Total Pageviews

The Everly Hotel Putrajaya Pilihan Berbuka Puasa Di Putrajaya

Diam tak diam, Ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi. Untuk itu, suka untuk aku perkenalkan lokasi pertama yang menjadi pilihan aku untuk dikongsikan buat korang yang merancang untuk berbuka bersama keluarga mahupun kenalan kelak. 

The Everly Hotel Putrajaya Pilihan Setiap Tahun 



Khas buat warga Putrajaya, Bangi dan berhampiran, perkenalkan The Everly Hotel Putrajaya sebuah hotel yang terletak bersebelahan Alamanda Putrajaya. Buat korang yang mengikuti perkembangan blog aku, mesti tahu hampir setiap tahun aku akan datang dan lihat menu yang disediakan oleh chef berpengalaman di sini. 

Citarasa Asli Tradisi Malaya 

Untuk tahun 2019,  The Everly telah memilih konsep Citarasa Asli Tradisi Malaya sebagai tema nya. Masa sesi preview tempoh hari memang aku tengok banyak lauk-pauk dan hidang kuih melayu terseda. 





Antara yang menarik perhatian aku adalah Kaki Ayam Goreng Sarawak, aneka ulam-ulaman, mee dan kueytiaw goreng, shawarma, apam balik, kambing bakar dan banyak lagi! 












Korean Chicken Cheese Menu Signature 

Sama seperti setiap tahun. hotel pilihan di Putrajaya ini akan turut memperkenalkan menu signature dia. Tahun ini, pengunjung dapat menikmati korean chicken cheese yang tengah famous sekarang ni! 



Nak makan sepuas-puasnya korang bolehlah datang nikmati sajian berbuka disini. Oh ya tidak dilupakan Bubur Lambuk yang dihidangkan mereka setiap tahun sentiasa sedap! Cuma aku agak sedikit kecewa Mee Rebus yang diperkenalkan pada tahun lalu tiada dalam senarai tahun ini, serius sedap! 

Menu Ditukar Setiap Minggu

Bagaimanapun, aku difahamkan menu ini akan sentiasa bertukar setiap minggu bermula 9 Mei hingga 2 Jun 2019.  Pilihan makanan pula terdapat lebih dari 100 pilihan untuk korang nikmati! 

Untuk korang yang cari keselesaan, memang hotel ini pilihan yang sesuai apatah lagi merancang untuk shopping di Alamanda kelak. Disini ruang parkir yang banyak dan surau juga begitu selesa jadi tidak ada masalah untuk fikirkan semua itu kalau berbuka di The Everly Hotel Putrajaya. 

Seperti biasa, pada permulaan ini akan ada harga promosi jadi aku galakkan untuk korang buat tempahan sebelum ianya mula full dan harga kembali seperti biasa!

Harga Promosi Tempahan Sebelum 1 Mei 2019 

Dewasa : RM98 Nett
Kanak - Kanak Dan Warga Emas  : RM 39 Nett

Harga Normal Selepas 1 Mei 2019 

Dewasa : RM 108 Nett 
Kanak-Kanak Dan Warga Emas : RM 49 Nett 



Untuk maklumat lanjut layari 

Facebook : The Everly Hotel Putrajaya 


No comments: