Teh 'Thai Tea' Sedap Di Chapayom Malaysia
Tak Thailand lah kalau pergi ke sana tak pekena Thai Tea yang padu lagi kaw! Bayangkan teh pekat hijau mahupun coklat perang diminum sejuk ketika panas fuhh satu nikmat bukan?
Tapi tu lah nak pekena yang pure Thai Tea nak pergi ke Thailand jauh sangat la pula kan? Sekarang korang tak perlu risau sebab selepas ini korang boleh minum Thai Tea dan aneka makanan asli Thailand di Chapayom.
Siapa sangka, rangkaian jenama terkenal Thailand itu yang mempunyai 1500 cawangan di Indonesia, Australia dan Myanmar kini telah meluaskan empayar nya di Central i-City, Shah Alam. Serius aku excited sebab dekat sangat dengan rumah dan boleh minum di Chapayom bila-bila masa sahaja.
Pelbagai Jenis Teh
Kalau nak tahu, dekat sini bukan sahaja ada Pure Thai Tea dan Green Tea, sebaliknya pelbagai aneka minuman turut dijual. Aku sempat la merasa beberapa jenis minuman disitu antaranya adalah
- Thai Milk Green Tea
- Thai Milk Red Tea
- Thai Milk Rose Tea
- Thai Milk Coffee
- Thai Cocoa
dan banyak lagi! So far setiap kali aku datang sini, Thai Milk Rose Tea akan jadi pilihan aku.
Makanan? Banyak weh! Kalau hari tu aku sempat pekena beberapa jenis makanan yang dijual disini. Maklumlah aku kan cerewet sikit pasal makanan ni. so nak tahu betul ke rasa Thai, aku order makanan ini pula :
- mango sticky rice
- jackfruit sticky rice
- papaya somtam
- Thai Imported Noodle
- Thai Soft Tea Ice-Cream
Okay ini aku tak tipu rasa dia memang sebiji macam dekat Thailand. Masam dia,rencah dia memang cukup.uiii! tak rugi kalau datang sini.
Boleh Menang Hadiah!
Oh ya dikesempatan korang datang makan dekat sini, korang berpeluang unuk memenangi cabutan bertuah tuah tau. Hadiah pula bukan calang-calang sebab pemenang akan mendapat solid gold bar!
Fuhhh syarat dia pula cukup mudah. Cuma berbelanja RM30 dan mungkin korang antara yang bertuah.
Chapayom
LG K01, Central i-City Mall,
Shah Alam, Selangor
Tel : 017-3720298
3 comments:
Mkn² pas2 boleh menang pulak..
cepat belanja aku!!!!
x hajakkkk NAK THAI TEA!!!
Post a Comment