Total Pageviews

Sajian Krismas Halal Di Four Points By Sheraton Puchong

Sebelum ini aku dah pernah kongsikan cerita mengenai tarikan dan keunikan di Four Points By Sheraton Puchong. Selain menjamin keselesaan penginapan, hotel ini menerusi  restoran mereka, The Eatery sememangnya dikenali kerana menyajikan pelbagai makanan yang  sedap-sedap belaka! 



Sajian Krismas Halal 

Terbaru , The Eatery tampil memperkenalkan sajian barat bersempena perayaan Krismas yang menjelang tiba tidak lama lagi. Pelbagai aneka sajian krismas dihidangkan disini yang penting semuanya halal tau! 



Aneka Sajian Barat Yang Enak!

Aku sempat ke sana dan mencuba sendiri sajian disana. Punyalah nak diet tapi tak hancur malam itu sebab tak tahan tengok menu yang dihidangkan. Antara yang menarik adalah grilled turkey,  lamb rack with truffle-Djon mustard, grilled slipper lobster, US Oyster, aneka pasta,  mantou bersama ketam cili dan black pepper dan banyak lagi! 











Dessert? Jangan cakaplah sebab untuk perayaan ini, pelbagai jenis pencuci mulut dihidangkan. Antara yang menarik perhatian aku adalah Croissant pudding with milk. Sedap! 














Harga Di The Eatery Bersempena  Krismas 

Untuk korang yang ingin menikmati pelbagai hidangan disini, sekarang tengah ada promosi tau dan setiap daripadanya mempunyai tawaran harga yang menarik! 

Christmas Dinner Eve – RM150 nett 
Christmas Day Brunch – RM 108 nett

Nak sambut ambang tahun baru disini pada malam 31 Disember? Boleh! Harganya pula seperti berikut : 

New Year Eve Buffet – RM 150 nett
New Year Day Lunch – RM 108 nett

Kalau korang datang dalam group yang ramai, setiap orang yang ke-11 akan menikmati hidangan ini secara percuma! Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun pula hanya dikenakan caj 50% dari harga asal. Bagi menikmati dinner disini, sajian akana dihidangkan bermula 630 petang hingga 11 malam dan setiap pengunjung yang menginap disini layak menikmati diskaun 25%. 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi : +603 5891 8888 

19 comments:

Alia Farhan said...

Aduiii berkeroncong perut akak dik...
Semuanya nampak sedap2 ni...
Aduiii meleleh....
Harga pun ok la not bad jugak utk spread yg disediakan

CXopportunities said...

Amboiii sedapnya hidangan yang disediakan. Kalau cx pon hancur punah diet selama ni kalau hadap food sedap macam ni. Rugi kot tak try and eat. Hahaha bagus bila buat oromotion wit halal word. People will be more confident to go there. Harga pon nit bad. Suitable and affordable. Nice sharing! Thanks!

Tengkubutang said...

Belum pernah makan di sini lagi.. tapi tengok hidangan macam sedap dan best je.. boleh try ni.. TB suka tengok menu-menu yang disediakan tu.

cre8tone said...

looks so tempting.. I wanna go eat in shereton now.. aiyo.. so many nice nice yummy food...

cindyrina said...

I travel a lot and I proudly tell our country Malaysia has the best food choices. Halal food is always convenient. We can try others food without doubt and worry. Great initiative from Sheraton to bring halal Christmas spread.

Julia Mahir said...

Amboi...meriah betul makan-makanan yg disajikan tu. Mmg nampak menyelerakan betul. Ni kalau pi ramai-ramai makan mmg best ni. Good food with great company orang kata. Hehe

Henry Tan said...

yum yum! it has been a while since my last visit to four points by sheraton, but ofcoz it is the one in penang! haha well good for you all, another option to choose for christmas buffet.

How to deal with markets ups and downs?

Rawlins GLAM said...

Sedapnya la Christmas log tu. Bilakah agaknya baby nak belanja nie? Mengidam tau nak makan tu semua. Sesambil memadu kasih hahaha

sitirohaida said...

Bila tengok hidangan yang dihidangkan ni, memang memikat selera. Jadi takde masalah kalau kita nak sama-sama meraikan krismas ni bersama kawan² yang menyambut krismas kN.. Bestnya.. Suka tengok makanan yang dihidangkan.. Betul-betul memikat selera

saidila said...

ehhh dekat sangat dengan rumah kita tempat nih...harga boleh tahan tapi kenalah dengan menu dia yang class....semua nampak eksklusif dan yang penting halal....bukan senang nak jumpa hotel yang sediakan makanan yg rare ikut festival tapi halal ...terbaik and good effort

Ana Suhana said...

Aduh kalau menu menu sedap macam ni memang bye bye lah diet sekejap. Semua menggugat iman. Nampak tempting sangat especially ketam cili tu. Harga pun berbaloi dengan apa yg dihidangkan.

Jia Shin Lee said...

I've tried the buffet at Puchong Four Points once and it's very good, glad to know they have a menu for the upcoming xmas and new year celebration, I'll suggest this to my family.

Faries said...

Mengiurkan betul makanan- makanan yang disediakan ye. Musim perayaan krismas mmg bnyk pilihan makan dessert yang sedap2.Huhuhu. Eh klu ad gmbr Azfar berlatarkan makanan- makanan ni psti lebih mengiurkan. hahahaha

budakbandunglaici said...

Boleh tahan harga brunch cuma seratus untuk sorang. Boleh la propose finance buat staff annual dinner celebrate Christmas kat Fourpoint Puchong. Of course carrot cake best desert ever & grilled turkey kena makan bila sambut xmas.

Mahamahu said...

Ya Allah masak ketam dengan roti tu memang best nye kalau dapat hehehe lama tak makan. Tengok makanan kat sini semua sedap-sedap dan menyelerakan paling penting ia Halal tu yang best....

Fadzi Razak said...

Sedap sedap betul nampak semua makanan ni. Tapi selalu tertanya tanya ape simbolik kek log tu dengan christmas ye?

Hanny Abdullh said...

Sis bila perayaan krismas ni yg sis cari dulu sudah semestinya dessert. Kalau hari2 biasa mmg susah nak dpt dessert2 yg tertentu ni..kena tunggu krismaz baru dpt. Harap2 tahun ni dapatlah merasa makan hidangan krismas ni

Nadia Johari said...

Kalau sambutan hari krismas meati wajib ade turkey.. Sedap semua makanan tu.. Berbaloi kalau pergi ramai2 kan.. Murah je la kan.. Daro makanna berat ke dessert semua sedap.. Pergh syok ni.. Takyah masak dekt rumah makan sini je

sitirohaida said...

tengok makanan ni rasa dah terliur dah..aduiii..sedapnya..harga pun not bad..boleh ajak family ke sini nanti