Total Pageviews

Pengalaman Di Night Of Fright 6

Sebenarnya acara Night of Fright yang diadakan di Sunway Lagoon ini adalah antara yang paling ditunggu-tunggu pada setiap tahun! 




Pengalaman Di Night Of Fright 6 

Kalau nak tahu ini adalah tahun keempat aku kesini tau! Setiap tahun ada sahaja perubahan yang dorang buat dan NOF5 adalah yang paling menakutkan! Untuk edisi keenam ini aku rasa sedikit hambar dan agak kecewa. Tapi sempat juga lah datang dua kali kesini. Yang kedua tu paling epic! Sebab apa? HUJAN....



Hambar Sebab Tak Berapa Menakutkan? 

Bagi kawan-kawan lain semua cakap tahun ni lagi best tapi tak bagi aku kot...Mungkin sebab aku pergi malam media tu yang kureng sikit arrangement dia. Tapi untuk kali kedua datang, agak best! Untuk rasai ketakutan sebenar korang wajib cuba semua rumah hantu dia tau!



Tips ke NOF

Okay berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku, ini tips yang korang patut tahu sebelum pergi ke NOF 

  • Pakai baju nipis - haa tak payah feeling nak sweater bagai ya, confirm korang akan berpeluh punya! 
  • Ada Permainan Basah - Yes, ada a few permainan yang akan buatkan basah,.  so ikut korang lah nak main ke tak atau sediakan baju tukar atau macam aku, basah jer la sebab fun! 
  • Bawa Baju Hujan -  Ini penting! beli je yang pakai buang sebab takut hujan. masa kali kedua aku pergi hujan weh! mujur bawa baju hujan. 
  • Lapar? Jangan risau dalam ni ada je jual cuma harga agak sedikit mahal
Senarai Rumah Hantu & Permainan



Mesti korang tertanya kan? Berapa banyak rumah hantu dan permainan apa yang ada. Jangan risau guys! Nah aku sediakan korang senarai rumah hantu dan permainan yang korang boleh cuba sempena NOF ini 



Rumah Hantu 

1. Scary Tales (Theater)
2. Ghostbusters Halloween In New York
3. Zombie Zoo
4. Horrorwood Studios
5. Slaughterhouse 13
6. Wendigo - The Lagend In the Mist
7. Phobia - Coulrophobia The Fear of Clowns
8. Ghost Face - The Face To Make You Scream in UV3D

Zon Hantu 



1. Jampi
2. Haunted Shipwreck
3. Curse Land
4. Killer Scarecrows

Permainan Yang Korang Boleh Main 

1. Carousel
2. Tomahawk
3. Apache Pots
4. Wagon Wheel
5. Pirate's Revenge
6. Lost City Of Gold Scream Coaster
7. Fun Fair
8. Grand Canyon River Rapids
9. Butch Cassiday Trail
10. Vultures
11. Colorado Splash



Minggu Akhir! 

Yes kalau nak tahu minggu ini adalah minggu akhir untuk korang rasai sendiri NOF! Malah minggu ini adalah kemuncaknya sebelum berakhir pada 28 Oktober ini! Jadi jangan lepaskan peluang ya! 

Masa : 7.30 malam sehingga pukul 11.30 malam

Harga Tiket : RM69 (normal price)

Berakhir pada 28 Oktober 2018 

No comments: