Total Pageviews

Orchard Villa Gombak Dewan Perkahwinan Terbaik 2019!

Meskipun tirai 2019 baru sahaja dibuka, aku yakin ramai yang sudah merancang untuk mendirikan rumahtangga pada tahun ini. Tapi ramai juga yang masih confuse dekat mana lokasi sesuai untuk adakan majis perkahwinan apatah lagi mereka yang duduk di Lembah Klang. 

Dewan Perkahwinan Terbaik 2019 



Berdasarkan pemerhatian aku, kebanyakan bakal pengantin di Lembah Klang runsing memikikan lokasi majlis perkahwiann yang sesuai adalah disebabkan faktor

  • Kapasiti yang terhad 
  • Kemudahan yang tidak mencukupi
  • Pakej yang disediakan tidak lengkap 
  • Harga Yang Mahal 
  • Lokasi tidak sesuai 


Oleh itu, suka untuk syorkan pada korang pilih Orchard Villa yang terletak di Gombak, Kuala Lumpur. Dewan ini sebenarnya kelolaan syarikat katering terkenal, Felda D’Saji. 




Ramai dah sebenarnya yang memilih Orchard Villa ini untuk adakan majlis perkahwinan sebabnya pakej dan lokasi yang begitu menarik. Tak silap aku, dulu Hazama pernah adakan majlis perkahwinan disini. 

Sebab apa aku syorkan korang pilih Orchard Villa? 

Lokasi nya yang tenang jauh dari kesesakan ibu kota.  Yes! Aku rasa dekat Kuala Lumpur susah untuk korang jumpa lokasi dewan perkahwinan yang terletak bersebelahan sungai. Orchard Villa ni best! 



Tenang sebab masuk je dikelilingi pokok-pokok rimbun dan bunyi aliran air sungai. Pendek kata tak panas  lah kalau buat dekat sini. 

Kemudahan Yang Lengkap 

Ramai yang pilih dewan tapi ingat tak semuanya lengkap. Disini segala-galanya disediakan dari A sampai Z!  Bermula dari petugas RELA,  ruang parkir yang luas, kemudahan tandas dan surau, serta ‘holding room’  sememangya dibuat khas untuk keselesaan pengunjung. 

Katering Makanan Terbaik Di Malaysia 




Antara ‘kejayaan’ pelaksanaan sesuatu majlis perkahwinan itu adalah bergantung pada masakan yang disediakan. Jujur aku cakap selama beberapa tahun aku makan masakan yang dimasak oleh katering Felda D’Saji tak pernah mengecewakan. Semuanya sedap-sedap belaka dan sentiasa mendapat pujian! 







Pakej Perkahwinan 

Mesti korang nak tahu kan apakah pakej perkahwinan yang disediakan oleh pihak Felda D’Saji?  Dengan pakej serendah RM18,000 korang boleh dapatkan segala-galanya! Ya! Korang tak perlu pening kepala okay sebab dorang dah sediakan pakej asas. 







Tapi untuk add-on dorang sedia je menanti dan tersedia dengan pelbagai pilihan. 

Antara kelengkapan pakej tersebut termasuklah : 

  JENIS HIDANGAN
Makanan dan Minuman dihidang secara BUFFET atau DOME

 MASA MAJLIS ( dibahagikan kepada dua (2) sesi :-
Sesi Satu ( 1 ) Majlis Makan Tengahari - 11:00 Pagi
 Sesi Dua ( 2 ) Majlis Makan Malam - 06:30 Petang hingga 11:30 Malam

 TAMBAHAN HIDANGAN DI MEJA “HI-TABLE”
Hidangan Khas tambahan tiga (3) hidangan di meja hi-table (meja pengantin) ditentukan oleh Chef Felda D’saji.

MEJA KHAS
Penyediaan empat (4) set meja berhidang heated dome untuk tetamu khas lengkap Sarung Kerusi, Riben Kerusi, Alas Meja Bulat, Overlay dan set peralatan sajian. Tambahan meja berhidang akan di caj RM150.00 setiap satu meja) *maximum enam (6) meja*

 MEJA HI-TABLE & HIASAN
Hiasan dan gubahan bunga untuk hi-table dengan bilangan maksima 10 pax.
“ Chair Cover and Ribbon “ untuk semua kerusi tetamu majlis tertakhluk kepada warna yang kami ada sahaja.

BASIC PELAMIN & HIASAN
Penyediaan “Basic” Pelamin oleh kontraktor yang telah dilantik oleh Felda D’Saji Sdn Bhd hingga 03:30 Petang
- Asas Pelaminan @ Wedding Dias

- Bunga Segar Meja Pengantin
- Bunga Segar Untuk Rostrum
- Hiasan Kain Tepi Pentas ( Scallop )


PRAMUSAJI
Setiap majlis akan di uruskan oleh pramusaji yang lengkap beruniform dan berpengalaman dalam industri makanan

 TIGA (3) TINGKAT KEK PERKAHWINAN
Tiga (3) tingkat kek Dummy kek perkahwinan untuk aturcara memotong kek perkahwinan bagi menyempurnakan aturcara majlis perkahwinan.

SESI “ FOOD TASTING “
Bagi memberi kepercayaan dan kepuasan kepada pelanggan, satu sesi “ Food Tasting” untuk
10 orang disediakan selepas 50% bayaran diterima oleh pihak Felda D’saji Sdn Bhd.

SESI RAPTAI ( ditetapkan seperti berikut )
Satu sesi raptai akan diadakan pada hari yang sama sebelum majlis berlangsung untuk memastikan majlis berjalan lancer seperti yang telah dirancang. Sekiranya sesi raptai selain hari majlis surcaj sebanyak RM 500.00 dikenakan.

KERUSI, MEJA DAN KAUNTER BUFFET
Penyediaan Kerusi Dewan, Meja Tetamu dan Kaunter Buffet berserta alas meja dan alas kerusi secukupnya dengan hiasan secara Basic Dekorasi.

BILIK PERSALINAN
Sebuah Bilik Persalinan untuk persediaan pengantin (1 BILIK)

PUBLIC ADDRESS” (PA SISTEM & ROSTRUM)
Basic “public Address” ( Sistem P.A ) dan rostrum untuk kegunaan jurucara majlis perkahwinan bersama lagu-lagu pengantin baru dimainkan melalui CD dengan kebenaran berbayar dari MACP (Music Author’s Copyright Protection) dan PPM ( Public Perfomance Malaysia).

 TEMPAT LETAK KERETA
Tempat letak kereta secara pecuma untuk semua tetamu dengan kawalan keselamatan unit (RELA)

Menarik kan pakej yang disediakan? Banyak lagi sebenarnya, untuk itu korang kena hubungi sendiri pihak Felda D'Saji. Aku dah beberapa kali ke sini dan memang puas hati, Highly recommend untuk korang abadikan detik bersejarah di sini!

Untuk maklumat lanjut : 

ZAIDI ABU BAKAR - 019 - 2974800 
CHE NOR HIDAYU CHE RAHIM -  012 - 921 4691





19 comments:

Alia Farhan said...

Cantik tmpt dia.. Rasa mcm suasana kt kpg pulak.. Makanan pun nmpk sedap ja

el said...

nasib dah kawin..lau tak bolehlah wat kenduri kt sini..giler cantik tempat ni..boleh buat wedding ala2 garden..siap ada sungai ye..bestlah redup2 tenang je..

Ezna Khalili said...

Cantiknya kalau kahwin kat sini. Ala kampung lagi. Pasti tetamu pun tenang je berada kat majlis kahwin kat sini dengan kehijauan ni. Masakan dah tak perlu risau kalau dari katerer dari Felda ni. Semestinya halal dah.

Suria Amanda said...

Menarik konsep perkahwinan macam ni..suka akak tengok..hiasan dan suasana yang menenangkan...kalau dapat buat konsep bali pun best ni kat sini...pakej yang disediakan pun mesti menarik dan berpatutan..

Hanny Abdullh said...

Cantik sungguh tempat ni..selesa buat tetamu. Makanan dia pun nampak cam sedap sedap je. Nanti kalau ada sesiapa nak kawin leh le sis rekomen tempat ni..bolehlah sis tumpang makan makanan dia yg sedap tu..:)

adianiez AIDA said...

di tepi sungai tu menarik perhatian aida.
back to nature, kan :)
memang wedding yg dinanti ramai yg dijemput la.
attendance must be full! ha ha ha ha... bcoz lain dari yg lain.
byk dah yg offer pakej sebegini.
and byk pakej yg lalu lalang is garden wedding konsep.
trend 2019 ke ekk?

Nadia Johari said...

Memang menarik sangat ni.. Tempat dia besar dan cantik pulak tu. Suasana macam dalam hutan, nampak hijau je.. Tenang betul.. Best buat perkahwainan dekat sini.. Harga pun not bad.. Semua dahbtersedia

sheayang said...

Nasib dah kawen, kalau belum, mungkin tempat ni boleh dipertimbangkan. Hihihi.
Suasana tenang, selesa untuk keluarga menjamu selera, pakej serba lengkap pula tu. View pun cantik untuk pengantin bergambar.

cindyrina said...

Dewan kahwin lagi..tiap minggu ada je review dewan ke pakej perkahwinan. Menu dia nampak best!

Mawardi yunus said...

Lama betol x dtg sini. Dulu ingat lagi siap nk p mima land kalau p sini

Syamimi Saad said...

Bukan dewannya je cantik. Makanan yang disajikan pun sedap-sedap.
Tengok dari jauh ni pun dah menggoda.
Bagi yang bakal mendirikan rumahtangga boleh la buat rundingan dengan mereka kan.
Dah tak pening kepala pikirkan tempat serta masakan.

Kayathre said...

Nampak menarik. I can keep in mind for my wedding.

dr-Life said...

This place looks really great for having wedding ceremony. So much garden feel there!!!

Cik Min said...

Bagus la kalo nak buat majlis perkahwinan kat sini kan? Tempat dah la selesa dan cantik..makanan pun alahaiii memang bampak sedap-sedap semuanya.

Mek Onie said...

Kali kedua onie ke Orchard Villa Gombak ni, kali kedua tetap hati ni tak berubah mengatakan tempat ni cantik dan selesa. Lengkap segalanya. Servis katering dia pun onie tengok semua perfect!

AyuArjuna BiGoshh said...

Suka dengan persekitaran dewan ni cantek. Cantekkk giler. Pilihan makanan juga banyak. Boleh rekomen kat member3 nak kahwin ni

Dakwat Pena said...

Bagus laa ada dewan perkahwinan mcm ni disediakan...xde lah bakal penganting pening nk pilih tempat tuk majlis kahwin mereka...semuanya lengkap....xperlu pening dah...cuma sediakan duit yg nk dibayar je...thanks for sharing...

Sunshine Kelly said...

Wow! tempat ini best for wedding and functions also la. I like the nature concept, spacious and also many places to take photos.

Julia Mahir said...

Woww Cantik nye tema outdoor mcm ni. Jeles iols dulu nak kahwin outdoor tapi zaman dlu x banyak option huhu. Untung la adik2 yg kahwin zaman skrg ni hehe