Buffet Ramadan Sedap Kuala Lumpur : Hotel Pacific Regency
Ini adalah salah satu hotel yang aku jarang lepaskan peluang untuk merasai sendiri juadah berbuka puasa yang disediakan mereka pada setiap tahun.
Bagi tahun 2019, Hotel Pacific Regency Kuala Lumpur menyediakan juadah berbuka puasa bertemakan Juadah Warisan yang tersedia lebih dari 150 jenis menu. Pelbagai jenis menu pembuka selera korang di waktu berbuka kelak.
Macam aku tempoh hari, suka dia punya Nasi Kandar Zul Kodiang yang penuh dengan rempah ratusnya. Malah sajian lain seperti mee kari dan kambing bakar pun mendapat sambutan yang menggalakkan.
View Yang Cantik
Yang seronoknya dekat sini, view dia cukup cantik! Selain dari pemandangan bandaraya, dekat sini juga berlatar belakangkan Menara KL yang tersergam indah. Nak berbuka dekat sini? Ada promosi khas untuk korang!
Promosi Early Bird
Dimana sekarang tengah ada promosi sehingga 9 Mei, harga early bird cuma RM78 nett untuk dewasa dan RM 42 nett untuk kanak-kanak. Harga biasa berbuka disini adalah sebanyak RM108 nett untuk dewasa dan RM58 nett untuk kanak-kanak. Tempoh berlangsungnya pakej berbuka disini tak lama kerana ianya bermula 10 Mei sehingga 31 Mei sahaja.
Jadi cepat! Sila buat tempahan sekarang dan nikmati Juadah Warisan di Pacific Regency KL
Tel : +603 2332 7788
Email : fnbadmin@pacific-regency.com.
No comments:
Post a Comment