Total Pageviews

Pemandangan Cantik Kota Kuala Lumpur Dari Dorsett Hartamas

Aku tak tahulah kalau orang lain. Tapi macam aku sendiri, ada sampai mood yang nak tidur hotel. Just for short escape, nak tenang dan rehatkan diri.




Dorsett Hartamas Jadi Pilihan 

Walaupun dalam Kuala Lumpur, ada beberapa hotel yang menjadi pilihan aku untuk staycation or workation, salah satunya adalah Dorsett Hartamas. Sebelum ini, aku hanya pernah singgah untuk beberapa acara dan tak pernah lagilah stay disini.



So baru-baru ini akhirnya merasa juga untuk menginap di Dorsett Hartamas yang dibuka sekitar Ogos  2018. Kalau korang nak tahu, cawangan Hartamas ini mempnyai 290 bilik yang mempunyai sentuhan Dorsett sendiri. Sebenarnya ada sebab kenapa aku stay disini.

Pemandangan Cantik

Memandangkan office aku di area Mid Valley, jadi saja aku pilih Dorsett Hartamas sebab dia punya view memang boleh 'layan'. Mana tak nya, di bahagian rooftop tersedia kolam renang yang berlatar belakangkan Istana Negara dan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur.



Sesuai untuk business travellers , lokasinya yang strategik menjadikan hotel ini sebagai hotel pilihan terbaik di Kuala Lumpur selain dari pelbagai kemudahan yang disediakan. Lokasi menarik? Namakan saja  MRT Pusat Damansara, Pavilion, Publika Shopping Mall, Solaris, 1 Mont Kiara, Suria KLCC dan Pasar seni semuanya berdekatan. Yang bestnya dorang ada shuttle van untuk bawa korang lokasi ini.



Promosi Unik Dorsett Hotel

Ini unik! Sebab apa Dorsett Hotel ada buat promosi seperti. Dorsett 26-Hour Full Stay Experience (#dorsett26hours). Korang bayangkan contohnya check in pukul 8 malam dan check out pukul 10 malam keesokan harinya. Promosi ini khas untuk korang yang book direct terus dari website hotel Dorsett dan bergantung kepada bilik yang ada. Bagaimanapun untuk guna promosi ini korang kena book sekurang-kurangnya 72 jam lebih awal sebelum tiba. 



Tak cukup dengan itu, Dorsett Hartamas telah perkenalkan pakej  Dorsett 3 Wishes (#dorsett3wishes) room package. Bukan sahaja dapat diskaun 35% malah kurang boleh pilih 3 'wishes' tanpa sebarang caj dalam pilihan berikut : 

2 pilihan : 

 Late check out till 3pm
 Complimentary room upgrade to the next category
 Local Mini Bar experience

dan pilihan 3 semasa check out : 

 A Dorsett Teddy
 A Dorsett Umbrella
 A Dorsett Reusable Stainless-Steel Straw
 A Dorsett Environmentally Friendly Shopping Bag
 A 40% OFF Best Available Rate for your next visit

Ada lagi! Pada setiap Rabu pula, korang boleh nikmati minuman dan snek percuma sambil berinteraksi dengan kakitangan hotel yang mesra. 



Pendek kata, apa yang aku boleh rumuskan mengenai Dorsett ini adalah mereka jenis yang mengutamakan pelanggan dan suka membuatkan mereka berada seperti di rumah sendiri. Kalau ditanya aku, nak datang lagi atau tak,of course I will! 




No comments: