Total Pageviews

JJJ Bangi KIPP Mall Kini Dibuka!

Korang pernah dengar mengenai Jalan Jalan Japan (JJJ) ? Rasanya buat penggemar harang-barang Pre-Loved mesti tahu mengenai kedai yang berasal dari Jepun ini. 




JJJ Ke-5 Dibuka 


Sudah bertapak di Malaysia, siapa sangka JJJ kini telah membuka cawangannya yang ke-5 di Bangi! Aku berkesempatan untuk ke sana dan menjadi yang terawal untuk membeli belah di cawangan ke-5 JJJ yang dibuka di KIP Mall Bangi. 




Jujur aku cakap, sebelum dijemput aku sememangnya sudah sedia maklum mengenai JJJ dan pernah ke cawangannya yang lain untuk membeli beberapa kelengkapan especially untuk travel.

Semuanya Ada Disini 

So buat orang Bangi, ini berita baik buat korang kerana JJJ Bangi kini telah dibuka kepada orang ramai bermula 28hb Disember 2019 yang lalu. Korang cakap je nak apa? Barang keperluan dapur, sukan, hiasan rumah, hobi pendek kata semua bendalah semuanya ada disini! 






Hasil penilaian aku, kebanyakan harga pre-loved JJJ dijual dengan harga yang begitu murah. Korang bayangkanlah aku beli mesin sit-up (RM40), jaket converse(RM50), figura Power Rangers,(RM10) Topi (RM5). Murah kan? 





Sebagai info, JJJ telah membuka cawangan pertama mereka di One City Mall, Subang dan kini mempunyai lima cawangan kesemuanya. 

  1. Subang One City Mall
  2. 1 Shamelin Mall
  3. Centre Point Seremban
  4. M3 Mall Taman Melati
  5. KIP Mall Bangi


Nak murah dan berkualiti? JJJ adalah jawapannya! 


No comments: