kenal aku, mesti tahu aku suka sangat makan ubi kentang. Tak kisah lah masak apa sekali pun, tetap menjadi kegemaran apatah lagi bulan puasa ini.
Tips aku, kalau bulan puasa ini nak kekal cergas, amalkan pemakanan ubi kentang Insyallah badan akan kekal cergas. Maklumlah bila dah puasa, pasti badan kita akan alami perubahan.
*resipi yang aku gunakan US Potato
Nak tahu kenapa aku galakkan korang ambil kentang? Sebab ada banyak khasiatnya. Untuk itu, aku syorkan Kentang dari Amerika Syarikat atau juga dikenali sebagai US Potato.
Khasiat US Potato
- Sumber Karbohidrat Yang Baik
Sememangnya Kentang A.S. ialah antara sumber karbohidrat yang baik. Ianya diperkaya dengan Vitamin B6 dan C. Selain itu, Kentang juga sangat versatil dan bersifat serba guna serta mengenyangkan.
Tak percaya, korang try makan bergedil. Cukup dalam 2-3 ketul dah kenyang kan? ! Inimenjadikannya sumber makanan yang berkhasiat tinggi.US Potato diminati ramai kerana produknya dipercayai bermutu tinggi.
- Jalani Pemeriksaan Ketat
Kentang tersebut ditanam pada suhu penanaman yang ideal,menggunakan tanah yang subur, dengan pemprosesan terkini serta kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan US Potato antara kentang yang terbaik di dunia.
Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan dekat Amerika dalam memastikan US Potato selamat dan bermutu tinggi.
- Tidak Mengandungi Lemak
Okay ini best! US Potato tidak mengandungi lemak, natrium atau kolesterol. Malahan ianya hanya mempunyai 110 kalori untuk dalam setiap hidangan. Nak diet? Ambil je US Potato
2 Resipi Berasaskan US Potato
Tak tahu nak masak apa? Nah aku kongsikan resepi dari pakar diet, Cik Nurul Aziah Musa yang menggunakan US Potato sebagai ramuan utama.
Bahan-bahannya:
- 2 biji kentang Russet A.S (rebus dan lenyek)
- 2 biji telur
- 8 sudu besar oats
- Cili merah / cili hijau hiris halus
- 5 sudu besar bawang goreng
- 1 biji bawang besar
- Garam
- Lada sulah
- Lada hitam
Cara Penyediaan:
1. Gaul sebati semua bahan2 dan bentukkan bulat
2. Renjis dengan minyak zaiton
3. Panaskan air fryer dengan suhu 180c
4. Masukkan begedil ke dalam bakul air fryer. Masak selama 10 minit
5. Siap untuk dihidangkan
*Resipi ini menghasilkan 4 hidangan. Kandungan nutrien setiap hidangan adalah seperti berikut:
Kalori 133
Protein 5.5g
Lemak 3.3 g
Serat 0.7 g
Hidangan ini adalah sihat kerana menggunakan air fryer dan kita dapat mengurangkan penggunaan minyak. Begedil boleh dimakan bersama hidangan lain dan boleh juga dimakan bersama sup soto ketika berbuka.
Bahan-bahannya:
- 4 biji kentang Russet A.S, buang kulit dan potong dadu
- 1 biji lobak merah
- 1 sudu makan mentega
- 4 sudu makan bawang holland cincang
- 50 gm keju cheddar
- Sedikit garam
- Sedikit lada hitam
- 1 sudu makan minyak sayuran
- 1 bji bawang cincang
- 500g daging kisar
- 2 sudu makan tepung
- 1 susu makan sos tomato
- 180 ml stok daging
Cara Penyediaan:
1. Rebuskan kentang Russet A.S hingga lembut. Tos dan lenyek, campurkan mentega, bawang cincang dan keju chedar. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Gaul rata dan ketepikan.
2. Rebus lobak hingga lembut. Tos dan lenyek. Ketepikan
3. Panaskan minyak, masukkan bawang cincang dan tumis layu. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging menjadi perang. Masukkan tepung dan masak sebentar.
4. Tuangkan stok daging dan sos tomato. Biarkan mendidih, kawal api dan masak selama 5 minit.
5. Tuangkan daging dalam Loyang dan ratakan. Kemudian masukkan lobak dan ratakan, diikuti adunan kentang Russet A.S dan akhir sekali taburkan keju cheddar di atasnya.
6. Bakar selama 25 minit dalam ketuhar pada suhu darjah 190 C sehingga ia masak sepenuhnya.
7. Sedia untuk hidang dan dinikmati.
*Resipi ini menghasilkan 4 hidangan. Kandungan nutrien setiap hidangan adalah seperti berikut:
Kalori 377
Protein 34.2
Lemak 13.6 g
Serat 1.4 g
Resipi ini mudah dah ringkas untuk juadah lengkap ketika bersahur. Ia sesuai untuk semua golongan umur dan rasanya yang enak pasti akan membangkitkan selera ketika bersahur terutamanya untuk anak-anak.
Kalau nak tengok lagi resipi menggunakan US Potato, korang boleh tengok di laman web :
Tips Cik Nurul Aziah Musa Di Bulan Puasa
Amalan sewaktu bersahur
- Pastikan korang bersahur kerana ianya merupakan sunnah, dapat mengawal tahap gula darah dan memberikan tenaga sepanjang hari.
- Pastikan pengambilan karbohidrat kompleks seperti Potatoes USA untuk membekalkan tenaga lebih lama
- Kurangkan pengambilan garam untuk mengurangkan rasa haus pada siang hari
- Elakkan pengambilan kafein kerana ianya boleh mempercepatkan dehidrasi kesan daripada diuretik
Amalan sewaktu iftar
- Semasa iftar, adalah digalakkan untuk kita mengambil makanan yang ringkas seperti kurma terlebih dahulu untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada ssitem penghadaman kita.
- Utamakan air kosong dalam 6 ke 8 gelas sehari.
- Makan secara perlahan dan tidak gelojoh
- Kawal saiz hidangan makanan
- Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak
- Kurangkan makanan tinggi gula dan garam
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kentang A.S, korang boleh layari laman web www.uspotatogoodness.com.my
2 comments:
femes pulak potato ni yekkk.
suka kentang. macam2 boleh buat. kalau stok bahan mentah tu mesti nak ada kentang. cuma, tak pasti la tu kentang us ke tak. hee
Post a Comment