Pengalaman Sertai Lumut Eco Run 2019
Untuk tahun 2019, aku sememangnya dah aim nak target at least 5 medal mana-mana larian. Sebagai permulaan, aku berkesempatan untuk join Lumut Eko Run 2019.
Tiga Kategori Dipertandingkan
Dengan tiga kategori dipertandingkan iaitu jarak dan harga dikenakan seperti
5KM - RM 60
10KM - RM 70
21KM - RM 80
Actually dah lama aku teringin nak join tapi sebab tak de geng, banyak kali terpaksa lupakan hasrat. Mujur kali ini, ramai kawan-kawan blogger dan media yang join memeriahkan lagi Lumut Eko Run 2019.
Marina Sarat Dengan Pengunjung
Gigih ye dari KL ke Lumut semata-mata nak join larian ni. Memandangkan larian ini bermula seawal pagi, kiteorang stay di sebuah hotel terkenal di Lumut, Marina Hotel and resort. Bercakap mengenai Marina, aku sebenarnya terkejut sebab pada luaran hanya biasa-biasa dan dalam hati terdetik pula macam tiada orang.
Sangkaan aku silap! Sebenarnya hotel ini masa kunjungan aku dan media lain hampir fully occupied ya. Manakan tidak, selain kedudukannya yang terletak di Jeti Pelabuhan Marina. hotel ini sendiri punyai keistimewaan dan tarikannya tersendiri. Antaranya adalah Frenzy dan ternakan ikan kerapu gergarasi.
Frenzy Jadi Tarikan
Mengenai Frenzy, ianya merupakan sebuah mini taman tema air dan merupakan largest hippo waterpark in Malaysia!
Too bad aku tak join main sekali sebab dah sakit-sakit badan tetapi kawan-kawan lain yang dah main semua cakap best. Adehh rugi pula tak main. Selain main di Frenzy, korang juga boleh try
hippo challenge - RM35 (dewasa) , RM20 (kanak-kanak)
kayak - (RM20/30 minit)
paddle boat (RM30/30 minit)
Yoyo Boat (RM15/30 minit)
nak main semua tu atau nak pilih pakej lain? Dorang ada sediakan 3 pakej iaitu
Picnic Pass (RM25)
- Yummy Hippo Snack
All Play Pass (RM55)
- hippo challenge
- kayak
- paddle boat
- Yoyo Boat
Combo Pass (RM75)
-All Play + Picnic Pass
Selain itu, aku tertarik dengan sangkar ternakan ikan kerapu gergasi yang saiz dia fuhhh memang besar gila! Kesemuanya ada 9 ekor dan setiap satu daripadanya seberat lebih 9kg. Korang pun boleh bagi ikan ni makan, cuma RM10 Sahaja seorang.
Lumut Eco Run 4 Kali Setahun
Berbalik kepada soal larian. Lumut Eco Run ini adalah anjuran PATRIOT dan seramai lebih dari 1200 orang para pencinta alam, atlet dan pencinta kecergasan dari seluruh pelosok negara dan juga dari negara luar telah beramai-ramai berkampung di Lumut, Perak Darul Ridzuan. Yang syoknya semua datang seawal 6.30 pagi bagi menyertai acara Larian Eko Lumut 2019
Korang terlepas? Jangan risau kerana kempen larian ini akan diadakan untuk empat tahun berturut-turut, sejajar dengan 4 konsep unsur alam semulajadi iaitu;
• Tanah2019
• Air2020
• Api2021
• Angin2022
Pada larian itu ianya telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Wira Dr Mohd Hatta -Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan merangkap ahli parlimen Lumut .
Aku rasa larian kali ini cukup bermakna sebab aku berjaya dapat habiskan larian 10KM dalam masa 1 jam 40 minit dan kalahkan kawan-kawan media lain hahaha.
Rasanya tahun depan confirm masuk lagi! Sebab nak kumpul koleksi medal hehee. so kalau korang nak join juga, jangan lupa follow Lumut Eco Run di setiap media sosial mereka!
Instagram :
https://www.instagram.com/lumutecorun/
Facebook :
https://www.facebook.com/LUMUTECORUN2019/
Instagram :
https://www.instagram.com/lumutecorun/
Facebook :
https://www.facebook.com/LUMUTECORUN2019/
No comments:
Post a Comment