Blog Budak Pacak Ucap Selamat Tinggal?
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Rasanya dah lama aku tak bercerita, mahupun berkongsi kisah peribadi dekat sini. Sebenarnya dah lama teringin nak tulis, luahkan dan berkongsi sesuatu dengan korang (incase ada yang masih follow perkembangan aku).
Tapi disebabkan kekangan waktu, kerja hakiki aku pun berkaitan dengan penulisan menyebabkan blog yang aku dah usahakan selama 11 tahun ini macam sekadar persinggahan untuk jana pendapatan.
Blog Masih Relevan?
Aku akui blog ini banyak membantu sara hidup aku. Alhamdulillah orang ramai kenal aku sebab blog ini. Cuma jauh dalam hati tertanya adakah blog masih relevan? Apatah lagi persaingan dengan kemunculan para Influencer macam cendawan yang tumbuh. Fuhh memang sengit!
Rindu sebenarnya dengan zaman blogging dahulu yang mana orang berkongsi kisah peribadi dan saling follow each other disebabkan perwatakan dorang dalam blog tu. Tapi sekarang mana ada dah.
Selamat Tinggal Dunia Blogging
Dorang yang dulunya sangat terkenal disebabkan kongsi kisah peribadi terlebih dahulu letakkan tanda noktah dalam dunia ini. Yang mana kekal pun tidak lagi kongsi kisah peribadi. Majoriti berkisahkan pasal client, produk dan mana-mana yang berbayar atau ditaja.Rindunya dulu.....
Selama 11 tahun ini, pernah juga beberapa kali terfikir untuk tutup blog ini sebab tak ada semangat dah nak tulis. Tapi bila fikir balik blog ini banyak jasanya dan orang kenal aku pun disebabkan blog ini. So kali ini adakah aku akan ucap selamat tinggal pada Blog Budak Pacak?
Jawapan aku mungkin TIDAK.
Insyallah aku akan cuba untuk terus kekal relevan meskipun pageview tidaklah sehebat dulu. Mungkin selepas ini aku akan ketepikan soal berapa ramaikah yang membaca. Cukuplah. Aku nak kembali macam dulu yang mana tulis dengan jauh lebih ikhlas, soal bayaran nombor dua.
Teruskan Perjuangan
tumpang iklan! LOL Siapa nak beli boleh PM |
Untuk yang tertanya apakah hala tuju aku dan Blog Budak Pacak selepas ini, berkenaan dengan niche aku masih akan kekalkan beberapa niche utama seperti travel, men lifestyle, food dan juga hotel review. Jadi untuk korang yang masih nak gunakan khidmat ku silalah hubungi ku hiks.
Cuma kalau aku kongsikan kisah peribadi macam dulu, masih ada lagi ke yang nak baca? Kalau ada aku okay je nak kongsikan at least adalah tempat untuk luahkan perasaan ye dak?
Di kesempatan ini, buat korang yang banyak menyokong dan berkongsi rezeki dengan aku, terima kasih banyak diucapkan. Semoga ianya berbalik kepada korang ya.
Kekerapan untuk blogging semuanya bergantung kepada MASA. Tapi azam aku nak update sekerap yang mungkin. Well lets see how ya. Next entry mungkin aku nak kongsikan mengenai beberapa pencapaian yang aku dah dapat so far. Itu pun kalau korang nak bacalah. hahaahaha.
Sebelum aku tutup entry kali ini untuk yang tertanya apakah yang aku buat sekarang..
- Wartawan Hiburan
- Blogger Separuh Masa
- Social Media Influencer
- Public Relation
- Copywriter
- Seeder Social Media
Assalamualaikum!
*ada sesiapa masih upah template tak? PM khai please!
9 comments:
Yep blog masih relevan! Teruskan perjuangan wak
hey aku ingat ko nak fokus jaga anak 🤣
Teruskan perjuangan khai...enulis ikut rentak hati...
KHAIIIII!!!! Wahh macam warkah terakhir je dengarnya hahaha - Amir
Saya nak dengar cerita Khai ke Turki.
Sesekali diselang seli pun ok juga. Tiadalah kita pun asyik baca tentang review aje kan
teruskan menulis.
blog masi relevan, bila kene cara dengan penyampain.. da tak salah jadi blog tuk sebagai tempat meluah perasaan seperti i .. hehe salam perkenalan #donefollow #newblogger cikimahmai.blogspot.com
Teruskan perjuangan! AKu kenal ko pun sebab blog! hahaha. lama tak jumpa last masa bila eh? water rafting ke?
Post a Comment