Total Pageviews

Murahnya Lulu Hypermarket! Siap Ada Promosi Voucher Separuh Harga

Kalau nak cakap pasal Lulu Hypermarket yang terletak di Jalan Munshi Abdullah, memang satu benda je aku boleh cakap, MURAH!. Disebabkan jauh je aku jarang ke sini, kalau tak memang setiap minggu inilah tempat aku akan habiskan masa. 




Promosi Cashback Bermula 

Kali ini, Lulu bawakan satu lagi promosi menarik serentak dengan Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada bulan ini. Korang bayangkan, Lulu sememangnya murah, lepastu time nak bayar dorang akan pulangan balik duit korang separuh harga! Tak ke gila? Promosi Cashback ini telah pun bermula sampai lah hujung bulan ini. 

Bahagian Promosi 

Namun begitu, ada syarat tertentu untuk korang dapatkan kembali cashback separuh harga ini. Sebabnya ianya tertakluk pada beberapa bahagian iaitu bahagian fesyen untuk lelaki dan wanita termasuklah kasut, beg tangan wanita. Menariknya lagi baju tradisional kaum India seperti sari dan churidar juga termasuk dalam promosi tau! 





Jenama-jenama terkenal pun kalau korang nak tahu tertakluk dalam promosi ini antaranya seperti Bata, Reebok, New Balance, Skechers, Atlanta, Kronos, Kent & Crew, Valino, Marco Donateli, De Backers, Allen Solly, Louis Philippe, Puppet, Cortigiani, Louis Philippe, Tag Rider dan banyak lagi! Nak sebut satu persatu memang tak habis ya. 







*baju-baju ni semua dalam promosi tau! mix - and match je. Percaya tak?


Syarat Cashback 

Syaratnya apa pula? Haa make sure barang-barang yang dibeli itu melebihi RM100 ya untuk dapatkan balik voucher RM50 yang korang boleh tebus balik beli barang dalam kategori yang sama. Promosi ini hanya berlangsung sekarang hingga 24 MAC SAHAJA ya! 

Pelbagai Promosi 

Selain daripada kelengkapan di atas, dekat Lulu ini semua benda ada. Cakap je nak apa? Barangan eletronik, barangan runcit semuanya ada ya! Manisan antarabangsa seperti dari Negara timur tengah pun ada yang penting segalanya murah tau. 




Setiap kali ke Lulu, aku akan make sure ke setiap bahagian untuk tengok dan beli apa yang murah. Macam baru ini aku beli dekat lebih 25 jenis barang dan harga keseluruhan cuma RM170+ ya! Murah kan? 





Aku harap sangat Lulu ini akan buka satu lagi cawangan dekat area Shah Alam atau berdekatan. Senang sikit nak shopping! LOL. 

So jangan lupa ya tarikh last promosi tu, nanti melepas tidak pasal rugi hehee 



17 comments:

Mek Onie said...

hmmmmmmmm nak pergi sini lagi weh. Ritu masuk sekali tapi macam tak puas. Jom weh jalan kat lulu.

Cik Min said...

Bestnya bila dapat soping camni wak..betul cakap awak, sebab jauh je dari kita if tak mmg hari2 datang luku ni hahhaha tp kte dgr tak lama lagi lulu nk buka kat setia alam

Izaramli said...

Shopping sakan betul pergi kat Lulu Hypermarket ni. Nak join jugak. Tapi Iza duduk Kuantan. Jauh pulak nak pergi semata-mata nak shopping. Lulu bukak Kuantan please. hahah

cre8tone said...

tak pernah pergi lulu supermarket lagi.. boleh pergi tengok tengok window shopping beli beli.. banyaknya barang!

CXopportunities said...

Bestnya dapat pergi beli belah dekat lulu hypermarket! Beli banyak², dapat balik duit kita. Pastu shopping lagi sampai lebam. Hahaha bestnyaaaa. Boleh beli untuk raya . Seronkknyaaaa kalau dekat, memang ajak husband pergi

Hanny Abdullh said...

Memang syiok shopping kat Lulu ni..macam2 ado, sampai jadi rambang mata sis dibuatnya. Ingat nak ke sana lagi..nak kena bawak anak mintak tolong angkat barang..hehehe

Mimie said...

Bestnya shopping shopping dekat Lulu Hypermarket. Tawaran yang diberikan pun menarik. Bayaran separuh tu yang buat best. Lagi best bila shopping rm100 dapat baucer rm50..terlebih lebih murah dan menguntungkan.kalau ada lulu hyoermarker dekat sini memang dahbteejah dah

Dikbee said...

Ayooo.. bestnya shopping kat LULU, macam-macam ada. Siap boleh dapat cashback tu. Pernah pi dua-tiga kali kat memang banyak barangan yang lebih murah berbanding tempat lain. Kalau la dekat memang situ la port shopping kan.

budakbandunglaici said...

untung sangat siapa shopping kat pasaraya lulu ni dapat cash back.. dah la semua barang ada bawah satu bumbunv. nampak nya weeekend ni kena pergi lulu la

Emi said...

Memang murah pun weyh. Lagi2 pulak bila ada promo. Memang plan nak ke sini pun weekend nanti, cari barang sikit. Hehe.

Mouse Mommy Treats said...

Ada Arabic sweets, nice! Dah ajak Suami dan ank2 nak pergi shopping ahad ni !

Ruby said...

Lulu ni kalau mencari kain di Jakel. Mesti wajib pi Lulu. Makanan siap masak dah ada. Bahan masakan ada. Pakaian ada. Televisyen pun ada. Macam-macam ada. Hehe. Enjoy korang shopping eh. Best giler.

Rawlins GLAM said...

Awak nie model ke? Helok je terletak semua pakaian tu kat awak kan? Siapakah fashion stylist awak? Pandai dia menyusun pakaian kat awak.

Saya pun suka shopping kat Lulu sebab banyak diskaun hebat.

Nadia Johari said...

Hey sana sini nampak orang post lulu.. Dari dulu nak pergo tapi tak pergi2..hahaha.. Wah ade dapat voucher ye.. Nampaknya kene pergi la.. Nakncari sari.. Banyak pilihan dekt sana ye

precious cla said...

Bijak syaratnya ! kena beli baru boleh dapat RM50 voucher tu. So, kalau pembelian RM200 boleh dapat 2 voucher MR50 tak ? haha

Absolute Yana said...

Damn...this will be a shopping heaven for everyone....imagine spending loads and still able to spend more after the first purchase. Habis la almari...penuh dan padat.

penaberkala said...

Serious la beli RM100 dapat balik voucher RM50. Seronok la shopping sini. Sayang dah jauh nak pergi sini. Dulu dekat je dengan office. Time lunch pun sempat menapak ke sana. Nak plan la shopping sini. Cambest je promosi dia. Tasabar