Total Pageviews

Indobowl IOI City Mall Wajib Cuba Sedap Gila!



Korang pernah makan Indomee? Kalau tak pernah, koranglah orang paling rugi dekat dunia ni sebab rasa dia memang sedap.Korang pernah tak bayangkan pergi makan dekat sebuah kedai yang berkonsepkan sesuatu jenama? 





Contohnya macam Indomee inilah dorang ada beberapa buah restoran di Malaysia yang dikenali sebagai Indobowl Resto. Aku pernah pergi di cawangan mereka yang terletak di Sungai Besi dan kali ini berpeluang untuk merasai pengalaman makan di IOI City Mall, Serdang. Kalau nak tahu IndoBowl ini memperkenalkan makanan berasaskan Authentic Indonesian Homestyle Cuisine. 





Jadi cakap sahaja nak makan apa? Indomee?Bakso? Sate? Air Soda Gembira semuanya ada! Tak cukup dengan itu, rasa dia memang sedap, asli dari Indonesia. Macam haritu, aku sempat cuba pelbagai jenis menu dekat sini seperti 




Soda Gembira



Es Cendol 



Soda Jagung



Nasi Campur Dendeng 





Nasi Ayam Petai Sambal Tomat 



IndoMie Bakso Goreng Balado 



Bakwan Udang 

Bagi aku semua ini memang sedap sangat especially IndoMie Bakso Goreng Berlado. Rasanya cukup padu ditambah pula dengan telur mata. Campur semua lepastu makan pula, fuhhh sampai licin mangkuk. Makanan Indonesia sebenarnya agak pedas, so air Soda Jagung tu memang kombinasi yang cukup best. Lepas pedas then sejuk tu sampai ke tekak weh! 



Suasana di dalam restoran memang terasa di warung Indonesia. Cumanya di IOI tempatnya agak kecil harap pihak pengurusan akan dapat tapak yang lebih besar. Bukan apa ramai orang suka makan dekat sini, kalau aku memang ni tempat favourite! Sebabnya nak tahu kenapa? Indobowl Resto akan buka cawangan seterusnya di Central I-City Shah Alam. So total semua dah ada 4 cawangan termasuk di SS15 Subang Jaya. 

Jadi buat korang yang tinggal berhampiran, bolehlah cuba Indobowl Resto. Sedap memang tak tipu! 

2 comments:

Siti Yang Menaip said...

scroll2 tengok makanan terus lapar.. penah makan IndoMee yang macam meggi tu penahla. yang hidangan sedap2 cemni belum. boleh masuk list..

Sis Lin said...

Tengok je dah tau sedap, belum lagi rasa tu...sialah pelawa Sis dan belanja yaa hehehehe...