Ubat-Ubatan Ada Yang Tidak Halal! Ini Buktinya
Bercakap mengenai ubat-ubatan dan produk kesihatan, korang pernah terfikir tak adakah produk-produk ini telah disahkan halal?
Ya, kalau aku cerita mengenainya mesti korang terkejut dan tidak sangka. Peringatan untuk korang, kadang-kala ada ubat-ubatan dan produk kesihatan ini tidak mendapat pengiktirafan halal. Sebab apa? Kajian yang mengejutkan telah didedahkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2009 menunjukkan bahawa terdapat hampir 30% daripada 100 produk kesihatan yang dikaji adalah tidak halal kerana mengandungi gelatin terutamanya di dalam produk yang berkapsul.
Cara Tentukan Ubat Halal
Jadi bagaimana ingin tentukan bahawa sesuatu produk itu halal dan diyakini? Tips ini telah dibawa oleh Duopharma Biotech Berhad (dahulunya dikenali sebagai CCM Duopharma Biotech Berhad) (“Duopharma Biotech”) dimana antara cara-caranya adalah :
- beli dari pengedar yang sah dan diyakini
- Bertanyakan status ubat kepada pengedar atau farmasi
- Cara paling mudah, beli sahaja produk Duopharma Biotech yang sememangnya halal dan diyakini diseluruh dunia.
Kenapa Produk Duopharma Biotech Lebih Diyakini ?
Satu benda yang aku suka mengenai produk Duopharma Biotech ini adalah sebab mereka memang mementingkan aspek kualiti dan maklumbalas pelanggan. Tidak hairanlah produk keluaran mereka sememangnya mencapai standard, bersih dan selamat. Selain itu ianya juga telah menjalani proses pemeriksaan Pensijlan Halal Malaysia dan diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia. Kalau nak tahu, pengesahan halal ini pun mereka yang bukan Islam pun setuju dan memilih produk seumpama ini.
Berterima kasih lah pada Duopharma Biotech sebab membuat kempen kesedaran ini or else aku percaya korang pun tak tahu ada produk yang tidak halal kan? Jadi lepas ini pastikan korang jadi pengguna yang bijak, pilih produk yang halal dan nak mudah dapatkan sahaja produk Duopharma Biotech!
No comments:
Post a Comment