Buffet Ramadan Sedap Di Putrajaya : Dorsett Hotel Putrajaya
Bismilllah Barokah Ramadan! Fuhh kemain tema yang diperkenalkan oleh Dorsett Hotel Putrajaya. Mulanya bila aku dapat invitation dari hotel ini, teragak-agak juga sebab aku dah banyak review hotel , so semakin banyak mendapat tempat di hati.
Teruskan Tradisi Sajian Buffet Durian
Biarpun begitu, ini bukanlah kali pertama aku kesini untuk makan berbuka puasa kerana tahun-tahun sebelum ini pernah je aku datang ke Dorsett Putrajaya dan inilah hotel pertama yang aku kenali menyediakan buffet durian! Yes! Durian ya. Tahun ini seperti biasa Dorsett Putrajaya masih meneruskan trademark mereka dengan menyediakan durian.
Selain durian, Dorsett Putrajaya juga terkenal kerana persembahan iringan muzik dan penyanyi undangan seperti Isma AF7 sejak bertahun-tahun lamanya. Tahun ini of course ada , or else tak lengkap Dorsett Putrajaya.
300 Sajian Berbuka
Tersedia lebih dari 300 juadah berbuka puasa, aku nak highlight dekat korang ada banyak gila menu sedap untuk korang cuba seperti Udang Galah Mek Ayu, Laksam, Nasi Kerabu, Nasi Lemak Delima dengan sambal hijau, Lok Lok, dan banyak lagi!
Ada satu favourite aku dekat sini sampai aku tambah dua kali iaitu Nasi Goreng Hipster.
Nampak biasa tapi sumpah sedap nak mampos sampai aku gelarkan dia nasi goreng bodoh sebab nampak biasa tapi sedap. LOL
Ada satu favourite aku dekat sini sampai aku tambah dua kali iaitu Nasi Goreng Hipster.
Nampak biasa tapi sumpah sedap nak mampos sampai aku gelarkan dia nasi goreng bodoh sebab nampak biasa tapi sedap. LOL
Harga Promosi Untuk 2000 Terawal
Tak cukup dengan itu, dekat sini pun ada sediakan pakej bersahur+ berbuka+ bilik 1 malam serendah RM320. Murah kan? Yang itu aku akan kongsikan pada artikel akan datang. So sementara itu, untuk korang yang ingin membuat tempahan ada promosi untuk 2000 orang yang terawal dimana harganya cuma RM99 nett seorang! Selepas itu harga untuk dewasa adalah RM 138 nett dan RM 78 untuk warga emas dan kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun.
Jadi hubungi sekarang :
Tel : +603 8892 8388
email : fnb.putrajaya@dorsetthotels.com
No comments:
Post a Comment