Dulu masa aku masih belajar di MSU Shah Alam, Segi Fresh Market antara salah satu pilihan untuk aku dapatkan barang basah. Bayangkan waktu open house raya, sini adalah satu-satunya pasaraya yang jual daging lembu segar berbanding tempat lain yang hanya ada daging kerbau frozen sahaja.
Terjah Segi Fresh Market Subang Permai
Sebab itu bila orang cakap Segi Fresh market aku teringat pasal peristiwa raya dulu dan kalau cakap pasal segar yes sesuai dengan namanya. So baru-baru ini, terus terang aku cakap aku dan beberapa orang blogger lain telah ke Segi Fresh Market. Bukan sahaja nak beli barang disitu tetapi juga sebagai 'pengintip' betul ke pasaraya ini segar dan berbaloi harganya.
Selesa Dan Segar
Untuk itu, Segi Fresh Market Subang Permai telah kiteorang terjah seawal 9 pagi. Ingatkan time tu tak ramai orang, sekali agak ramai juga orang ditambah pula cuti hari minggu. Instead of pergi pasar minggu bersesak dan panas, baik pergi ke sini harga pun lebih kurang dan selesa!
Since aku tengah jaga makan, so kebanyakkannya aku beli buah dan sayur. Adalah sikit satu dua frozen food sebagai lepas gian. Sampai je terus aku ke bahagian buah. Woi rambang mata! tak tau nak pilih buah apa sebab semuanya nampak sedap dan segar. Ada juga buah yang aku jarang nampak dijual disini especially laici dan limau afrika. So apa lagi selain kedua-dua buah itu, aku sempat ambil anggur hitam tanpa biji yang berharga RM12.00. Sedap,rangup dan segar!
Pelbagai Pilihan
Selesai buah, aku pergi ke bahagian sayur. Since barang dapur dekat rumah ada banyak lagi. Sayur aku just ambil ala kadar je. Plan nak buat cornflakes salted egg dan juga pasta, so beli lah daun kari, salad, cili Merah, bawang putih, bawang besar, cendawan total semua tak sampai RM10 pun ya. Ikutkan nak ambil macam-macam tapi orang cakap jangan bazir.
Pergi ke barang basah pun sama. Rambang mata sebab nampak segalanya murah dan segar. Nak dijadikan cerita aku dah ambil pun udang dan sotong kengkonon nak buat salted egg dan goreng tepung. Penyudahnya aku letak balik. Sebab apa?
Udang dan sotong frozen dah ada depan mata! Terus aku ambil letak dalam troli. Bukannya apa yang ini sudah siap dibuang kulit dan dibersihkan. tunggu balik digulaikan je bak kata orang. bukan pemalas ya .awas!
Kengkonon nak beli sikit penyudahnya aku beli dekat RM150 juga. Nak tahu aku beli apa? Nah ini senarainya :
- udang frozen siap buang kulit
- sotong besar frozen
- cendawan
- nugget dua peket
- bebola ayam
- fries
- filet ketam
- daun kari
- salad
- anggur hitam
- laici
- limau afrika
- dan banyak lagi!
Dekat mana ada Segi Fresh Market? Macam yang aku cakap dia ada banyak cawangan. Untuk maklumat lanjut dan cawangan mereka korang boleh check menerusi laman web di bawah! Jangan cakap abam tak payung ya
Laman web : http://segifresh.com/
Facebook : https://www.facebook.com/Segifresh
Instagram : https://www.instagram.com/segifreshmarket
Barang Dapur | Shopping Di Segi Fresh Market
by
khai artzfar
on
21.7.19
Dulu masa aku masih belajar di MSU Shah Alam, Segi Fresh Market antara salah satu pilihan untuk aku dapatkan barang basah. Bayangkan waktu...