Total Pageviews

Rugi Siapa Yang Tak Rasa Black Volcano Pizza Hut

Siapa sempat rasa Black Volcano Pizza Hut ? Kalau nak tahu  Pizza Hut Malaysia pada hujung tahun lalu telah membawakan kejutan sekali lagi dengan memperkenalkan pilihan Black Volcano Pizza terbaharu bersama Cili, sebagai pelengkap kepada sambutan akhir tahun, istimewa buat penggemar makanan pedas.



Lebih Pedas 

Dalam usaha bagi membawakan inovasi dan pengalaman jenama Pizza Hut yang unik dan tersendiri untuk dinikmati pelanggan pada setiap detik, Black Volcano Pizza kini tampil dengan pilihan yang lebih pedas bersama Cili – bagi menghangatkan lagi kemeriahan sambutan hujung tahun lalu!



Sebenarnya Black Volcano Pizza yang dilancarkan pada Oktober lalu telah mendapat perhatian ramai kerana menampilkan konsep unik bersama limpahan lava berkeju, ketulan ayam rangup di atas kerak piza berwarna hitam.

Sambutan yang memberangsangkan ini semakin diperhebat dengan Black Volcano Pizza bersama Cili, yang bakal memenuhi citarasa korang yang menginginkan kelainan di meja makan.



Ciptaan ini membawakan elemen dramatik dengan rekaan seakan-akan gunung berapi yang meletus. Pelanggan akan merasai keterujaan ketika menikmati 24 ketul kerak piza yang dipenuhi dengan lava keju. Setiap gigitan Black Volcano Pizza bersama Cili dilengkapi dengan keenakan ketulan ayam rangup dan kepedasan cili. Aku sendiri dah rasa, memang sedap! 

Hanya Hingga 31 Disember Lalu

But too bad, Piza Black Volcano bersama Cili boleh didapati untuk masa terhad sahaja,hingga 31 Disember 2019 yang lalu atau sementara stok masih ada, di kesemua restoran Pizza Hut dan khidmat penghantaran di seluruh negara.

Aku up semula artikel ni pun sebab domain dah expired tempoh hari , dah baru hari ini berkesempatan untuk berkongsi. Sorry korang! 



Anyway terima kasih Pizza Hut atas jemputan dan bagi kiteorang buat sendiri  Black Volcano Pizza Hut! Memang 'pukul' habis segala topping. Tak sabar nak tunggu kejutan Pizza Hut untuk tahun 2020! 

No comments: