The Lanai Event Space Shah Alam Macam Dalam Taman!
Aku perasan lately ni ramai yang ingin berkahwin memilih konsep 'garden' untuk majlis diorang. Kalau betul-betul dapat taman okay lagi, tapi macam mana kalau duduk tengah-tengah bandar macam Shah Alam?
Macam Dalam Taman
The Lanai Event Space Shah Alam ada jawapannya! Baru-baru ini aku berkesempatan untuk pergi ke Open Day yang dianjurkan oleh syarikat ini. Terletak di Seksyen 23 berhampiran AEON, terkejut juga aku tengok sebab rupa-rupanya ianya merupakan shop lot yang telah diubah menjadi event space. Memang menarik!
Muatka 200 Orang Dalam 1 Masa
Mana taknya, sebab masuk je dalam ini macam berada dalam sebuah taman. Memang cantik! Tak pasti sama ada ianya dihias untuk hari itu atau kekal, tapi apa pun ianya boleh request kan?
Boleh memuatkan sehingga 200 orang dalam satu-satu masa atau 10 buah meja bulat beserta 10 orang tetamu setiap satunya, cakap je korang nak buat event apa dekat sini semuanya boleh.
Selain limpahan cahaya lampu yang cantik belaka, di dalamnya juga berhawa dingin. Jadi tak perlu risau pasal panas bagai. Selain itu surau, PA System, kerusi, meja, backdrop untuk sebarang majlis, kemudahan tandas dan banyak lagi juga tersedia.
Harga Pakej
Harga nya pula bagaimana? Dekat sini ada pelbagai pakej tersedia mengikut acara yang korang nak jalankan macam pilihan berikut :
- Pakej Akikah (RM9,750 min 150 pax)
- Pakej Birthday Party (RM6,500 min 100 pax)
- Pakej Akad Nikah (RM10,000 min 200 pax)
Semua pakej yang ditawarkan The Lanai Event Space, Shah Alam ini merangkumi dewan, meja, kerusi, buffet station, main course buffet, PA system, rostrum, stage, banquet server, deco dan banyak lagi. Kalau nak tempah, boleh hubungi maklumat yang tertera di bawah ya :
The Lanai Event Space
No.36 & 38,
Jalan Pelabur A 23/Seksyen 23,
40000 Shah Alam
Pejabat :
Great Creation
No. 5-1, Jalan Singa J 20/J
Seksyen 20, 40000 Shah Alam
Contact
03-5885 9224
019-250 3090
011-1878 4681
Email
sales@greatcreation.com.my
Webpage
Facebook/Instagram
@thelanaieventspace
1 comment:
Memang cantik gile tempat dia laaa..kalaulah ada kat Johor, tentunya majlis anak Sis buat situ aje hehehe
Post a Comment