Total Pageviews

Teruknya Rizq Islamic School (RIS) ! Ini Pendapat Aku Mengenai Sekolah Mereka

Sebelum ini aku pernah menulis mengenai Rizq Islamic School yang terletak di Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang. 







Namun begitu, setelah sekian lama aku perasan orang mula menghentam mengenai sekolah tahfiz bertaraf antarabangsa pertama di ASEAN ini. Terdetik dalam hati aku, teruk sangat ke sekolah ini? Benarkah apa yang dikatakan oleh mereka atau sekadar nak jatuhkan nama baik sekolah ini? 

Untuk pengetahuan korang aku sendiri pernah datang ke sekolah ini lebih kurang dalam dua kali macam itu. Pada pandangan aku secara keseluruhan (ketika waktu cuti persekolahan), sekolah ini nampak sangat sempurna. Malah terdetik dalam hati aku agak cemburu dengan kemudahan yang ada. 



Manakan tidak,  tersergam bangunan putih yang serba indah dan lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti padang, surau, kafe, student lounge, kantin, lab dan banyak lagi. Pendek kata semua kemudahan ada macam sekolah biasa cumanya kemudahan di Rizq Islamic School ni jauh lebih canggih dan terkini. 




Mengenai sistem pendidikannya pula,  pendidikan yang diterapkan disini mengikut dasar sistem pendidikan negara , KSSR dan yang pasti turut mengikut sistem pendidikan terkini luar negara. Sebagai info,  Rizq Islamic School ini merupakan sekolah rendah dan  sekolah tahfiz yang berdaftar secara penuh dan rasmi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Julai 2016 sebagai sebuah sekolah tahfiz swasta yang bertaraf Intermational di Malaysia dan telah beroperasi secara rasmi pada Januari 2017.




Memuatkan 300 orang pelajar kalau ikutkan info yang aku dapat tempoh hari seramai 12 orang guru yang telah mengajar disini dengan penerapan pendidikan agama seperti 

  1. Hafalan Al-Quran
  2. Tajwid
  3. Tafsir Al-Quran
  4. Adab Hamalatul Quran (Adab bersama Al-Quran)
turut diterapkan. Selain itu, modul Islamik yang merangkumi 5 subjek utama yang  ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut dimuatkan dalam sistem pendidikan  Rizq Islamic School

  1. Tauhid
  2. Akhlak
  3. Khat & Imla'
  4. Feqah
  5. Sirah


Bahasa pengantaraan? Okay  disini unik sebab ianya adalah Bahasa Inggeris dan kalau korang nak tahu lagi banyak info berikut aku tampilkan sekali lagi antara yang aku tahu 

  • Rizq Islamic School diiktiraf oleh Ministry Of Education (MOE) . Jadi segala peperiksaan awam turut berjalan disini walaupun ianya berstatus sekolah antarabangsa 
  • Disebabkan sekolah ini berkembang maju, ianya telah dijadikan sebagai sekolah rasmi Yakult. Jadi para pelajar disini bakal menikmati minuman Yakult secara percuma sebagai bekalan tenaga sepanjang waktu pembelajaran
  • Ujian Penulisan Kelas Kafa ( UPKK) turut diselitkan dalam pendidikan disini 
  • Terletak di lokasi yang sesuai 
  • Kawalan keselamatan yang terjamin
  • Menyediakan khidmat tambahan, pengangkutan yang selesa untuk pelajar 
  • Merupakan sekolah Tahfiz yang bertaraf antarabangsa pertama di Malaysia yang telah digazetkan oleh MOE 
  • Menggunakan konsep floating class.Siap ada lecture hall lagi! Aku time universiti baru nak merasa weh
  • Konsep playroom dan warna warni telah diketengahkan. Jadi para pelajar tidak akan merasa bosan malah akan suka untuk datang ke sekolah 


Mengenai kecaman orang lain, aku masih tidak tahu kesahihannya apa pun terpulang pada korang untuk menilai kerana setahu aku dari segi kemudahan sangat selesa dan canggih. Semoga perkongsian ini dapat membantu korang sedikit sebanyak ya. 

No comments: