Total Pageviews

Lulu Hypermarket Buat Jualan Murah Sempena Deepavali!

Excited pula aku nak tulis pasal Lulu Hypermarket ini. Ketahuilah korang, kalau aku tulis ni bermakna tengah ada jualan murah la tu. Actually setiap hari ada jualan murah, serious tak tipu! 




Jualan Murah Sempena Deepavali 

Memandangkan Deepavali bakal tiba tidak lama lagi, Lulu Hypermarket turut mengadakan jualan murah sempena dengan perayaan itu. Malah ini merupakan tahun kedua mereka mengadakan jualan yang sama. Sambutan yang diterima? Sangat menggalakkan! 



Malah masa aku pergi baru-baru ini pun turut penuh dengan kehadiran pengunjung yang ingin membeli belah meskipun Deepavali bakal disambut bulan hadapan.  







Namakan sahaja apa barangan yang korang mahukan , segala diskaun dan penawaran harga rendah telah mula disini. 

Pilihan Saree 

Salah satu sebab mengapa ramai orang suka shopping di Lulu Hypermarket adalah kerana mereka menjual Saree dan fabriknya dengan kadar yang begitu rendah.




Bukan itu sahaja, malah ianya juga berkualiti tinggi tau! Tak kira mana-mana bangsa, Saree di sini sentiasa menjadi pilihan pengunjung. Dikatakan diskaun sebanyak 70% turut ditawarkan bermula 19 Oktober hingga 6 November 2018  

Aneka Barangan Runcit Yang Murah 

Selain itu, macam biasa tarikan utamanya disini adalah harga barangan runcit yang ditawarkan tersangatlah murah weh! Aku dah bandingkan dengan pasaraya M, tapi Lulu jauh lebih murah. Sebagai contoh Milo dan Softlan yang dijual separuh harga. Mana nak dapat! Malah barangan basah seperit ikan, daging dan sayur pun teramatlah murah. 










Aku kalau duduk dekat dengan Lulu ni, setiap hari aku datang shopping! Sebab memang semuanya dijaga begitu rapi, segar dan murah! 

Pemenang Peraduan Shop & Win 2nd Anniversary Dapat Hadiah Kereta



Untungnya lagi buat siapa yang shopping di sini, korang berpeluang menang banyak hadiah tau! Buktinya sempena dengan sambutan tahun ke 2 Lulu Hypermarket di Malaysia mereka juga telah menganjurkan peraduan Shop & Win 2nd Anniversary. 




Lebih daripada 200,000 kupon cabutan dimana syaratnya korang perlu bebelanja di Lulu Hypermarket RM50 dalam satu resit. Hadiah dia? Ada yang menang telefon bimbit, motorsikal dan yang paling best sebuah kereta weh! UNTUNGLAAAAAAA....

FG Walet Kini Di Lulu



Sukakan minuman sihat berasaskan sarang burung? Berita baik untuk korang di Lulu sekarang ada jual tau minum yang sihat macam itu dan dikenali sebafai FG Walet. FG? Yes! Datin Hajjah Foziah Gous merupakan pengasas produk FGWalet yang boleh dibeli di Lulu sejak minggu lalu. Tahniah! 



Jealous tak? So lepas ini jangan lupa kalau nak shopping datang je ke sini. Ingat Promosi, Ingat LULU HYPERMARKET! 




13 comments:

Zaza Iman said...

Kalau dekat boleh shopping2 kat lulu market ni sbb ada peraduan tuuu.. Hadiah sebijik keta pulak.. Milik siapalah tu nanti yang bertuah kan..

JMR said...

perh..murah btul tu sampai separuh harga. Kalau buat stok untuk sebulan pon ok ni..tapi sesak tak suasan di Lulu ni?

Cik Lily Putih said...

memang murah microwave tuh ek, tak delah mahal barangan kat Lulu ni ek. nanti kak lily pi tengok barang elektrik plak lah kan..

Suria Amanda said...

Lama x pi Lulu hypermarket..last pi 2016...suka pi sini sebab barangan basah dia fresh2 dan akak suka pi caru toiletries kat sini..harga pun berpatutan..bila ada promosi memang murah sangat harga

cre8tone said...

so many things to buy in lulu hypermarket.. so cute the name.. haha... let's go shopping!

Bonde Zaidalifah said...

Menariknye.. Promosi-promosi yang diadakan sempena sambutan depavali. Tak pernah sampai lagi teringin nak terjah lulu hypermarket ni.

apekinahdotcom said...

Wah bestnya, kalau Lulu dekat dengan rumah shopping barang murah kat sini je. Pernah beli pan dekat Lulu masa tu tengah offer dua pan harganya RM20.00 pergh sampai sekarang boleh guna lagi. Air FGW tu pernah try memang sedap. Kalau teringin nak minum lagi boleh beli kat sini hihi

Zharif Azis said...

first time membeli-belah di sana. memang sangat terkejut sebab banyak betul diskaun sempena perayaan deepavali yg bakal kunjung tiba nie. next time kalau dorg buat contest lagi, nak join lah. mana tahu boleh bawa pulang sebiji kereta ke kan

dr-Life said...

this hypermarket really caught my attention. Really must find time to go else for sure I will regret not buying cheaper price groceries!!

Nadia Johari said...

Belum pernah datang sini lagi.. Dengar sale je rasa nak ajak terus husband datang ke sini shopping. Wah barngbelektronik pun ada.. Coklat tu murah bwtul.. Ni yang nak kene pergi ni..

Emi said...

Cadangnya hari ni nak ke Lulu hypermarket ni beli barang2 sket, tapi tak sempat sebab pergi jenguk sedara tak sihat harini. inshaAllah esok kalau takde hal nak ke sini.

Zayani Zulkiffli said...

Dulu kalau ke area KL memang akan shopping sini. Memang murah-murah betul barang dua, terutama cekelat.

Lia Hasty said...

Teringin lah nak pergi lulu Hypermarket ni. Banyak betul diskaun menarik boleh pergi barangan separuh harga. Nak beli sari tu lah nampak pelbagai pilihan